back to year 2005, aku joint one company yang berstatus MNC berlokasi di selangor. aku joint company tu pun pasal ex boss kat tempat kerja lama dulu yang call mintak aku kerja dengan dia. well untuk tidak menghampakan dia aku terima tawaran tu of course la di offer gaji yang bagus sesuai dengan bidang tugas aku. mulanya rasa bangga juga bila dapat kerja dengan MNC nie bukan senang nak dapat kerja kat situ. but bila aku start joint aku jumpa terlalu banyak benda yang tak kena.
patut la boss ajak aku joint dia, bila one day masa lunch boss citer masalah dia dengan tempat tu, so aku cakap tak apa boss nanti aku tolong sattlekan. so dengan berhemah dan teliti aku buat kerja, aku panjat bangunan miti,mida,sirim dan aku redah juga pejabat kastam. untuk dapatkan kelulusan aku buat paper work, aku buat SOP, aku buatkan budget dan submit pada semua yang berkaitan. so hasilnya semua permohonan aku diluluskan and the same time company dapat save duit.
habis bab tu aku tolong boss buat procurement pulak walau itu bukan bidang tugas aku, oleh kerana supply chain nie dah jadi bidang aku dari dulu so tak jadi masalah langsung. cuma masa aku buat supplier audit nie banyak yang tak betul aku jumpa. dan aku mula syak ada yang tidak betul dengan group procurement satu lagi dalam approve vendor.
sebagai pekerja yang baik aku laporkan pada boss aku, tapi malangnya boss aku nie ada agenda tersendiri mungkin dia terlalu ingin cepat naik. lalu dilaporkan terus pada HQ di uk, tanpa melalui pengetahuan boss-boss di Malaysia. maka terjadilah satu peperangan antara MD dan Director di UK dan Malaysia.
lalu dengan satu arahan satu TASK FORCE telah dihantar ke office aku untuk membuat siasatan. mulanya aku sangka TASK FORCE ini untuk menyiasat sebab-sebab kepincangan yang berlaku masa dulu yang menyebabkan berlakunya penyelewengan tapi sebaliknya yang berlaku.
TASK FORCE ini dihantar hanya untuk menyiasat kerja aku, pelik juga aku waktu itu, tapi aku tak kisah sebab aku buat atas arahan boss dan untuk company bukan untuk diri aku. hasil dari siasatan aku telah diberi surat tunjuk sebab kerana membuat kerja diluar bidang kuasa aku. sementara boss aku pulak dipaksa letak jawatan kerana salah guna kuasa katanya dengan memberi arahan di luar bidang kuasa. terperanjat juga aku waktu, tak sangka bila kita buat satu kerja yang menguntungkan company tapi lain pulak balasannya pada kita.
aku mula tak puas hati, lalu aku jawab surat tunjuk sebab itu beserta dengan bukti sekali dan bersama-samanya aku sertakan surat berhenti kerja. hati aku sudah mula tawar nak bekerja disitu. cuma aku tidak bodoh waktu itu satu salinan telah aku hantar kepada Independence Department di Company tu. dan akibatnya satu lagi TASK FORCE dihantar untuk menyiasat TASK FORCE yang terdahulu.
aku tak tahu apa yang mereka siasat kerana aku sudah selamat bekerja di tempat baru. namun dari apa yang aku dengar TASK FORCE yang siasat aku dulu telah diberhentikan beserta dengan MD sekali. rupanya TASK FORCE yang siasat aku itu adalah dari group procurement yang tidak puas hati dengan aku dan boss aku.
pernah juga Operation Manager ditempat tu call aku ajak joint semula tapi aku tolak dengan baik,tak mungkin aku kembali ke sana. dan hati aku juga sudah tidak berminat dengan company yang berstatus MNC.....
p/s: TASK FORCE bukan sahaja ada dalam politik kita....dan selalunya TASK FORCE bukan untuk kebaikan tapi lebih kepada menjaga kepentingan
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
3 hours ago
30 comments:
huhu..
nur baca ni antara fhm dgn tak je ni bro..
apapun...
tahniah kerna menjadi diri sendiri..
pulis angkasa gaban siasat pawer renjers, pawer renjers siasat otromen.
kau upah g-force aje lah ha ha
kalau kita bekerja dgn baik & ikhlas..hasil nya pasti baik.
adoiii...dunia..dunia..
