Wednesday, August 19, 2009

sempurna ....

kita sering dengar atau kita sering berkata bahawa "aku atau kita manusia yang tidak sempurna"....

benarkah manusia itu tidak sempurna atas sebab apa kita katakan bahawa kita tidak sempurna..

arwah abah aku sering berkata tiada manusia yang tidak sempurna, semua kejadian yang dijadikan oleh allah itu adalah sempurna dan manusia itu adalah kejadian yang paling sempurna sifatnya...

aku pernah berkata pada arwah abah, mengapa ada manusia yang lahir tidak cukup sifatnya ( cacat )...lalu abah aku berkata "itu bukan tidak sempurna tapi itu istimewa"...dan pasti ada hikmahnya hanya Dia yang tahu.

sebaik-baik kejadian yang dijadikan oleh Allah adalah manusia dan lebih baik dari malaikat dan jin walau mereka di jadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah.

asal kejadian manusia kita boleh baca dari artikel yang update oleh saudara NAZ disini bertapa payahnya manusia itu dijadikan.

Allah menjadikan manusia dengan dibekalkan akal dan nafsu yang mana ini menjadikan kita berbeza dari binatang dan malaikat.

binatang itu dijadikan berserta otak tapi tidak akal dan tahukah kita bahawa malaikat itu tidak bernafsu seperti kita.

seandainya kita bukan ciptaan yang sempurna maka Allah tidak akan mengarahkan seisi alam semesta sujud pada Adam kecuali Syaitan yang engkar...

tahukah kita tiada makhluk di dunia yang sanggup memikul amanah sebagai Khalifah di dunia kecuali manusia yang sanggup.

mengapa Allah anugerahkan akal dan nafsu pada manusia...itu untuk kalian fikir sendiri.

cuma aku ingin katakan bahawa dengan adanya akal dan nafsu membolehkan manusia itu berada pada tahap paling tinggi malah lebih tinggi dari Malaikat. dan seandainya kita salah guna maka kita adalah jauh lebih buruk dari binatang.

apakah kita msaih lagi ingin mengatakan bahawa kita manusia yang tak sempurna atau ini hanya alsan untuk kita guna pakai bila kita di landa kekecewan atau untuk kita lari dari tanggungjawab dan kesalahan...

aku cuma kurang senang bila ada diantara kita mengata aku manusia yang tak sempurna..apakah kita menidak kejadian Allah itu. dan seandainya kita manusia yang tak sempurna bermakna kita mengatakan bahawa Allah itu juga tidak sempurna...yang jelas bertentanganan dengan sifat-sifat Allah itu...

maaf kawan-kawan aku bukan berceramah tapi meluahkan rasa terbuku di hati mungkin aku silap tapi...aku manusia yang sempurna cuma aku lalai dan tak tahu guna akal aku ini....

37 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam bro..

ape khabar?
budak cumel sihat?
sorry lama tak jengah blog bro mamai

hukhuk..
nur pun slalu ckp tak sempurna...
emm.. ayat ape yg sebaiknye nak ganti perkataan tak sempurna tu?

adibah said...

no one is perfect. period.

enyheartsdiamond said...

"kau begitu sempurna..
di mataku kau begitu indah..."

eny suka nyanyi lagu ney..

entri pak cik kali ney ada kesinambungan dgn apa yg ustaz lecturekan;)

sok test pengajian islam..

uncle doakan utk eny ok?

*malaikat x berjantina..x bernafsu..maksum..etc~

Kay said...

”kita adalah manusia yang tidak sempurna” biasanya diucapkan ketika seseorang mengalami kegagalan dlm melakukan suatu usaha. padahal kegagalan tersebut bukan disebabkan manusia itu tidak sempurna tetapi usahanya yang belum disempurnakan.
(^_^)

lumut said...

aku juga manusia yang sempurna..
=)
aku suke ayat yang janga salah guna pakai kan nafsu dan akal..

kalau tak..sama je dengan spesis anjing laut...
hmmm..

tapikan mamai,
aku suke untuk berkata aku tidak sempurna...
agar aku tidak terus riak dan lupa diri..
cmne ek??hmmmm

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

kadang2 kita selalu alpa kpd Allah.
kita dijadikan Allah lebih baik dpd ciptaanNya yg lain.

tetapi kita ttp mengingkari Allah.

yg membezakan muslim dgn muslim yg lain disisi Allah bukanlah tebal janggutnya, bersih jubahnya, bergunung harta dunianya mahupun ilmu dan pengaruh yg dimilikinya melainkn taqwanya.

moga kita sama2 takut kpd Allah dlm erti kata sebenar yakni mengikuti suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

nasihat utk diri sendiri dan semua.

tq bro

sharamli said...

