Wednesday, April 1, 2009

Malaysia dibawah pemerintahan PM ke 6.....???

Sekarang rasanya bukan lagi cerita dongeng dan khabar agin tapi khabar yang bakal menjadai kenyataan, bakal pemerintah Malaysia yang juga perdana menteri yang ke 6 bakal menjadi hak milik kekal Najib. Dikhabarkan Agong telah bersetuju dengan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dan ia akan dijadual mengangkat sumpah pada jumaat ( harap sempat la sembahyang jumaat ).

Namun perlantikan Najib sebagai perdana menteri ke 6 menimbulkan banak keresahan bukan sahaja dikalangan pembangkang malahan juga mereka yang berada di dalam umno sendiri. Ini kerana bakal perdana menteri kita masih diselubungi dengan pelbagai skandal dan yang paling popular bila beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan sensasi wanita mongolia. Malah isu ini mendapat liputan meluas dalam dan luar negara.

Tidak cukup dengan itu bakal PM ke 6 juga menghadapi tuduhan salah guna kuasa di atas pembelian beberapa buah kapal selam. Malah banyak lagi tuduhan yang dihadapi oleh bakal PM ke 6. Oleh itu sekiranya Najib ingin menjadi seorang PM yang dihormati rakyaat dalam dan luar negeri rasanya beliau seharusnya membersihkan dan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Kerana kita tidak mahu mempunyai seorang perdana menteri yang terlibat dengan pelbagai skandal dan boleh mencemarkan nama baik Malaysia..........

No comments: