Pada mulanya aku memang tak nak komen pasal PPSMI ni sebab pada aku bahasa itu amat penting tak kira apa jua bahasanya. Lagi pun tak salah kalau kita belajar banyak bahasa dan aku sendiri teringin nak belajar bahasa yang selain dari bahasa inggeris dan bahasa melayu.
Tapi apa membuatkan aku teringin meluahkan pendapat dan memberi sedikit komen mengenai PPSMI ialah tentang keberkesananya. Setakat ini aku tak nampak bukti yang kukuh bahawa PPSMI itu berjaya. Aku tak nafikan bahawa PPSMI mampu melahirkan rakyaat yang berpelajaran dan memang terbukti bila ramai yang score pada UPSR tahun lalu. ( ada yang kata gradenya diturunkan )
Tapi mampukah ianya melahirkan rakyaat ang berilmu dari PPSMI ini... ianya dua perkara yang berbeza antara yang berilmu dan berpelajaran. Mereka yang berilmu mampu membuat pertimbangan yang wajar dan mengunakan pengetahuan yang dipelajari demi kebaikan semua. Manakala mereka yang berpelajaran belum mampu membuat penilaian yang yang wajar dan kebanyakan mereka mengunakan pelajaran yang diperolehi demi kepentingan diri sendiri.
Kebanyakan mereka yang berpelajaran ini hanya memiliki pengetahuan yang terhad. Contohnya mereka yang kebanyakan graduate dari universiti apabila memasuki alam perkerjaan mereka tidak dapat mengadaptasikan apa yang dipelajari semasa di universiti. Malahan pengetahuan mereka hanya bersifat sementara ini kerana mereka belajar hanya kerana ingin mendapat markah yang tinggi agar mudah mendapat pekerjaan. Kebanyakan mereka adalah yang suka meghafal daripada memahami konsep sesuatu pelajaran.
Manakala mereka yang berilmu selalunya lebih berjaya ini kerana mereka mampu mencipta peluang bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Malahan pengetahuan mereka bersifat kekal kerena mereka memahami konsep disebalik pelajaran yang dipelajari. Malah golongan yang berilmu ini lebih berjaya dalam bidang perkejaan kerana mampu mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperolehi.
Bagi mereka yang berilmu lebih diteriam oleh masyarakat dan disanjung malah selalu di jadikan bahan rujukan dan tauladan. Manakala bagi mereka berpelajaran pada masakini terlalu ramai dan publisiti yang diperolehi hanya sementara dan ramai antaranya kecundang. Contoh paling mudah kita dapat lihat ialah pelajar genius kita yang akhirnya menjadi pelacur. Malah kerap kali kita bacab didalam akhbar ang mana ada diantara pelajar IPTA kita sanggup menjadi GRO semata ingin mencari kemewahan.
Oleh itu kita harus bijak menilai yang mana lbih utama antara berilmu dan berpelajaran. Sekiranya PPSMI ini hanya untuk melahirkan mereka yang berpelajaran maka aku tidak bersetuju dan ianya harus di hapuskan.....
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
6 hours ago
1 comment:
PPSMI nih keje orang amnu.. depa nak mampus pun mengucap guna bahasa omputihhhh
Post a Comment