Saper kata rumah tak penting, rumah melambangkan segala-galanya terutama status sesorang tu. Lagi besar rumah lagi tinggi status orangnya so untuk tidak ketinggalan dalam hal ni aku amat berusaha keras untuk memiliki rumah idaman dan aku dah perolehi pun tengok gambar nie
Kau orang ingat rumah nie berapa harganya....okay la aku tau kau orang memang tak mampu belinya walau harga yang letak nie paling murah. nak tau berapa harganya hmmm RM3.5juta. yang aku declare la yang aku tak declare dekat RM24 juta.
Ingat senang ker aku nak dapat rumah nie kalau setakat gaji seorang doktor gigi kerajaan memang aku belum tentu mampu dapat kot. so aku tukar karier aku jadi ahli politik berkat kesabaran dan kelentong aku dalam politik aku dapat jadi ketua bukan ketua cawangan tau tapi ketua menteri, Kalau jadi adun mana cukup sedara gaji nak sara anak bini pun lom tentu lepas lagi.
disebabkan aku ketua aku boleh buat ikut suka mana ada orang nak soal ketua kena pulak parti aku memang dah cukup kuat kalau tipu pun orang kampung boleh percaya. So tak ada hal semua nie. Setakat bawa anak bini pie melancong, beli hadiah mahal guna duit rakyat pun saper peduli aku ketua apa. Sebagai ketua mereka mesti ikut cakap aku kalau tak aku tak bagi projek nanti.
Oleh kerana disebabkan aku meyahut seruan kerajaan rumah ku syurga ku maka rumah nie aku reka ala-ala syurga juga mana tau nanti kat sana aku tak dapat masuk syurga. Pasal aku ada keturunan dari seberang so aku hias dan design rumah gayer orang seberang juga la..apa tu gayer bali kata orang. tengok gambar nie tak cayer
ini baru gambar pintu tau amacam cantik tak mesti kau orang jeles punya aku tau..jangan marah yer
yang ini pulak laman aku sikit punya besar apa cantikan...sama besar dengan rumah teres kau orang betul tak. ini luaran ajer yang dalam rumah sorry la aku tak boleh bagi tengok.
Tapi lately aku ada sikit susah hati pasal ada orang tak senang hati dengan rumah aku nie dia sibuk nak selidik mana aku dapat duit. Ciss apa mereka peduli.
cuma rumah aku yang satu nie ajer aku lom dapat hias lagi walau pun percuma tak payah aku nak kerja keras keluar duit buat rumah nie. dah tu jiran aku pun ramai tak perlu takut dengan pencuri. tiap hari ada dua orang tukang jaga aku setiap hari itu pun free juga.
kau orang ada idea tak macam mana nak hias rumah aku yang satu nie tak besar kecil ajer.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
7 hours ago
22 comments:
Salam bro..
Rumah paling bawah rumah paling indah...dalamnya terdapat 1001 cerita..dan pasti dapat.
;)
insaf suda..
Uuuhuhuhuhuuuu...aku ingat ko riak tadik. Dah ringan tangan aku kat keyboard neh nak bagi ceramah...kekeke. Rumah yang tu, ko hias dengan amalan, bro. Kita sama-sama beramal...keinsafan dipetang Jumaat...
naik hias rumah tu call 24434 campur 222222222222
Sri:
salam buat sri juga rumah yang bawah tu dah pasti cuma lom tentu bahagianya menanti
Shahramli:
sesama la kita insaf
sulela:
jangan la kau ceramah aku....aku ngah cari duit nak hias rumah tu boleh ker hehehehe
beruwang:
itu nomber mau kena beli ka....
ingat dunia akhirat gak
Aku ada kesempatan..aku komen lagi.. :P
Rumah yg paling kecil bertiang 2 itu lah sebenarnye yg paling indah jika dihiasi dgn amalan2 kebajikan...
Rumah kecil itu lah juga yg lebih mewah dari rumah berkonsepkan Bali trsebut.
Rumah Bali tu, andaikata tsunami dtg melanda....akhirnya menyembah ke bumi jua...
Tiada yg kekal melainkan Allah s.w.t
hias dengan keimanan dan ketaqwaan..terima kasih bro
richeal:
dua dalam satu kita kejar
jaja:
aku akan usaha dari sekarang untuk hiasa rumah tiang dua itu
gee budak kecil molek:
terima kasih juga kat budak kecik nie
kasihmu ku terima..cewah..hehehe
hak aleh...ko ambik gambar rumah toyo boleh lah ko riak ye mamai...tapi yang kat bawah tu aku rasa dari sekrang kena hias lah. aku pun nak hias rumah yang kecik tu bagi indah
lawanya rumah mamai!
shyyyyyyyyyy
dia ada
ida:
aku pinjam gambar rumah dia kejap hehehehe...
gee si kecik molek:
kau buat hati ku berdebar-debar hehehehe
eny:
rumah tu pinjam ajer ahaks
a.b geldofg:
selamat datang...
gua lebih suka rumah papan beratapkan rumbia...biar lebih besar dari rumah kat s.alam sek 7 tu...
baru riak....hehehehe..
salam bro,
saya tahu rumah sapa ni..hehe.
bongkar jangan tak bongkar..!
sowi, bz lobi keje. aku dah 4 hari kat s alam.
salam.
sowi, bz lobi keje. dah 4 hari di s alam.
Aku pon samo....nak hias gak rumah tiang 2 tu moga lagi cantik & indah dr rumah yg tak kokal skrg nie...
:(
samo2 lah kito!
stomek:
wa best rumah tu nampak melayunya....
minggu depan 18-19 wa trip ker phantom bank
anaklaut:
nie namanya dua dalam satu
sojar tanpa c4:
aku tunggu juga kau call apa citer lobi kau ada peluang ka...
bila berangkat ker penang
jaja:
rumah sekarang nie nak kena hiasa juga rumah kat sana pun nak kena hias juga...sama-sama kita hias yer
rumah yg last tuh...xyah pakai rasuah pon leh dapat kn???
@tune:
rumah yang last tu kalau pakai rasuh hehehehe aku rasa seksa dapat la
Post a Comment