Sabar jer lah Mamai.. dgn diorg nih
bagus pakcik
itu adalah politik kj
wah mamai,
begitu berpengalaman u
tu dia.. main pusing2 siasat.. biasala tu pakcik.. dh memang adat dh pun semua tu sekarang....
pakcik mamai... xde ke keje kosong 1?
rozita:
benar itu biar orang buat tak baik pada kita
bias:
otoromen nak siasat saper lepas tu doremon ke
koyuki:
terima kasih
finaz:
tak sabar tu yang pakcik blah dari company tu
cik cookie:
kat mana-mana ada politik
caluk:
g-force masa tu tak ujud lagi
nur:
hahaha sebab panjang sagt la tu
daun bidara:
sedikit ajer tak cukup lagi
abe long:
last month baru ambil orang
cahayachenta:
tapi depa pusing macam mana sekalipun pasti kena diri sendiri juga
kekadang nak cari rezekipun susah, buat keje dengan ikhlas susah kalu kerja tak ikhlas lagi susah
depa lupe...bile depa tunjuk 1 jari ke arah org lain...4 jari lagi menghala kt depa sndiri....kan
oooo..cmtu..tp respect kat bro sbb simpan bukti2 tu...dan tak mudah melatah..tabik spring nie..:)
tuh standard ler..kalau kata keje makan gaji kan so bila nak buat bisnes sendirik?
asam garam rempah ratus dlm lumrah kehidupan demi mencari sesuap nasi tidak akan berakhir so bertabah ler..asal rezeki tuh halal.
(^_^)
huh bahya nya..aku slalu buat keje yg bukan keje aku...hehe...
sLm..
pkck..
tq c0s jd 4LL0wers..
ac2aLLy sy mmbe dgn myiera...
urm..
sy dpt bL0g pkck dr myiera..
c0s fans Liverp00L..
pape p0n Like yr page..
interesting...
rezeki ada kat mana2..yg penting buat keje dgn amanah dan ikhlas.
sush nak puaskan ht sume org kan....
ini dah kes naya ni bro...
betul tu..dalam sesuatu badan/company mmg wujud benda yang tak kena sedemikian..ianya adalah komplot..yang menegakkan kebenaran pasti dijatuhkan..
task force punya task force punya task force kene siasat...
fuh!!
mamarempit:
betul tu kan dah kena kat diri sendiri semula
noorlara:
asam garam kerja ngan orang memang macam nie
eiza:
biar dengan boss kita tidak boleh percaya sepenuhnya, kena simpan segala email yang diberi
@tune:
hahahaha benar tu
soleha:
masing-masing ada kepentingan sendiri bila dah tamak memang macam tu
fadzilah:
sebab tu la tak takut masa berenti kerja masa tu
bbpink:
selamat berblog nanti pakcik selalu ziarah kamu
beutiful rose:
benar tapi kena puaskan hati kita dulu
abgBro:
memang naya pun bro tapi aku cool masa tu
suhaila:
boleh buat tapi make sure kau simpan segala kerja yang kau baut dan email jgn sesekali buat kerja secara lisan
kay:
mmg berhajat nak buat tapi tak ada idea lagi mungkin next time...
ya memmang kena tabah dan kerja dengan ikhlas
encik mamai yang tak mamai..
kalo nak joint jumpa pakcik kordi and lumut..maybe nextweek lah..tapi weekday..sebab weekend lumut tak free..saya pun weekend keje..nanti saya btaw k
berani kerana benar..
tapi dasyat juga kerja kamu tU!!
keputusan tgn anda.. anda mampu mngubahnya ekeke!!!
kes siasat menyiasat ni biasalah..yg penting kita jujur..
sItEDI:
itu cerita empat tahun dulu sekarang nie dah okay dah
seroja jingga:
nanti akan ku beri contact numbernya kepada kamu yer
idalara:
ya kerja kena ikhlas dan jujur
maiyah:
ya heheheh macam nak suruh mengundi ajer
huhu.
kesian nye uncle.
tp MNC tu ape?
pergh! penuh dengan cabaran keje pakcik ni
kerja mnc paling boring. sigh!
Post a Comment