Kerana kita masih lagi orang
masih belum mengenal manusia
manusia itu mulia sifatnya
orang itu berbagai ragam rupanya
Kerana kita masih lagi orang
selalu besifat cela dari yang mulia
namun masih lagi berbangga
dengan silap dan dosa
kerana kita masih lagi orang
silap dan salah amalan kita
bongkak dan sombong budaya kita
mulut berbicara ikut suka
akal yang mulia jarang diguna
namum masih tak terlewat menjadi manusia
kita yang masih lagi orang
selami hati insafi diri
mari kita sucikan dosa
rendahkan diri memohon maaf
sujudkan diri meminta ampun
kerana mereka manusia bersifat mulia
memaafkan itu amalan mulia
sedangkan Dia yang maha kaya
sentiasa ampunkan manusia
bersama kita bersihkan dosa
sucikan diri dari yang hina
atau kita manusia yang ingin menjadi orang
yang mana kita............
keluhan sang pencari sampah
aku orang yang mencari secebis rezeki,
secarik ilmu dari celah timbunan sampah
bukan untuk meminta simpati
tapi memohon keikhlasan di hati....
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
3 hours ago
26 comments:
aku ingin ke syurga tapi amal ku bagai buih di lautan....
jom sama2 kita bro..
kurasa hatiku da hitam pekat ni ha..
=(
astaghfirullahal 'azhimm..
Aku orang yang ingin menjadi manusia.
Masih belum sempurna.
Masih belum dapat menyucikan diri dari dosa.
Maklumlah, masih lagi orang, dan bukan manusia.
Bro, thanks atas sajak yang mengingatkan aku.
terima kasih kerana menjemput~
muhasabah diri di petang jumaat~
mbuat dosa itu indah
mminta maaf itu sensara
atan;
sama la dengan aku nie...tapi usah jadi buih brendy
miss gaza:
masih boleh di cuci yang hitam kalau rajin di gilap pasti berkilat
grunge:
kita belum sempurna tapi kita berusaha menuju kejalan sempurna
eny:
wa orang baisa....hati tetap rock ahaks
a.b geldofg;
antara indah dan sengsara....
kesabaran dan keihlasan pasti membawa kebahagian
Amalan aku yang cetek masih tak mampu menghapuskan dosa...
Bagaimana cara menghapuskan dosa?...
Bila setiap amalanku terhapus deras dek dosa2 baru dilakukan dek sang mata, telinga, tangan dan kaki...
Belum termasuk dosa hati, mulut dan syak wasangka...
Oh! Alangkah berdosanya aku...
Bro,
kerana manusia memang tak sempurna...apapun PERTENGAHAN adalah jalan selamat.
=)
sulela:
pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk membersihkan dosa...
Sri:
pasti kita semua ingin jalan yang selamat...cuma persoalannya hanya adakah hanya untuk kita
aku ingin menjadi manusia..pada masa yang sama..aku juga ingin menjadi insan...
salam....bro mamai
ya.sama2 kita membersihkan segala dosa..moga allah mengampunkan segala dosa2 kita..
tq sudi singgah anaklaut
selagi nyawa belum di keronkong, pintu taubat masih terbuka..dia maha pengasih dan penyayang pada umat nya
@tune:
aku juga ingin mengikuti jejak mu
anaklaut:
Allah maha pengampun....aku takut dosa sesama manusia yang tak terampun
ber_uwang:
terima kasih kerana menziarah....
harap kita tak tunggu sampai nyawa dihujung rambut baru nak bertaubat...
semenjak dua ni seloka lu makin menjadi beb..jom pekena sejoran dua kat tanjung hantu...
Renung renung kan...
dan Selamat Beramalll.....
Yea, aku pon masih lagi org...masih byk dosa....Mari kita sama2 muhasabah diri!
salam bro..slmt brtemu kembali :)
muga2 disaat sakratul maut kita semua mampu mempertahankn iman..amin ya Allah
stomek:
kau kata joran...tangjung hantu tu kat mana bila...aku kat melaka nie plan nak memancing malam nie
jaja:
aku termenung jap...
abg bro:
semuga begitu bro...suka aku kau dah kembali
Insyaallah..
salam..
tq kerana sudi singgah meninggalkan ulasan dalam blog saya..
p/s: semua insan di bumi ni tak terlepas dari dosa..moga allah mengampuni kita semua..
manusiakah aku?
selamat berhari minggu...:-)
besihkan sampah sekali
KEDAMAIAN milik semua bro... pepandai la pilih jalan... Aku n orang2 cam aku sentiasa perjuangkan KEDAMAIAN tapi tak tau jalan kitorang betul ke salah... Kalau salah tolong jolokkan bro... Aku dan orang2 macam aku pun nak jadi manusia...PEACE...
anak laut:
tuhan itu maha pengampin
patungcendana:
hari minggu ku yang memenatkan
shah:
bersih sampah tugas harian aku
dkama:
aku juga inginkan kedamaian..
mohon maaf andai silap bicara..
moga kita sesama saling mengingati..tq bro..
ya...aku juga penat...teman anak aku tengok transformers selama 2 setengah jam....cerita begitu sungguh tak sesuai dgn jiwa aku...huhuhu...
best tak ice-age 3...rasa macam nak gi tengok je...:-)
haha salam pengunjung baru..saje lalu..
nice blog!
Post a Comment