Saturday, July 2, 2011

telan

suka atau tidak terpaksa juga ku telan,terasa amat pahit sekali kalah pahitnya hempedu, tapi itulah dia kenyataan, kenyataan yang harus aku terima samada suka atau tidak kerana tiada lagi pilihan.

bak kata kawan ku ini takdir tuhan, segalanya ketentuan, siapa aku ingin mencabar tapi diri ini penuh dengan kelemahan. Bila emosi menguasai sukar untuk diri mengawal perasaan. bila kata-kata tidak lagi berbaur mesra tapi hanya kekecewaan.

mungkin aku harus mengundur mencari ketenangan dari terus menambah kekeruhan, biar la memendam agar reda segala kegundahan. hidup adakalanya kita tidak ada banyak pilihan, begitu juga dengan aku, cuma terlalu asyik dalam kealpaan. lupa pada diri alpa pada kedudukan,hanya menumpang pada sebuah perasaan.

suka atau tidak memang ini satu kenyataan mungkin masanya untuk aku perbetulkan segala kesilapan, mungkin juga harus ku lepaskan segala perasaan kerana itu takdir tuhan.........kamu benar wahai kawan aku yang dalam keduguan.

tuhan ku pohonkan agar Kau kurniakan ia segala kebahagian...agar mengecap segala impian.




p/s: mungkin harus kembali bersendirian...

Tuesday, June 28, 2011

bila hati tak lagi bererti

biarkan sahaja begini mungkin iannya lebih mudah, lebih mudah tidak memahami dari terus hidup dalam berteka teki. mencari jawapan tapi tak pernah yang pasti, menyeksa diri sendiri. kadang kala ingin sekali terasa untuk lari, lari sejauh yang mungkin menyendiri dari situasi.

namun situasi itu berada dekat dalam hati, lalu sejauh mana dapat pergi untuk menghidari hati sendiri, itu mungkin tidak akan terjadi. ingin sekali berharap agar dimengerti perasaan dan hati ini tapi tidak pernah dipuduli. terasa seperti diri mengemis simpati.

untuk apa berharap lagi kerana semuanya sudah pasti yang hati ini tidak pernah bererti. hidup memang begini bukan semua yang dihajat pasti dimiliki. selagi diri mampu berdiri cuba untuk tidak membenci.


p/s: andai hidup terpaksa membakar diri biarlah begini

Sunday, June 12, 2011

first Impression

apa yang silap tentang first impression kita adalah selalu membuat andaian yang buruk atau terlalu baik tentang sesuatu perkara. terutama pada benda yang baru kita jumpa atau bakal kita jumpa....

....turun naik flight membuat aku rasa sangat penat, enam jam dalam flight dari KLIA ke Beijing sangat membosankan cuma bertuah bila dinaik taraf ker business class (mungkin sebab kekerapan aku terbang ke beijing)..

first impression bila duduk dalam business class ni rasa macam best, tapi memang best pun bila kita diutamakan dari segala segi, tapi bila terbang pada malam hari amat rasa amat terganggu bila tak boleh nak tido dengan lena, bila mana tiap kali aku tidur paramaugari yang cun datang menggangu, dia tolong selimutkan, tolong hantar minuman tiap jam, tolong tengok aku selesa ker tak, hmmmm rasa macam nak ajer aku suruh dia tidur sebelah aku tu, lagi pun seat kosong. dari dia bersusah payah pergi balik tiap jam.

kalau kat economy class memang aku tido memanjang dari tanpa orng kacau pun, ada tak ada bila ada group pelancong yang excited bercerita nak ker Beijing, tu nak pie sana nak pie sini nak beli itu nak beli ini. mungkin itu pertama kali mereka datang Beijing kot so first impression memang la gila best. rasa macam aku nak plaster ajer mulut tu. Macam la aku tak ada impression macam tu masa mula-mula datang dulu.

