Dikhabarkan bahawa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir turun padang membantu calon umno berkempen muntuk pilihanraya kecil Bukit Gantang. Nampaknya memang bekas perdana menteri kita ni masih sayang dengan umno walau banyak mengkritik terutama di era pemerintahan Pak Lah.
Persoalannya mampukah UMNO menang dalam pilihanraya di Bukit Gantang, dan pada aku motif sebenar Dr Mahathir turut serta dalam berkempen untuk umno amat kabur sama ada ikhlas membantu ada sesuatu yang lebih penting.
Pertama adakah beliau ikhlas membantu umno atau sekadar untuk test market beliau. Maklumlah dah lama tinggalkan umno dan sokongan pada beliau mungkin dah merosaot.
Keduanya Pak lah dengan secara rasmi akan menyerahkan jawatan kepada Najib pada selewat-lewatnya jumaat ini. Manakala Najib merupaka calon pilihan utama Dr Mahathir sebagai penganti beliau dahulu.Jika umno kalah dalam pilihanraya kecil ini maka mereka didalam umno akan meyalahkan Najib sebagai punca kekalahan.
Ini kerana dalam pemilahan umno lalu kita dapat lihat yang dalam umno sediri terdapat dua team pertama yang meyokong Pak Lah dan satu lagi team yang menyokong Najib dan sudah tentu ini akan menjadi satu tamparan hebat bagi Najib yang bakal menjadi PM ke 6.
Ketiganya jika umno menang dalam pilihanraya kecil ini maka ini akan menguatakan lagi dakwan Dr Mahathir ke atas Pak lah yang kekalahan teruk UMNO dan BN dalam PRU 12 lalau adalah disebabkan oleh kelemahan Pak Lah sendiri.
Dengan pelbagai strategi yang digunakan oleh umno termasuk menyekat akhbar pembangkang dan melarang ceramah malah mangunakan polis sudah pasti peluang untuk umno menang adalah cerah. Namun dengan semua taktik ini mampukah umno menang dalam pilihanraya Bukit Gantang. Kerana PR juga tidak mahu kehilangan kerusi Dun Bukit Gantang yang merupakan penentu kepada sokongan rakyaat terhadap PR. Kerana semua sedia maklum dengan situasi politik Perak sekarang....
Mampukah UMNO dan BN menipu rakyaat Perak sekali lagi biar dengan kehadiran Dr Mahathir.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
13 hours ago
No comments:
Post a Comment