Sebagaimana yang aku janjikan pada anak aku dulu bila balik kampung aku nak bawa mereka mandi sungai. So masa balik kampung wife aku kat Pahang ( Felda Lepar Hilir 3 ) aku ambil kesempatan bawa anak-anak aku dan adik ipar berkelah kebetulan rumah wife aku tak jauh dari sungai dan sungai ni pun kira popular juga namanya sungai Berkelah.
Seronok betul aku tengok anak aku main air, mana tak bukan senang nak jumpa tempat macam ni kat KL kalau ada pun sure kena bayar nak masuk dan dah tentu ramai orang. Tapi kat kampung semuanya free dan sanggat privacy.
Air kat sini memang sejuk dan nyaman anak aku main air sampai kecut tangan tapi masih tak mahu naik lagi...lepas makan sambung lagi main air sampai aku pun penat nak jaga dia orang nie...takut juga walau kawasan tak dalam tapi arus sungai nie masih deras jadi kena berhati-hati. Kata orang bila terlalu gembira pasti akan ada malang yang menimpa.
Aku gembira kerana mereka masih sempat menikmati keindahan alam ini dan merasai keseronokan bermain di sungai, kerana kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang mungkin sungai yang cantik akan hilang seperti mana yang berlaku di kampung ku.....
next time balik kampung make sure kena bawa balik baju mandi aku pun nak mandi sungai jua lama dah tak mandi sungai.....
1 comment:
aku kat resort chenta cayang. sebelahnya taman tema air the karnibal. tak mungkin sama dengan kejernihan ayaq yang suci lagi tulen.
Post a Comment