cuma sekarang nie aku dah rasa boring tiap kali datang ker Beijing rasa macam terpaksa berbanding rasa teruja. memang first time dulu rasa macam tak nak balik tapi bila dah kerap macam nie rasa nak balik ajer.

duduk kat apartment sorang-sorang memang amat membosankan nak pulak waktu malam, saat orang semua bersama isteri dan anak-anak, dan aku beseorangan mengadap TV yang satu apa aku tak fahama walau ada banyak Chanel. now aku faham kena VP aku selalu ajer kerja bila dia ada kat Beijing hantar email tak kira siang, malam, pagi dan petang. Nampak gaya aku pun dah berjangkit penyakit dia bila ada kat Beijing nie.

First dulu bila dapat kerja nie rasa memang amat seronok dapat berjalan sana sini tapi......rasa lebih seronok bila keluarga ada disisi.

namun demi keluarga aku harus, mungkin bila ada peluang lain aku akan grab it...tapi rasa dah tak larat nak pindah kerja selalu. all the time bila aku masuk tempat kerja baru my first impression adalah tempat tu memang baik.....kecuali di Healwell first impression aku ada seperti yang aku rasa.its "House of Hell" instead of "House of Healin"....its prove me.



what is your impression tentang buah nie...ceri yang merah, aku suka tapi tak seperti yang aku bayangkan.



tapi aku masih mampu makan dengan banyak, walau perut memulas.....


p/s: apa yang kita sangka itu selalunya tidak seperti yang diharapakan....

Tuesday, May 31, 2011

Jalan Mati



pilihan apa yang ada lagi ditangan
diluah mati apa lagi ditelan
kesal itu bukan lagi pengertian
tapi hanya sekadar satu keluhan.

lalu apa yang harus difikirkan.
bila dulu akal kau lemparkan
dan nafsu itu jadi pedoman.
sumpah itu dulu sekadar mainan
kini menanti hanya balasan

dulu kau bangga jadi jagoan
tiap yang lemah jadi cacian
tiap teguran kau angap penghinaan
dan pujian itu satu kegilaan

bila tiba dipenghujung jalan,
kaki tak lagi mahu kedepan
bahu tak lagi bisa menampung beban
mengigil segala angota badan
kini diselubungi ketakutan

kini kau dipenghujung jalan
takut dibayangi kesilapan
lalu apa lagi erti segala pujian
dengan harapan agar dilepaskan
kerna kini kau kenal siapa Tuhan....


P/S: bila hidup ini tiada lagi pilihan baru kita sedar rahmat tuhan.....

Tuesday, May 24, 2011

second chance

hidup ini memang tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan kesalahan, dan memang itu lumrah kita sebagai manusia. kerana manusia itu tidak sempurna (bukan untuk aku jadikan alasan).

setiap kesalahan pasti ada hukuman, dan hukuman itu demi keadilan berat atau tidak bergantung pada kesalahan.

namun dalam hati sering bertanya apakah hukuman paling berat yang pernah kita jatuhkan...

andai kita tidak pernah memberi peluang kedua untuk mereka memperbaiki kesilapan dan rasanya itulah hukuman paling berat yang kita pernah jatuhkan.




p/s: berikan aku peluang untuk memperbaiki diri dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. masih belajar dari kesilapan

Saturday, May 21, 2011

Bicara kata



berbicara cara kita menyatakan perasaan kita. berbicara itu cara kita meluahkan rasa hati. ada kala bila berbicara tak perlu berkata-kata, mungkin cukup dengan riak muka dan gerak badan. andai berbicara dengan kata-kata maka jaga tutur kata awasi lengok bahasa agar tiada yang terluka atau tersalah sangka. kelak nanti mengundang bencana berdendam rasa atau mungkin menyimpan rasa kasih dan sayang.

selalu kita berasa bila berbicara kita yang utama lebih banyak berkata-kata dari mendengar kata. itu bicara orang berada atau juga orang siasah yang sering bikin orang susah.

