Sunday, August 16, 2009

hari itu diwaktu itu

seperti yang di janji hari yang aku tunggu-tunggu sampai juga, awal pagi lagi aku sudah bersiap sedia segala barang yang aku beli dengan N aku periksa sekali lagi takut ada yang tak cukup nanti. sebarang kecacatan tidak sesekali aku benarkan kerana ianya akan menyebabkan majlis aku rosak. Adik beradik aku juga dah siap sedia kami akan bertolak ke pantai timur pagi itu juga.

mengikit perancangan kami akan bermalam di kuala terengganu sebelum meneruskan perjalanan ke rumah N pada awal pagi esok harinya. turut serta dalam rombongan itu makcik dan juga dua orang jiran rumah ku. mereka ini dijemput khas oleh N, maklumlah sepanjang N dok rumah aku dulu dia memang rajin bertandang ke rumah jiran dan makcik aku nie selain dari berborak dengan mak aku.

"man, kau tak beli buah-buahan ker untuk hantaran nie"...jerit kak teh dari dalam rumah

"aduh! nak kena beli juga ker ingatkan tak payah"...jerit ku pulak.

"hotak kau tak payah, tak cantik la hantaran nie tak ada buah"...marah betuk ateh aku nie.

"okay nanti aman beli jap"...malas aku nak dengar lawyer nie berleter.

"mana sempatnya kau nak beli dah, nie orang dah nak bertolak la"...lawyer nie masih membebel lagi, apa dia ingat nie mahkamah ker.

"tak yah la buah, aman kan dah ada buah, nanti aman bagi la"....ambik kau sebijik aku cuba mematikan hujah.

"gedbuk"...tiba-tiba belakang aku perit

"ambil buah kau tu...padan muka kau"...satu tumbukan hinggap di belakang aku

"mak! ateh pukul aman!"...aku jerit dan kecoh sekejap dengan adegan kejar megejar-megejar antara aku dan lawyer.

"woit! dah lambat la apa lagi tu, buah tu nanti beli kemudian kat tenggah jalan pun boleh"...jerit kak long.

"hahahaha, buah dak raman ada jula kat tenggah jalan"...hiss lawyer nie memang tak boleh berhenti.

segala kekecohan selesai, keputusan di capai isu buah tak jadi persoalan, semua orang dah menunggu dalam kereta dan sebiji van.

"abah, aman pergi dulu" aku mintak izin dari abah sambil salam dan cium abah.

"baik-baik jalan kirim salam kat keluarga N"..jawab abah, kesian abah tak dapat ikut kerena dia tak sihat abah terpaksa menjalani rawatan hemodialisisnya. Sedih juga bila abah tak dapat bersama-sama dengan aku pada hari gembira aku.

perjalanan dari melaka memakan masa hampir 6 jam di sebabkan banyak berhenti maklum lah bawa ramai passenger. mesti ada banyak kerenahnya kejap nak berenti buang air kejap berenti nak makan dan yang pasti aku berhenti pasal nak cari buah.

malam itu kami bermalam di kuala terengganu manakala aku dan mak bermalam di rumah abang ipar ku suami pada lawyer buruk tu. pada pagi esoknya abang kepada abang ipar aku mengikut kami sebagai jurupadu ke rumah N.

di pendekkan cerita setelah banyak kali berpusing-pusing dalam kampung mencari rumah N akhirnya kami sampai juga dengan batuan penduduk kampung yang aku tahan tenggah jalan untuk bertanya arah. masa tu aku dah tak tahu malu lagi hajat di hati mesti diselesaikan kalau tak melepas nanti. kebetulan orang yang aku tahan tu juga nak ke rumah N, sebenarnya dia tu pakcik N.

sampai di rumah N rombongan kami di sambut meriah, tak sangaka pulak mereka terlebih buat persiapan. hahahaha maklumlah nak sambut bakal menantu yang popular dan glamer nie, orang kampun penuh atas serambi rumah.

majlis berjalan dengan sempurna, dari dalam rumah aku sempat juga menjeling ke arah N yang kelihatan amat manis masa tu dengan baju kurung putihnya yang bersulam bunga halus. geram pulak aku tengok dia, tapi sayang keayuan N ada sedikit kesuraman, suram pasal yang jadi teman N hari tu adalah si camie. kalau tak kerana sue dah nak bersalin pasti aku minta sue yang temankan N masa tu.

