orang kata hidup ini satu pencarian, oleh itu kita tidak pernah berhenti mencuba untuk mencari apa yang kita mahu, kita sering berkata hidup untuk mencari kebenaran, hidup untuk mencari kesempurnaan, hidup untuk mencari kebahagian, hidup untuk mencari cinta, hidup untuk mencari tuhan, hidup untuk mencari kepuasan.
lalu untuk ketemu dengan apa yang dicari, kita guna semua cara sama ada dengan cara baik mahu pun cara buruk, bergantung pada individu. adakalanya dalam melalui proses pencarian ini kita sanggup melepaskan apa yang kita ada. ada diantara kita ketemu dengan apa yang dicari dan ada pula yang kecundang dalam misi pencarian mereka.
namun hakikatnya kita sering terlupa, sebenarnya apa yang kita cari itu sering berada di depan mata cuma kita yang tak mampu melihatnya. bila kita mencari kebenaran kita lupa bahawa kebenaran itu telah lama wujud. bila kita mencari kesempurnan kita lupa bahawa kita adalah kesempurnaan itu. bila kita mencari kebahagian kita sering meninggalkan kebahagian itu, bila kita mencari cinta sebenarnya kita yang mengkhianati cinta itu. bila kita mencari tuhan kita lupa siapa kita.
bila kita mencari kepuasan....sebenarnya kita manusia tidak akan pernah berjumpa dengan kepuasan..
p/s: kita sering menghargai sesuatu bila ianya telah pergi dari kita tapi tidak semasa ia bersama kita
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
5 hours ago
23 comments:
betul .. tapi saya tidak mencari kebahagian. saya menciptnya ! kalau cari pun belum tentu dapat, dan kalau dapat pun bukan tentu boleh bertahan lama ! bagaimana mencipta bahagia ? masing2 boleh buat dengan cara dan resources yang ada pada diri masing2.
manusia sering lupe,
Salam,
tu la lumrah manusia....
"apa yang ada jarang disyukuri...apa yang tak de sering dikejarkan.... bila dah dapat cepat rasa jemu...."
nape ni bro?cam ad prob je..ngh sedih ke?
sebelum kita yang pergi... sayangi la mereka..
hahahaha..
manusia memang macam tu..
ada je yg xcukup
itu la lumrah...
huh...sesal...
cari guna google he he
kalau yg di depan mata itu tidak suka akan kita?
Salam Mamai...
Sedang mengejar cinta ilahi....
huuuu!
suka sgt la entry neh pakcik..
T___T
manusia suke kejar bend ayg x pasti yg mereka anggap itu yg terbaik utk mereka.
N3 yg best..mendalam maksudnya..agar kita sentiasa dlm peliharaanNya..
manusia...
tak pernah puas..
dan payah nak puaskan hati sume orang..
betul tak pakcik??
mmg pun.. yg didepan mata x nmpak versi cite p ramlee
kita sering menghargai sesuatu bila ianya telah pergi dari kita tapi tidak semasa ia bersama kita
UNGKAPAN NI MEMANG PASTI PAK CIK.. MUNGKIN RAMAI X SEDAR..CARI BILE DA XDE..untuk ape kan?
sebab tu saya menghargai saga buruk saya tu...
tuh la...cepat bosan ajer...cubalah hargai yg depan mata...haihhh
aku yang tiada harga
betul tu..kita selalu mengingati dan menghargai..bila sesuatu tu telah berlalu...pergi meninggalkan kita..
aku masih tidak putus2 mencari Dak Oyen yang hilang!! :(
asyik tercari-cari yang tidak ada, sampai tak nampak apa yang ada di depan mata. manusia! memang begitulah
salam bro mamai...
aku paling suka dan tersentuh hati pada ayat pesanan kau yg last tu!
x(
Post a Comment