Friday, March 5, 2010

bila kita berkata

bila kita berkata kita benar
kita sering mendustai

bila kita berkata kita sayang
kita sering membenci

bila kita berkata kita ikhlas
kita sering mengungkiti

bila kita berkata kita percaya
kita sering meragui

bila kita berkata kita setia
kita sering mengkhianati

bila kita berkata kita teman
kita sering menjauhi

bila kita berkata di mulut bukan di hati

39 comments:

al-lavendari said...

susah juga nak percaya, sebab tak cukup maklumat !

Rozita said...

apa yg nak di percaya?

azieazah said...

Kerana kita hanya manusia biasa...

Beruwang said...

dekat bau busuk jauh bau wangi

myQza said...

aku tak pandai nak berkata2 kata. tapi suka melihat

ikan emas said...

kau sering berkata kau benar
sering pula kau dustai

kau berkata kau sayang
sering pula kau membenci

kau berkata kau ikhlas
sering pula kau ungkiti

kau kata kau boleh dipercaya
sering pula buat kuragui

kau yang berkata kau setia
sering pula kau khianati

kau berkata kau teman
sering pula ku dijauhi

adakah kata hatimu seperti kata suaramu??

Unknown said...

hurmm....mulut...memang manis...

hati.......hurmmm

lumut said...

sokong uncle beruang punye komen,

semuanya dr hati 1st,

eyqaaman said...

ada yang saya setuju, ada yang tidak. bergantung pada seseorang.

A.K.U.D.O said...

bercakap dlm hati jer..

iLhAm_bEcKs said...

2 nme nye..
mulut bau longkang..hehe
nice!!

kerane mulot,bdan binase..
org xpcaye..

Acik Erna said...

kita manusia biasa..lain dimulut lain dihati..

yusuf mujahidin ™ said...

salam

suka entry ni

Hujan said...

bila hitam ???

sharamli said...

kalau kita menaip?

imHepPie said...

jdi jgn berkata2.. =p

Razman said...

bila kita kentut
sering berbau.

erkk?

Maiyah said...

mmg sng utk brkata tp ssh utk melaksanakan

Amal said...

bila kita berkata teman,
kita sering menjauhi.

betul...
:(

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

mulut lain hati lain

ILA HonEyBuNNy said...

mungkin bila kita tdk berkata2 itu lebih baik...........

wanita mutalib said...

pantun dua kerat..

Anonymous said...

bila berkata teman
kite sering menjauhi

like kt ayat tu namplohpatjuta kali

me said...

nice.. ;)

enyheartsdiamond said...

bila-bila-bila eny mahu kawen?

entri utk uncle :)

http://enykikilaladediamond.blogspot.com/2010/03/mimpi-romantik-ala-wanita.html

tunbegia said...

kita kawan bukan?

salamm,

hisham said...

salam..bro..sori..aritu kt sh alam x dpt dtg sbb gua kt melaka...dan sori coz lame x p blog ni..tenet ade masalah...tk cre bro..
~aloy ade ckp x gua jmput bro.??

bias® said...

tak yah kata lah. senang.

caluk@cencaluk said...

x berkata taip aje he he

azzaliena suziantie said...

diamm

♥Fitnunnisak♥ said...

xyah berkata2..hehe

Seroja Jingga said...

salam kawan..aku tetap datang singgah walau payah..

seringkali manusia sering berpura pura..sangat suka entry ini..lain dimulut lain juga di hati..

kadang2 diam itu lebih baik..diam bukan bermakna kalah..

diam itu bagi aku adalah satu keputusan.

SJ

Sharinginfoz said...

apa yang penting niat kita bercakap benar.. memang kena cakap benar le.. org cakap apa tak kisah le..

Dah Beli Clinique

Kad Debit Rejected????

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

bak kata orang

Diam itu lebih baik daripada berkata dan menyakiti orang lain ...

Cik Cookie said...

suka berkata2 n mmg mulut banyak.

Alimaz-Kembara Terasing said...

so kita jangan kata apa2...bleh ka

Hujan said...

pakai bahasa isyarat boleh?

mamawana said...

Salam...

Apa ada pada kata2
Sekadar bicara tanpa rasa
Lidah tak bertulang
Sekejap benci sekejap sayang
Terluka terbang melayang
Hilang...

Apa ada pada kata-kata
Sekadar permainan rasa
Suka duka memungut airmata
sebagai manusia
Yang biasa biasa.....

noorlara said...

Kerana manusia itu sering menggunakan alasan kejadiannya sebagai manusia untuk membuat engkar dan onar.
kerana manusia lebih suka mengutip dosa dari membuat pahala

salam rindu jugak hahaha