bila berbicara jangan terlalu meninggi suara, jangan terlalu takbur berkata-kata kelak nanti orang kata bodoh tak terkata.

bicara kita biar yang biasa-bisa tapi penuh bermakna kerana itu nilai budi kita, biar jangan ada yang terluka tapi tidak juga kita yang memendam rasa.

lebih elok kalau kita berfikir sebelum berbicara jangan terlalu diikut hati yang lemah. kerana bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata nanti maaf tiada berguna.





p/s: biacara hati, maaf andai ada bicara ini yang terguris hati jangan disimpan kerana aku telah lama mengerti

Thursday, May 19, 2011

window seat



"window seat please"....itu yang aku pinta,"let me check sir"..sambil tersenyum dan senyuman itu sungguh menawan. lalu dalam hati berkata cantik-cantik staf perempuan yang kerja kat kaunter MAS ni. anyway cantik tu subjective, mungkin pada aku cantik pada orang lain tak cantik. untuk tidak menyusahkan diri aku mengambil kesimpulan semua perempuan itu cantik dan ciptaan tuhan itu sememangnya cantik...

ok biarkan perkara cantik itu di situ, apa yang aku nak cerita adalah perkara lain tapi mungkin ada juga bekaitan dengan cantik.

di "window seat" aku memandang keluar setiap kali burung besi berlepas terbang, melihat apa yang aku tinggalkan di belakang. mengenang kembali waktu yang telah berlalu, mengimbas setiap apa yang telah berlaku dalam hidup ku. tidak pernah terfikir akan terbang sekerap ini meninggalkan anak dan isteri. Tapi waktu itu 6 bulan yang berlalu sewaktu aku menerima kerja ini aku tidak banyak pilihan.

sebulan menjadi penganggur memang perkara yang amat perit dan payah dalam hidup ku. lebih payah bila melihat masa depan anak-anak dan keperluan isteri yang sarat mengandung waktu itu. hati tidak pernah tenteram akal ligat berfikir dan usaha tidak pernah kenal erti jerih.

lalu bila rezeki datang aku tidak menolak, aku terima dengan rasa syukur kerana tuhan itu penyayang. dan kerana itu aku redha biar kali ini aku terpaksa dan kerap berjauhan dengan keluarga.

dan bila burung besi itu sudah berada selesa dia udara, dari "window seat" aku memandang ke bawah. melihat bertapa indahnya kehijauan bumi dan birunya laut ciptaan tuhan. lalu berfikir untuk apa tuhan ciptakan ini semua dan untuk siapa diciptakannya. mungkin kerana ada insan yang bernama manusia tidak faham untuk apa ia dijadikan lalu bumi tuhan diratah untuk memenuhi tuntutan nafsu.

merenung kelur dari "window seat" melihat kepulan awan yang putih dan lembut indah dan bersih, namun siapa sangka bisa menggegar burung besi yang gagah membelah angkasa setiap kali merempuh gumplan awan lembut itu. dan adakalnya awan putih dan lembut itu bertukar menjadi kelam dan berat tanda ia marah tapi pemurah. memaksa burung besi terbang ke tepi, dan aku belajar lagi yang lembut itu gagah sebenarnya.

dari "window seat" aku memandang ke hadapan melihat apa yang menanti, ku lihat hanya kelam dan kosong. tapi aku pasti aku menuju pada satu destinasi, cuma aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi dalam perjalanan ke destinasiku.

kini ku sedar mengapa tuhan tidak beritahu kita apa yang akan kita tempuhi dalam meniti hidup ini, tapi tuhan berikan kita akal dan hati untuk kita mengemudi hidup ini. kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

di "window seat" aku merenung diri, apa yang telah aku lalui, sedang aku lalui dan bakal aku lalui....terasa ada air mengalir sejuk di pipi,


P/S: melihat dunia dari atas depan dan belakang, apa yang kita nampak itulah diri.