Tuesday, March 31, 2009

Tuah Itik Nampak di Tasik Puchong



Last sunday aku ke rumah abang aku di Puchong Perdana kebetulan hari tu MPSJ ada buat hari karnival yang ku sendiri tak tahu atas tujuan apa. That event start from morning till evening about 7.00 pm gitu, Banyak acara la yang dipertandingkan dan bermacam-macam persembahan yang aku tak berapa nak ambil peduli.

Tapi dalam banyak-banyak acara itu pertanding menangkap itik paling aku dan orang ramai tunggu termasuk pendatang yang tidak diketahui sama ada dengan izin atau tanpa izin dari Vietnam dan juga Mat Bangla...biasa la itik free (80 ekor katanya )...lagi pun nie acara penutup dam memang ramai orang yang datang.

Sebaik sahaja itik dilepaskan ke dalam tasik maka orang ramai berpusu-pusu terjun untuk menankap itik yang tak berapa pandai nak berenang kat dalam tasik......

Oleh kerana dah jadi sifat manusia selalu bersifat tamak dalam gairah dalam sibuk menagkap itik aspek keselamatan dilupakan....satu perkara yang dah aku jangkakan.
Mana tidaknya tiada seorang safeguard yang mengawal keselamatan terutama kanak-kanak. Kerana pada petang itu dalam pada sibuk orang mengejar itik aku berjaya menyelamatkan dua nyawa manusia yang lebih berharga dari 80 ekor itik.......

Sedih juga bila aku kenangkan dua orang kanak-kanak yang tengelam timbul sambil terkapai-kapai minta bantuan namun tiada yang membantu biar hanya bersebelahan namun mereka lebih seronok mengejar itik....bukan aku nak kata aku jadi hero pada petang tu tapi apakyang aku lihat bertapa rendahnya nilai kemanusian dalam diri kita kini.....

Lebih menyedihkan lagi segelintir ibu bapa yang tak ambil kisah tentang keselamatan anak mereka. Mana tidaknya masa anak mereka terjun dalam tasik mereka bersorak gembira bila anak selamat dari lemas dimarahi pulak....Kesian aku tengok budak yang lemas tu kena marah dengan ayahnya...kalau ikut hati mahu saja aku bagi hikmat penampar peringkat 14 setenggah...biar tercabut 14 batang gigi ayah budak tu.......



apa pun masih lagi ada mereka yang bertuah pada hari itu biar tidak perlu bersusah payah basahkan badan berenang dalam tasik yang airnya macam hampeh...masih boleh tersemyum dengan itik.....itukah namanya tuah...

Sedangkan aku lansung tak dapat apa-apa hatta sehelai bulu itik pun aku tak dapat sentuh...namun pengajaranya amat berguna.....

No comments: