kita harus bersyukur kerana Malaysia adalah negara yang diluar kawasan gempa bumi dan bencana alam (statement standard menteri-memteri kita)tapi kenapa banyak yang runtuh kat Malaysia ini....
okay yang ini paling hot kat Terengganu...stadium runtuh walau tak ada ribut taufan malam gegaran gempa bumi juga rasanya tak sampai kat sini.
pelik tapi benar macam mana boleh runtuh..ada banyak teori sampai melibatkan ultraman...tapi yang pasti kocekman (projek komisyen ) pada aku punca runtuh semuanya ini...
paling baru di Terengganu juga bumbung masjid yang bernilai RM2.1 juta runtuh, lucky tak ada yang maut cuma cedera, to bad kalau ada maut pasti mati dalam iman, nak pulak tenggah sembahyang.
ini pun baru juga berlaku di Ipoh Perak...tak payah cakap panjang nie banggunan yang nak diruntuhkan. Kerja mudah tapi tak boleh nak buat hasilnya 2 maut, murah sungguh nyawa..tak payah susah-susah tunggu gempa bumi.
masih ingat lagi dengan supermaket yang hendak diruntuhkan di PJ tiga empat bulan yang lepas, juga meyebabkan kematian. masih basah lagi dakwat pen kertas kerja yang dibuat untuk mengenal pasti punca runtuhan.
di Ipoh ada lagi satu kes runtuh bila mana bangunan PTNP di Banding (Perbandan Taman Negeri Perak)yang juga bernilai jutaan ringgit runtuh. Kes masih dalam siasatan seperti biasa entah bila nak selesai tak tahu.
itu belum lagi di kira kes-kes lain seperti banggunan sekolah runtuh,bumbung hospital runtuh dan yang lagi best bumbung dewan Parlimen pun runtuh..(elok juga kalau banggunan parlimen tu runtuh masa mereka tengah bersidang).
itu cerita banggunan runtuh, kalau nak di senarai benda yang runtuh kat malaysia nie banyak rasanya seperti tanah runtuh, jalan runtuh, jambatan runtuh, jeti runtuh, dan bukit sampah pun boleh tuntuh....
belum lagi ada gempa bumi yang berlaku di Malaysia ni..kalau berlaku gempa bumi kita sendiri mau ingat apa pulak yang akan runtuh dan berapa ramai yang hilang nyawa....
kalau kita selidik dan siasat mengapa perkara ini berlaku pasti kita akan ketemu jawapanya, tak perlu ada badan penyiasat yang sesat tiap kali buat siasatan.
P.S: kes ahlak anak muda melayu yang runtuh baik lelaki mahu pun perempuan banyak juga, dengar cerita kertas kerja sedang dibuat untuk mengatasi masalah ini, tapi tak tahu la pulak sama ada depa nie kerja ker tidak
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
10 hours ago
32 comments:
akhlak runtuh mmg menjadi2 skang..ntah pe nak jadi..hadoyai..tepuk dada tnya iman la...
Jap lagi nak g open house tingkat 20.
pecah belah.
mksiat sane sini.
rasuah mnjdi2.
mane nk berkat...
huhuhuhu ~
Runtuhnya bangunan seiring runtuhnya akhlak manusia ...
bagaimana dgn kesilapan teknikal?
huhuhuhu ~ masjid di banda acheh masih kukuh berdiri walaupun semua rumah dan bangunan lain disekitarnya musnah di bawah ombak tsunami?
Mungkin kita kene bekerja dengan niat yg baik bukan untung semata2 dan belajar mengkaji elemen dan struktur bangunan zaman silam yg masih kekal berdiri walau zaman berganti beberapa kurun ...
xoxoxooxoxox
Frodo menjadi serius nampaknya .
>__________<
banyak betoi yg runtuh..
tapi akhlak runtuh yg paling bahaya huhu
salam bang mamai,,, beginilah hasil kerja andai tidak ikhlas dan amanh... jemlah macam ni.. n mengenai akhlak 2 memang salah diri sendiri.. itu semua bila jadi bila kita semua tidak takut Tuhan....
mungkin orng yg wt buildings tu dh cukup elok..tp allah nk tunjuk kekuasaan Dia pulak..haaa..sape thu..hehe
~~~heu~~heu
kertas jek yang kerja...orang tak.
imheppie:
itulah masalahnya lagi takut semala bila baca akhbar metro
cookie devine:
weh ada open house lagi ker
adjla:
memang tak berkat bila lebih banyak masuk poket dari siapkan kerja
hobit fordo:
ya sebenar-benarnya apa yang kamu kata iru
azuan:
dari akhlak yang runtuh membawa kepada keruntuhan tamadun
ubaidillah:
biala amanah yang diberi tidak di tunaikan tapi keuntungan yang di cari...
salam..bro,
tulah malaysia, kalau di Padang bangunan runtuh kerana gempa bumi dan tsunami, malaysia terbalik,
dalam tenang, angin sepoi-sepoi bahasa pun bangunan leh runtuh..contoh stadium di gganu ari tu.
bila semuanya ini, ini menggambarkan betapa runtuh moral dan nilai-nilai yg ada di pihak2 tertentu.lihat yg peliknya..sampai skrg senyap saja..
alahi....
akhlak manusia pon dah agak runtuh sekarang
maksiat besepah jeeh
sem0ga sy dan kawan2 yg lain diajuhkan dari keruntuhan akhlak..amin..
bro...negara kita berada di garisan runtuh...
Bangunan banyak runtuh. Akhlak pun banyak runtuh. Apa lagi yg runtuh di bumi kesayangan kita ni? Iman?
eisenhour:
ya mungkin juga...siapa lagi berkuasa, tapi kenapa kat malaysia ajer yer
bias:
hahahaha beyul tu
anaklaut:
pelik tapi benar itulah negara kita bila kocek lebih penting dari nyawa
azzaliena:
moga kita tidak terikut sama
sha:
ku juga berdoa sebegitu
abgbro:
cuma aku nak tunggu yang satut ajer entah bila nak runtuh..harap bagan pinang boleh beri penentuan
Takziah untuk 3 orang sahabat yang menjadi mangsa bangunan runtuh. Al-Fatihah untuk 2 daripadanya.. aku memang tak dapat nak terima hal itu.
Mmg ajal maut di ketentuan Allah. tetapi jika manusia berwaspada dan berhati.. semua malapetaka ini tidak akan berlaku.
aku nak durian runtuh...hehe...
"(elok juga kalau banggunan parlimen tu runtuh masa mereka tengah bersidang)."
tak elok tau mamai cakap macam tu ! ada di antara menteri dan MP tu sedara saya dan juga bekas guru saya yg sangat baik.
jangan saham runtuh lagi sudahlah. dah tak sanggup lagi rasanya menanggung kerugian.
insaflah dengan apa yg berlaku..
Allah dah turunkan sikit2 petunjuk yg kiamat dah semakin hampir
Aslmualaikum bro
runtuhnya bangunan di malaysia ni tnda akhlak masyarakat dh lama runtuh
bermula dgn rasuah
bila ayah amik rasuah..
balik bli mkn best2 kt anak2 gne hasil haram..
anak2 membesar mkn benda haram
last2..
runtuh akhlak anak2..
akhirnya..runtuhla apa yg boleh runtuh...
mcm kata imheppie.. akhlak runtuh, bukan remaja saja yg ada akhlak runtuh, kalangan org besar pun dah jadi cam boneka
benda² nih da mcm perkara bese..
sume amek smbil lewa..
ble projek di sub kn..
nilai projek je berjuta²..tp barang² projek bp je..
tuh yg x tahan lame..
ape la nk jd..hmm..
sori mamai..lame x nyinggah blog nih..
betul bro...dalia setuju sgt ttg fakta2 yg bro tulis tu...
mmg pelik bin ajaib..
takde gempa bumi tp byk building runtuh..
hai..malaysia...malaysia...
sItEDI:
nak tak nak bernda dah jadi kita terima la juga tapi kita kena merubah
patungcendana:
ada banyak durian kat kuantan hari tu aku tengok
al-lavendari:
begitu juga saya tapi nak wat camner mereka sering terlupa nak check banggunan tu
fadzilah:
harap kita insaf la walau mereka tak insaf
precious:
iman juga turut akan runtuh kalau tak jaga
yusuf mujahidin:
segalanya bermula dari satu punya, dan kita sering tak nampak akan punca itu
maiyah:
orang dewasa kalau runtuh akhlaknya alamat nak mati
en.beskot"
lama sungguh menghilang...biasala nak untung lebih tapi kerja nak mudah
SALAM.
kita anggap bencana ini adalah amaran dari allah....
dunia semakin hampir kepada perpecahan......bencana alam...tand2 kiamat....smkn dekat..
takotnya...huhuhu~
bangunan runtuh tu banyak sebab..salah satunya adalah rasuah..huhu..bab anak muda runtuh akhlak tu, kita ibu bapa cuba la kawal, jangan kita pulak jadi ikon yg menjerumuskan dorg tu...
seram aku bila dengar cerita runtuh2 nie...
jgn runtuh akhlak sudah lah..
runtuh ghitewww..
ftyyhahh:
dah banyak kali bagi amaran tapi masih tak sedar lagikan
eny:
sweet butterfly uncle pun takut juga
soleha:
itu yang punca terbesar sekali RASUAH
jaja:
runtuh akhlak maka runtuhlah iman bila dah runtuh iman maka semuanya akan turut runtuh
en.me:
rasanya apalagi yang bakal runtuh yer
huhuhu i like the istilah of kocekman...rasuah le, apa lg..
Akupun naik risau dengan benda2 yang semakin galak runtuhnya neh. Takut tak sempat nak bertaubat...huhuhuuu
Post a Comment