Wednesday, September 16, 2009

cerita orang biasa-biasa

aku bukan seorang ketua kampung
banggun pagi minum di kedai kopi
cerita politik ngalah wakil negeri
anak buah masih menggali ubi

aku bukan seorang YB
baca akhbar tiap pagi
namun isunya masih tak mengerti
tok ketua masih di kedai kopi
pak nelayan jaringnya bocor lagi

aku bukan seorang pak menteri
keluar negara hari-hari
dalam negeri masih sepi
YB masih baca akhbar lagi
pak tani kebunya dilangar babi

aku cuma orang biasa-biasa
banggun pagi-pagi cari rezeki
masuk lambat kena maki
duduk rumah anak bini caci

aku cuma orang biasa-biasa
cukup tempoh buang undi
tok ketua masih di kedai kopi
YB masih baca akhbar lagi
pak menteri keluar negara lagi

aku cuma orang bisa-biasa
mengkritik bukan menderhaka
jauh sekali untuk membenci
cuma harap agar dihargai

aku cuma orang biasa-biasa
bukan tidak reti menghormati
cuma minta agar dihoramati
pada kuasa yang telah diberi

34 comments:

al-lavendari said...

... duduk rumah anak bini caci !!!

betul ke ni mamai?

al-lavendari said...

duduk rumah anak bini caci !!!

betul ke ni mamai?

IkanMasin90(IM90) said...

ak juga manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.
seperti mana dikau.

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

noorlara said...

wah saudara adalah rg biasa yg bicaranye bisa!

Selamat bergembira dan berbahagia di Syawal nanti, hati-hati di mana saja!

Aloy Paradoks said...

jadi yg biasa tu ok..
cuma masuk kerja lambat kene maki tu yg gua tanak..

imHepPie said...

yb bca paper pe x abes2 lagi tu...

mamai said...

al lavendari:
hanya kiasan sajer tu

azzaliena:
kita semua melakukan kesilapan

pyanhabib:
selamat hari raya adilfitri bro

noorlara:
bisa ker hehehe cuma menyuarakan pandangan

selamat hari raya buat kamu juga

aloy:
jangan masuk lambat next time ahaks

lumut said...

pokcik,
serious lumut admire gle ngan puisi2 pokcik..
idea kamu x pernah kering.
puisi pula tidak sama.ade keunikan tersendiri.
teringin sekali diberi peluang utk mendeklamasikannya seperti dizaman sekolah dulu.

terngiang-ngiang tepukan gemuruh tatkala aku selesai mendeklamasikannya..

sajak kamu hebat.
aku suka.

Anonymous said...

YB masih di kedai kopi
Pak Menteri ke luar negeri lagi
Aku masih disini menghitung hari
Sedang memikir
Tak beberapa hari nak sambut aidifitri....
langsir tak pasang lagi...
cermin tingkap berabuk tebal seinci..
huhh!! sapa yg sudi nak tolong aku ni????

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

fadzilah said...

kalau dah duk umah makan tidor je mmg la anak bini caci..
puisi yg bagus..kalau YB or menteri yg baca lagi bagus!

patungcendana said...

aku suka puisi ni...:-)

selamat hari raya untuk kau sekeluarga...mamai...:-)

A.K.U.D.O said...

jadi org luar biasa pula..

Mamai said...

imheppie:
YB baca banyak paper

lumut:
oh terharunya..wah kamu seorang pengdeklamasi sajak rupanya yer
boleh ler baca sajak untuk pakcik hehehe

jaja:
upah indo cuci hehehe

fadzilah:
YB dan Pak menteri tak masuk sini depa sibuk

patungcenda:
terima kasih kerana suka..

selamat hari raya juga

akudo:
jadi alien

sharamli said...

0rg biasa-biasa lagik 0k dari 0rg luar biasa...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ouch! hebat2....

Maiyah said...

salam.. selamat hari raya.. nak wish hingga tiba hari lembaraN :D

Basuh Baju said...

jadi org biasa lg best.. :)

triple x malaya said...

aku minat jadi orang biase..biar kite tidak di kenali tapi masih di hormati..itu sudah mencukupi bg aku..salam aidilfitri bro..

Solehah said...

betul3..setuju3..sian orang biasa-biasa..

bias® said...

kuasa. segalanya.

mamai said...

sha:
jadi oran bias tak ada power

akupentoi:
terima kasih sambil tertunduk malu ahaks

maiyah:
terima kasih atas ucpan itu..kamu teman tak akan ku lupa

basuh baju:
kalau orang biasa kurang dosa hehehe

triple X malaya:
kita salin menghormati...biasa atau luar biasa kita tetap manusia

selamat hari raya

Precious said...

Aku juga manusia biasa2
yg kalut menunggu raya
uh huu ...
mana langsir baru
mana sekut2ku
mana itu
mana ini ...
uh uh, manusia biasa2 ...

anaklaut said...

bro..masuklah bertanding pilihanraya di ns tu..

calon bebas pun tak pe..:))

Kay said...

aku jua insan biasa
yg menumpang teduh di bawah pohon
rimbunan kasih ALLAH.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

(^_^)

enyheartsdiamond said...

puisi ini bukan puisi biasa;)

Precious said...

Salam. Malam ni caya start gerak balik kampung. Caya nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Semoga jumpa lagi ... Kalau nak kad raya, silalah amik kat blog ...

mamai said...

precious:
betul-betul biasa tu..biskut raya tunggu malam raya...

paradoks;
saya juga megucapka selamat hari raya kepada team paradoks

anak laut:
huh nak masuk bertanding tak cukup duit ler

kay:
kita semua tumpang berteduh di bawah rimbunan ohon kasihnya

eny:
luar biasa ker puisi tu

recious:
selamat berhari raya nanti saya datang collect kad raya

kimisai said...

aku juga manusia biasa,
bkn sesiapa,
yang berbeza,
darjat dan rupa,

tapi cuma,
aku miskin kau kaya,
aku hina kau mulia,
aku sedih kau gembira,
aku bodoh kau bijaksana,

tapi ingat,
dia yang satu,
MAHA SEGALANYA..




***********************************
mcam main bola,
lu skor 1 wa kosong,
pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
kita seri,

lu skor 2 wa 1,
wa skor balik 1,
kita seri,

lu skor la berapa pun,
wa pun skor la bejuta pun,
tapi bila di luar padang,
anggap la ianya hanya permainan,
jadikannya 0-0 balik,
walaupun hakikatnya,
lu mungkin 5,
wa mungkin 0,

lu mungkin 0,
wa pulak 5..6..7..8...,
tapi bila dah keluar padang,
0-0 balik..

apa salahnya....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR BATIN
0-0 ok..!!
***********************************

AbcdeFtyyhahh; said...

nice:)

S@Y@NGH@SNI said...

2, 3 KUCING BERAYA..
MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..

TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

S@Y@NGH@SNI said...

2, 3 KUCING BERAYA..
MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..

TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

mamai said...

kimisai;
malam tadi LIv menang 1-0 hehehe
selamat hari raya

fatyyhahh:
terima kasih..

sayanghasni;
indah sunguh bicara
selamat hari raya

mamai said...

kimisai;
malam tadi LIv menang 1-0 hehehe
selamat hari raya

fatyyhahh:
terima kasih..

sayanghasni;
indah sunguh bicara
selamat hari raya