Wednesday, April 8, 2009

Akhirnya terjawab jua

Segala penantian kini telah terjawab
hati yang gundah kini tenteram
kau telah memberi jawapan yang pasti wahai bukit-bukit ku
malam ku lena diulit mimpi indah..

segala dendam kesumat antara bukit kini terlerai
pertarungan yang segit penuh gegak gempita kini reda
bukit-bukit aman tenteram, segala gerombolan dan hantu telah dihalau keluar
sang petapa lari lintang pukang bersama mahagurunya
mereka sedar bahawa hikmat dan kuasa rakyaat adalah yang terkuat

namun sang pejuang sedikit terkilan.....
biar dua bukit dapat dipertahan
namun satu batang tidak dapat digengam
biar apa pun perjuangan belum lagi berakhir kerana ia baru bermula

2 comments:

akupentoi said...

walau batang itu kendur namum ia tetap utuh...

Basuh Baju said...

akhirnya BN hnya mampu mendapat batang yg jauh nun di sana. kempen bagai nak rak di dua bukit tp syg.. rakyat mahukan pakatan..