Saturday, January 16, 2010

bukan benci tapi cuma tak suka

antara cerita orang putih dengan cerita orang melayu yang terlebih orang putihnya, aku rela tengok citer orang putih. meluatnya seperti menonton berita perdana di TV1 bila setiap kali menyebut salam satu malaysia itu.....

biarlah aku dikata tidak sokong industri filem tempatan aku rela, jangan ditanya kenapa aku tak suka artis terutama yang tempatan(yang luar tu memang aku tak ikut perkembangan langsung),sebab kalian sendiri sudah ada jawapannya.

bukan aku benci cuma aku tak minat ajer, menyampah pun ada bila tengok artis malaysia yang terlebih asingnya dari dulu kini dan selamanya....

kalau ada yang tak bersetuju dengan aku, aku tak kisah...itu hak kalian kerana setiap orang ada minat dan citarasa sendiri.

senang cerita artis tidak pernah mendapat tempat di hati aku sama seperti salam satu malaysia yang sering menyakitkan telinga aku kerana aku sudah lama menjadi satu malaysia.

kerana satu malaysia sudah tahu artis itu yang selama ini rasa dia bagus semakin hilang popularnya. semakin nyayuk di awal usia lima puluhan,semakin terdesak mencari peminat, semakin tidak berbaloi untuk mengundinya......




p/s: teringat pada cerita kembara seniman jalanan....

27 comments:

Unknown said...

btol tu.bkn benci cume tak suka je..sy setuju ngn uncle.hehe..len2 hati len2 jiwa x kte uncle? =P

abgBro said...

gua pun sama ngan lu bro...tp gua up sket lg jd meloya wakakakaka

klu citer komidi gua ske le

ILA HonEyBuNNy said...

ila setuju uncle......ngeh3...

sharamli said...

0rg plk xsuka dan benci...hu3 tp kadang2 je la

Prof. Era Pasca said...

salam mamai, seekarang tuan mamai sudah mempunyai ekses untuk memasukan artikel ke dalam Era Pasca, Setiap artikel yang mamai masukan dalam blog mamai, mamai boleh letakan sekali di Era Pasca.. Terima kasih..

Maiyah said...

erm.. mmg meluat ngan segala bagai gossip, maleh nk tgk pun.. tp sekadar nk lyn cite bleh le

Anonymous said...

betol2...filem omputih lg menarik kot..artis malaysia kualiti takuk tue jew..gosip hoh bkn maen

lumut said...

balik malaysia tiba2 rasa jumpe artis new zealand..apakah?

malaysia lg truk kot.nak tiru2.

sayu=pilu said...

betul tuh...setuju gak...
jln citer kdg2 dah bleh agak coz sama jer cuma watak jer yg berlainan
tak trill langsung....
heehhhehhe

Lia3003 said...

artis terdesak tu...susah..jangan jadi artis

Yuki Yusuf said...

sama la kita pakcik
saya pon tak ambik tahu dan tengok langsung
huhu

Abe Long said...

hehehe...

aku

lihat
baca
dan terus baca
smp abes
dan
aku
akan
katakan bahawa
aku
erkkkkk


ehem
ehem...

biar je lah. nk wat camne
dah dorang nk "asingkan"

wakakkaa

Finaz said...

sy pun setuju ngan awak. Tak suka.
Apa yg pasti, anak2 kecil semakon konfius, salam satu M'sia lebih penting/besar dr Assalammualaikum ker?..

myQza said...

aku naik rimas. semua na kena sebut 1 malaysia. semua nak kena sebut salam satu malaysia.

selama ni malaysia bukan satu je ke?

nak tunggu apa cogankata yg akan di gunakan untuk PM seterusnya..

mamai said...

master teddy:
ya lain hati lain jiwa tapi jgn jiwa kacau udah

abgbro:
hahahaha lu lagi teruk dari wa

honeyBunny:
bab mana yang setuju tu

sha:
jgn la macam tu tak baik benci

baginda:
terima kasih hehehe lepas 50 tahunbaru nak jadi satu malaysia ke kita nie

maiyah:
gosip yang tak mendatangkan faedah

told la hejauw:
gosip untuk sambung kehidupan tu hahaha

lumut:
betul ker yang mana satu artis new zealand tu....hehehehe

sayu pilu:
tengok tajuk dah tahu ended dia macam mana

liyana:
dok rumah or buat kerja alin lagi bagus

koyuki:
pakcik sekadar layan mana yang rasa okay ajer

abe long:
ya biarkanlah mereka terus asing dalam dunia asing mereka

finaz:
selepas 50 tahun baru kita ada satu malaysia hahahaha

siTeDI:
ya aku tunggu juga lepas nie apa pulak slogannya yer

enyheartsdiamond said...

hahaha..no komen..

*eny pon satu malaysia sejak skola rendah lagi :)

Unknown said...

tak suka citer malaysia ... kualiti kurang

muhdzahari said...

aku juga. bosan dengan salam 1malaysia yang juga digunakan di sini. di kolej.
cerita melayu biasanya stereotipikal. mudah di predict. namun kita terus menunggu, mengharap apa yang di predict itu salah. ironi.

atie said...

Salam Mamai..

Masalahnya semuanya suka berpura-pura aje... tak de yang iklas pun.....dulu kaki majalah hiburan tapi sekarang diharamkan masuk rumah pun... sesekali belek kat luar pun... nak tengok gelagat derang aje....

Azuan said...

betul3..tapi aku tengok jugak ekeke

zia said...

zia suka zack je.."azura" hehehe

patungcendana said...

siapa? aku memang out of date kalau pasal artis ni...so...agak kurang memahami entry kali ni...huhuhu...

bias® said...

ada rancangan realiti undi artis tua ke? akademi usia tua?

JMR said...

btol tu bro..kekdg gaya artis malaysia ngalahkan org england, tp bila ckp omputeh, haram tunggang terbalik..

mamai said...

eny:
ya kita semua dah lama satu malaysia

touyakaruma:
kualiti kurang tak apa jgn sampai tak ada kualiti

muhdzahari:
sungguh meluas sekarnag yer salam tu hahaha kita buat filem sendiri la lepas nie

atie:
mereka terus berlakon lepas set pengambaran hahaha

azuan:
tengok tak mengapa tak salah kamu ada hak

zia:
zack tu kalau dia menyanyi pakcik pun suka

patung:
hahahaha aku dah agak dah

bias:
hahahaha kalai ada akedemi yu aku pun nak masuk

JMR:
oh mesti kena berlakon lepas pengambaran hahahaha

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro..

rindu tulisn2 bro..
hehehe..

kdg2 filem atau drama temptn ni tk berpijk dibumi nyata..

speaking i u bagai..
tggal umah mcm istana..
kontrak juta2 tanak kalah

mawar_berduri said...

setuju ngan pak cik. tak brape berkenan ngan pelakon M'sia...tapi citer kalau kuar kat tv tu layan je la..tapi klau nak tengok kat wayang tu ...pk 10x ...ahax .. ;P