saat paling aku nanti sampai jua akhirnya bila mak menyarungkan cicin ke jari manis N. tanda sebagai sah N itu bini aku hahahaha gelojoh aku nie tunang aku la. tapi kalu kawin terus masa tu pun aku sanggup aper. persetujuan telah di capai tempoh setahun di tetapkan untuk kami. actually untuk aku la tu supaya aku boleh kumpul duit lagi. ingat nak ambil anak orang nie senang ker lain le beli ayam kat pasar main pilih pas tu suruh potong dan boleh bawa balik rumah masak.

tugas untuk hari tu sudah selesai dan hari itu aku berpeluang jumpa bakal pak mertua aku dan mak mertua aku. sebelum berangkat pulang tu mak mertua aku oppps sorry bakal mak mertua aku sempat peluk dan cium aku. huh kau orang ada ker bakal mak mertua nak peluk dan cium kau orang, memang sah la aku nia bakal menjadi menantu kesayangan nanti. dan aku semestinyalah menunjukkan yang aku nie anak menantu yang baik, nak balik salam dan cuim tangan pak mertua aku oppsss silap bakal pak mertua aku, orang muda memang selalu gelojoh yer tak.

sebelum bertolak balik kami sempat ler juga singgah ke KB dan rantau panjang nie pun atas permintaan orang kampung aku. bila dah sampai sana lain pulak ceritanya ingat balik lega la van dan kerta tapi sebaliknya pulak berlaku. kereta dan van penuh dengan barang, dah macam rombongan cik kiah la pulak....

misi berjaya aku telah aku sampaikan pada sue dan kawan aku, sebab pada mereka berdua aku selalu berkongsi cerita suka dan duka. sue juga menyampaikan berita baik buat aku, dia dah selamat melahirkan baby lelaki. tapi malangnya sue terpaksa di operate. aku gembira bercampur duka, aku gembira kerana dah dapat baby tapi bukan baby aku la baby sue dan kawan aku tu, dan yang dukanya 2 minggu lagi kami akan konvo,bermakna sue tak dapat bersama-sama dengan kami nanti...

aku rasa sedikit tidak seronok andai sue tak dapat bersama-sama terima ijazah nanti, tambahan pula kami adalah antara yang bertuah bila sesi penerimaan ijazah pada waktu pagi hari pertama. Ini bermakana sultan sendiri yang akan menyampaikan Ijazah itu pada kami nanti. maklumlah perkara ini bukan senang nak terjadi tambahan melaka tak ada sultan.

namun sue memang seorang yang cekal dan kuat dalam keadaan sakit itu dia memang berazam untuk turut serta terima ijazah hari itu. aku dapat perhatikan yang sue hanya dapat bergerak dengan perlahan tapi masih mampu senyum menahan sakit. kau memang seorang yang kuat sue dari dulu sampai kini kau kuat dan tabah, nanti aku akan buat cerita untuk kau sue.

hari bahagia aku berganda bukan sahaja dapat terima Ijazah bersama-sama dengan kawan-kawan dan keluarga malah N juga turut menemani aku waktu itu selaku tunang aku.
wah sungguh bahagia aku hari itu. segalanya telah selesai bertunang sudah, ambil ijazah pun sudah keja pun sudah cuma tunggu hari bahagia sahaja yang belum waktu itu.

namun kemanisan alam pertunangan memang banyak cabarannya, bahagia tak selalunya adakala dugaan datang melanda buat kita jadi tak tentu....