0k2..sy sempurna

Cik Cookie said...

Cik Cookie selalu dgr kwn2 ckp "aku xsempurna" dan Cik Cookie cuba utk tidakkan tapi itu laa manusia.slalu rs tidak sempurna.

Unknown said...

saya adalah secantik2 ciptaan Allah SWt... Kalo ada gak org yg kata sy tak cantik, ada sy kisah???


::>> superb punya entri...

bias® said...

sesempurna zat-Nya...

cik bunga said...

jadi marilah hargai diri sendiri...

pakcik sorry lama x jenguk..
coz kene demam campak..
heheee

mamai said...

Nur:
sibuk yer tak mengapa senang-senang datang la...

bergantung pada perbuatan atau situasi tapi jangan sesekali kata saya manusia yang tak sempurna ...mungkin saya perlu mempelajarinya

adibah:
everbody is perfect only we make our self not perfect or maybe we not fully use our perfectness

eny:
semoga eny berjaya....

kay:
saye setuju dengan apa yang diperkatakan itu...kita tak sempurna hanya alasan

lumut:
kita kurang guna akal yang diberi mungkin membuatkan kita rasa tak sempurna

yusuh mujahidin:
benarlah itu amal kita yang membezakannya nanti

sha:
ya kamu sudah sempurna cuma kita tak gunakan kesempurnaan itu

cookie devine:
kalau manusia tidak sempurna maka tidak sempurnakah Allah itu...

cahayachenta:
yakin la pada diri kita dan kejadian yang menjadikan kita..

bias:
ya kita dari zatnya...

zia said...

huhuhu...terima kasih mamai...

Precious said...

Bergantung kp maksud sempurna. Sempurna zahir .. ada yg tidak sempurna ... sempurna dalaman ... hmmm ... susah nak ukur!

Sulela said...

Mmmmm...mungkin ke orang yang membuat ayat "aku tidak sempurna" itu sebenarnya menrefer pada sikap manusia itu sendiri? hehehe...

abgBro said...

mungkin oleh kerna selalu membuat kesilapan itu yg membuat diri merasa tak sempurna...tq

Beruwang said...

apa yang bro katakan memang betul la.. cuma kekadang bagi orang yang kurang pandai dan keciwa menggunakan perkataan sempurna itu sebagai menunjukkan kekurangan dia. saya akui sering menggunakan perkataan aku tak sempurna. tapi menjurus kepada rasa rendah diri sebab tak punya kekayaan atau pelajaran akademik yang tinggi. aku tak mempersoalkan kejadian diri aku .

ini hanya lah pandangan aku dan tidak samasekali mempersoalkan huraian bro tulis. aku dapat sesuatu dari tulisan bro

mamai said...

niena:
so dah sihat ker sian kena demam campak kala ornag sibuk dengan H1N1 ni yer..

zia:
sama-sama kasih lama aku menuggu kau

precious:
yang zahir tu juga sudah sempurna yang tak lengkap itu istimewa...

yang dalam itu akalnya yang mentafsir

sulela:
tak sempurna dari segi apa yer...

abgBro:
tak salah buat kesilapn tapi salah kalau ulangi kesilapan tak gitu..

ber_uwang:
mungkin itu alasan,

tak beruwang dan tidak berpelajaran tinggi bukan bermakna kita tak sempurna cuma kita tak ada rezeki lagi atau mungkin kita patut usaha lebih lagi

tak mengapa setiap orang ada pandangan masing-masing dan aku tak kata aku betul

IkanMasin90(IM90) said...

tiada yg smpurna x)

myQza said...

