Wednesday, February 10, 2010

semalam 365 hari yang lalu

semalam adalah 365 hari yang lalu, aku mula menulis disini setelah sekian lama aku hanya membaca dan mengikuti sesetengah karya asli dari yang kurang dikenali kepada yang terkenal.

semalam 365 hari yang lalu, dengan bantuan kawan ku yang juga suami kepada "sue". aku membuat halaman sendiri dengan tekad untuk berkongsi sesuatu, mencari sekutu bukan seteru dan mencari sedikit ilmu.

semalam 365 hari yang lalu, aku tiada sesiapa hanya sekadar menulis dan membaca, kemudian satu persatu datang bertamu. setiap tetamu datang ku balas dengan ikhlas tanpa ada rasa was-was.

semalam 365 hari yang lalu, dan pada hari-hari yang berlalu aku kumpul sedikit-demi sedikit ilmu yang ku kutip dari setiap karya yang dititip. dan aku yang masih lagi baru tika itu,hanya membuang selongkok sampah pada halaman ini.

semalam 365 hari yang lalu, aku belajar memahami setiap baris dan ayat yang tersurat dan yang tersirat. walau ada kata-kata kesat dalam memberi pendapat tapi itu bukan bermakna mereka seorang yang bangsat.

semalam 365 hari yang lalu, aku jumpa yang baru dan aku kehilangan yang lama, mereka datang dan pergi. dan setiap yang baru aku alu-alukan dan yang pergi tanpa kesan aku tetap merindukan.

hari ini 366 hari telah berlalu, aku masih lagi rasa baru, mamai masih diriku, masih menulis dan membaca kerana setiap hari pasti ada yang baru dan yang berlalu itu adalah pengajaran buat ku.

dan esok pada hari-hari yang mendatang yang aku tidak pasti namun akan ku tunggu...dan ku doakan semoga sejahtera pada semua, agar lebih bahagia pada setiap kesempurnan. dan pada esok yang tak pasti aku mohonkan kemaafan atas keterlajuran kata-kata ku.....

30 comments:

Azuan said...

dah setahun yea huhuu...

Acik Erna said...

dah setahun berkarya rupanya..banyak yang dikongsi..sejak bertamu kesini..terima kasih..

Ibu Ammar said...

wah. dah 365 hari..sekejap je kan. saya pun lagi 10 hari genap la 365 gak..=)

Kay said...

syabas dah setahun...
(^_^)

Jalaks said...

selamat ulang tahun blog mamai..terus kan bekarya..insyaAllah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

pakcik!

tahnia sebab dah setahun menulis!

teruskan menulis!

suka hendap2 pakcik dari sisi!

=]

Daun said...

daun akan terus baca

tunbegia said...

sungguh setahun jagung,
tB baru 10 hari mmblog,

salamm,

eyqaaman said...

tahniah dan teruskan berblogging! :)

sharamli said...

selamat ulang tahun untuk bl0g MAMAI

Unknown said...

teruskan berkarya uncle...
sbb teddy sentiasa tggu n3 br dr uncle walaupon kdg2 teddy dtg tp x tgglkn kesan.

Prof. Era Pasca said...

setaun dah ye... same la era pasca da dekat dah nih... huhu

EISENHOUR said...

selamat ulang tahun u blog nih..sgt menyentuh perasaan~~heu

Unknown said...

ulangtahun blog ke ni... truskan berkarya pakcik

myQza said...

Alhamdulillah..

sudah setahun.. harapnya ada tahun lagi yang seterusnya..

Maiyah said...

sy blum lagik

Unknown said...

Jap aku blur sikit , kiranya dah cukup setahun laa berblogging nie ?

Cikgu Sarah said...

hepii besdaaaaaaaaaaayyyyyyyyy!!Allah selamat kan blog kamu,,Allah selamt kn blog kamu!!

Beruwang said...

eh dah setahun ke i follow you bro

lumut said...

tahniah uncle!!!!!!!!
keep on blogging k..=)

caluk@cencaluk said...

aku lupa kira dah berapa hari aku x berblog he he

azieazah said...

Begitulah manusia...

selagi mahu belajar, pasti ada ilmu baru yang diketahui...

Semoga terus maju MAMAI.. jangan mamai selalu tauu...!

Precious said...

Dah setahun? Teruskan! hihiiiii ...
Eh, tak dak kek ke?

Unknown said...

teruskan perjuang hebat ini...

tahniah...selamat ulang tahun

ayampinko said...

semalan 365 hari yang lalu... hem aper aku buat ek.. outstation kot..

Aloy Paradoks said...

semalam 365 hari yang lalu,,, tadi gua dah letak maps...

Yuki Yusuf said...

satu tahun yang sungguh panjang

asilahmuhajer said...

salam singgah.
selepas 365 hari kita akan cakap "cepatnya".

tapi masa nak mulakan 365 hari tu, kita akan rasa "lamanya"

abrodam said...

sedih la entri ni....

ini blog wirdah said...

congrats berjaya bertahan sampai setahun sudeyy..hee:)