32 comments:

A.K.U.D.O said...

raja cinta mcm gelojoh jer...
sabar itu separuh dr iman.

lumut said...

bahagia itu memang tidak selalu..
kalau bahagia itu semua orang miliki..
maka tak adalah program tv "bersamamu"

erk..sori2..
aku tau kamu marah aku merepek disini..

chill..=)

INTAN said...

makin suspen....

sharamli said...

memang gel0j0h..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

beshnyer merasai waktu sebegitu kan? huhu... bro nape sedey je ayat last tu?

ni mesti disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari ni..

erk.. betul ke andaian nur ni?

adibah said...

jeng.. jeng.. jeng...!

myQza said...

huh!

mamai said...

akudo:
orang muda la katakan

lumut:
idaknya aku marah kau merapu...program bersamamu tu bagus juga.

intan:
ya makis suspen

sha:
hahaha darah muda memang macam tu

nur:
tunggu akhirnya...

adibah:
cam citer drama swata la plak hehehehe

sItEDI:
jgn la marah yer comel kamu

patungcendana said...

kau memang gelojoh....hehehe...cerita ni happy ending ke tak? sebak dah dada aku...huhuhu...

ps...aku masih senyum2 ni...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

huhu..

ya..

sabar menanti..

terus sabar menanti pengakhirannya

;(

Cik Cookie said...

nasib baik xterjah.kan pelahap plak org ckp tunang Si N.ngehngeh...

mamai said...

patungcendana:
endingnyakan dah ada...

nur:
jgn sedih yer in process nak abiskan nie dah penat nak menaip hahaha

cookie Devine:
heheheh aku mampu kawal lagi tak malu abah aku

IkanMasin90(IM90) said...

wahhh
best ye...
bile lah kan xp

anaklaut said...

salam bro..

kata org masa bertunang darah manis...:)

tq singgah anaklaut

Beruwang said...

kata orang , orang bertunang darah manis.. ko ada rasa tak darah ko...

mamai said...

azzalina:
abiskan belajar dulu yer

anaklaut:
darah manis tak apa jgn kencing manis

ber_uwang:
takut nak rasa nanti jadi dracula pulak

Precious said...

Amboi amboi .. sonot bercerita yer!! Kenangan silam menyimpulkan senyuman! Waduhhh ... Semoga berbahagia ke akhir hayat!!

Anonymous said...

alahaiiiii.....

bersambung lagikkk.... ;(

cepattt ar sambung

**wah! gelojoh juga aku spt pencerita ini** :p

S@Y@NGH@SNI said...

teringat kisah lama ler nie...

keluarga sebelah hubby aku pun suka peluk2 cium nie..

cuma pak mentua aku jer yang tak buat..
malu kot...

mamai said...

precious:
kenangan mengujik jiwa

jaja:
aku sorang gelojoh udah ler heheheh

sayanghasni:
weh bukan senang mak mertua nak peluk menantu nie

anaklaut said...

salam..

tq singgah anaklaut..:)))
bro ulsan bro sangat besh..tq

GRuNGe said...

Wuits bro, masa bila kau dapat gelaran Raja Cinta ni?

Banyak lagi ke episod sebelum nak habis ni? Aku dah jadi gelojoh nak tau kesudahan cerita Raja Cinta.

Beb, nanti email aku kau punya number tipon, leh lepak kedai Geng. Sebelum puasa minggu depan.

triple x malaya said...

waktu tu darah mude memang gelojoh sikit ye x...ape2 pun entry kau memang best..

mamai said...

anak laut:
yang biasa-biasa ajer tu...

grunge:
nanti aku bagai ko no tepon kau kita lepak kat geng...minggu nie dah nak posa la beb

triple X malaya:
dah nak abis nie

@tune® said...

scandal??

waduh!!!

bias® said...

yeay! dah tunang!!!

Kay said...

(^_^)hehehe ade sambungan lagik...

IkanMasin90(IM90) said...

huahua...
lama lagiiii
hahahaha

lepas nih macam mana jumpe plak...huahua

Sulela said...

Alaaaa...kasi suspen la pulok. Tak sabar nak tahu neh...heh heh heh....

Sambung...sambung...hehehe

mamai said...

atune:
scandal mak mertua hahaha

bias:
yes aku dah bertunang

kay:
kang buat cerita tebuk2 tak best

azalina:
dah nak abis tu

sulela:
banyak sikit entry aku nak buat nanti hahahaha

misznarney said...

x sabar nk tggu ending ceter nih...
cpt ar skit.. broadband nani leh guna smpi rabu dpn jer. pastu mls nk topup.. saving....huhu

mamai said...

nani:
kalau nak top up bagi tau apak yer..