Aku insan berdosa.. eh.. lari tajuk!!

aku rasa maksud sempurna yang kau katakan ini lebih kepada sifat fizikal!!

kalau tidak sempurna sikap pula macam mana?

masih mencuri.. merompak.. merogol!!
masih tidak sempurna dr sikap sebagai seorang manusia!!

mamai said...

azzalina:
semuanya sempurna cuma kita tak guna kesempurnaan itu...

sItEDI:
kita manusia ini sempurna dari segi fizikal dan rohaninya.

dari mana datangnya sikap itu...merompak merogol dan mencuri itu datangnya dari mana...siapa yang mengawalnya...

ingat ini kita manusia di kurnia akal dan nafsu....

mengapa akal dan untuk apa akal...
mengapa nafsu dan untuk apa nafsu...

mugkin harus ku katakan bahawa kita manusia tidak mengunakan kesempurnaan itu

cik bunga said...

sihat daa...
heheee.. mybe tuk menghapuskn dosa2 lama kot

Anonymous said...

Aku sempurna...hanya tidak tahu menyempurnakan diri

Daun said...

ya,kita mengaku tidak sempurna bila bersalah..
kita leka dengan kesempurnaan

anaklaut said...

salam...

ya manusia adalah sebaik-baik ciptaan allah swt..

entri kali membuatkan anaklaut berfikir lama.:)

tq singgah anaklaut

Kapten Luffy said...

hmmm

buat aku berfikir

mamai said...

niena:
jadi apakah alasan itu boleh di terima pakai

jaja:
itu yang sebenarnya

che la:
terima kasih singgah sini...betul kita leka sihingga kita rasa kita tak sempurna

anak laut:
jgn sampai buang masa anda hehehe

monkey d Luffy:
pikir jgn tak fikir

S@Y@NGH@SNI said...

aku hanya insan biasa...

tak sempurna itu biasanyer kerana tak cukup amalannyer...

"ANDAI ADA LANGKAH MEMBEKAS LARA,
ANDAI ADA KATA MERANGKAI DUSTA,
ANDAI ADA TINGKAH MENOREH LUKA,
KUMOHONKAN MAAF LAHIR BATIN,
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

sue-ab said...

selamat berpuasa...semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum...

aku setuju kata2 ko ini man...

anaklaut said...

salam...bro mamai,

selamat menyambut Ramadhan yang mulia buat bro.

shila said...

kesempurnaan itu patut kita lihat dari akal warasnya mentafsir , matang dalam mengayak segala pendapat dan bijak mencanai hasil.... selamat berpuasa dari kami sekeluarga

mamai said...

sayanghasni:
tidak sempurna dari segi perbuatan boleh di terima tapi mengapa harus kita kata manusia itu tidak sempurna

selamat berpuasa kepada kamu juga

suhaila:
terima kasih...

shila:
itu benar jadi manusia itu sempurnakan jika tidak di mana tidak kesempurnaan itu...

selamat berpuasa juga buat shila dan keluarga

@tune® said...

manusia tidak boleh menghukum manusia lain..

menidakkan kejadian Allah itu juga perkara yg xdibolehkan..

renung²kan..da selamat beramal

zachatta said...

Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan.. Kecuali yang Maha Esa dan Pesuruhnya (N. Muhammad S.A.W)itu. Sya masih mencari-mencari kesempurnaan.. Saya kembali.. :)

Sufy said...

sebenarnya kita adlah makhluk yg sempurna yg Allah cipta cuma kita terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dan itu yg menyebabkan kita tak sempurna..apapun, bersyukur ats segalanya..^_^

mamai said...

atune:
hukuman dunia atau akhirat...

zachatta:
ya mari kita cari kesempurnaan kita

sufy:
kelemahan itu adalah perkara yang memang ada pada kita cuma kita tak cuba mengatasi kelemahan itu...

Redynne™ said...

salam mamai..

kesempurnaan hanya hakmilik mutlak Allah SWT..

sy cuma manusia yg punya sifat2 pinjamn dariNya dan sewajarnyalah sy rasa begitu x sempurna.. :)

Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak utk anda sekeluarga..