Setelah berpurnama berlalu sang petapa telah bangkit dari pertapaan untuk membuat perhitung dihari ini....kekalahan di dalam pertarungan lalu amat memalukan dan petapa bersazam untuk menebus kembali kekalahan yang mengaibkan itu. Kali ini dengan berbekalkan hikmat Hang Tuah ( pantang melayu derhaka peringkat ke 14 setengah ) dan keris taming sari tak bertuan petapa turun dengan penuh keyakinan. Telah ditetapkan pertarungan akan diadakan di dua bukit dan lawan yang ditentang juga bukan calang-calang orangnya. Bagi menguatkan lagi semangat maka sang petapa telah meminta pertolongan dari mahagurunya. Dikhabarkan sang mahaguru ini dahulu amat handal dan sukar dikalahkan namun disebakan tiada persefahaman sesama puak maka merajuklah sang mahaguru membawa diri mengasingkan diri( biasa la sifat orang tua yang dah lanjut usia .
Maka demi tidak mahu tewas lagi maka satu rombongan telah dihantar oleh sang petapa bagi memujuk sang mahaguru agar kembali. Namun tuntutan yang diminta oleh sang mahaguru bukan sedikit petapa harus memastikan bahawa ketuanya melepaskan tampuk pemerintahan dan segala keturunan,saudara mara dan pengikutnya juga harus disingkirkan. Atas nama kemenangan maka segala tuntutan sang mahaguru dipenuhi maka setelah berpuashati sang mahaguru pun megisi borang peryertaan sekali lagi dan bersetuju membantu petapa.
Sebelum hari pertandingan bermula seperti yang ditetapkan maka sang mahaguru sibuk turun padang menjampi serapah di kedua-dua bukit agar petapa menang dalam pertanding. Ini kerana sang mahaguru sedar bahawa lawan yang bakal ditentang di kedua-dua bukit amat handal kalau tidak masakan sang pertapa tewas dipertandingan yang lalu. Sang mahaguru sedar jurus yang digunakan oleh lawanya adalah dari jurus gabungan pakatan rakyaat bertiga yang terkenal amat kental. Maka sang mahaguru dan petapa melipat gandakan lagi usaha dengan cuba membawa segala hantu agar dapat membantu mereka dalam pertandingan.
Malangnya hantu ini amat mahal untuk dibayar namun itu bukan penghalang bagi petapa dan mahaguru kerana mereka orang beruwang. Tapi segala tipu muslihat sang pertapa dan mahaguru dapat dihidu oleh lawan mereka akibatnya ramai hantu telah ditangkap dan dimasukan kedalam botol untuk dihanyutkan ke laut..
Setelah habis segala daya usaha sang petapa dan mahagurunya mampukah mereka megalahkan lawanya yang mendapat sokongan rakyaat....
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
11 hours ago
No comments:
Post a Comment