Uban ialah rambut yang berwarna putih yang tumbuh diantara rambut yang berwarna hitam. Uban biasanya di kaitkan dengan faktor usia semakin berusia seseorang itu maka rambutnya akan bertukar menjadi putih. Uban juga dikaitkan dengan faktor genetik seseorang atau keturunan.Contohnya keluarga aku sendiri dari arwah ayah aku sehingga ke adik beradik aku semuanya beruban yang boleh di kategori kritikal bila mana rambut hitam boleh dikira berbanding rambut putih.
Bila kita bercakap tentang uban atau rambut yang berwarna putih orang akan berasa amat takut, aku tak pasti mengapa mungkin sebab mereka rasa diri mereka sudah terlalu tua. Oleh itu ramai yang sanggup berhabis duit mewarnakan rambut semata-mata ingin menutup uban mereka.
Bercerita tentang uban aku terkenang masa zaman aku kecil-kecil dulu,sebab pada aku uban ini membawa rezeki pada aku. Mana tidaknya mak aku selalu menyuruh aku mencabut ubannya terutama bila waktu tenggahari lepas makan. Cabut uban ni dapat upah sehelai uban bersamaan 10 sen kira berbaloi la 10 sen masa tu. Tapi arwah ayah aku tak suka kalau aku cabut ubanya kerana beliau berangapan uban itu umpama cahaya di akhirat (itu aku tak tahu ) tapi arwah ayah ku dulu seorang ustaz...
Tapi zaman sekarang upah cabut uban dah mahal, last week aku saja mintak anak buah aku cabut uban tapi upahnya RM10.00 bagi uban yang tak sampai 10 helai sebab aku memang tak banyak uban pun berbanding adik beradik aku yang lain....
yang pastinya seronok bila orang cabut uban nie mata rasa macam nak tidur ajer...so baru aku sedar hari tu mengapa mak aku suka kalau aku cabut uban masa tenggahari....rupanya dia nak tidur patut la bila aku kata aku dah cabut 20 helai dia tak kisah walaupun aku tipu hehehehe dapat RM2 wooooo.....
Tapi pada ku uban ini juga disebabkan cara pemakanan kita, mungkin kita makanan yang kita makan pada masa kini menyebabkan rambut kita lebih cepat beruban berbanding orang dahulu. Apa pun aku tak kisah apa warna rambut aku ini yang penting aku tetap aku, hitam atau putih atau apa jua warna rambut kita hati mesti selalu mau baik....
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
11 hours ago
No comments:
Post a Comment