suka atau tidak terpaksa juga ku telan,terasa amat pahit sekali kalah pahitnya hempedu, tapi itulah dia kenyataan, kenyataan yang harus aku terima samada suka atau tidak kerana tiada lagi pilihan.
bak kata kawan ku ini takdir tuhan, segalanya ketentuan, siapa aku ingin mencabar tapi diri ini penuh dengan kelemahan. Bila emosi menguasai sukar untuk diri mengawal perasaan. bila kata-kata tidak lagi berbaur mesra tapi hanya kekecewaan.
mungkin aku harus mengundur mencari ketenangan dari terus menambah kekeruhan, biar la memendam agar reda segala kegundahan. hidup adakalanya kita tidak ada banyak pilihan, begitu juga dengan aku, cuma terlalu asyik dalam kealpaan. lupa pada diri alpa pada kedudukan,hanya menumpang pada sebuah perasaan.
suka atau tidak memang ini satu kenyataan mungkin masanya untuk aku perbetulkan segala kesilapan, mungkin juga harus ku lepaskan segala perasaan kerana itu takdir tuhan.........kamu benar wahai kawan aku yang dalam keduguan.
tuhan ku pohonkan agar Kau kurniakan ia segala kebahagian...agar mengecap segala impian.
p/s: mungkin harus kembali bersendirian...
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
12 hours ago
16 comments:
salam..
moga bro mamai diberi kebahagiaan....
ameen..
semoga mendapat kebahagiaan, bersabarlah di atas segala cubaan
paling tidak.. kamu masih punya teman
aku? apa ada? kalau itu takdir kamu, mungkin ini takdir aku.. apapun, hidup perlu diteruskan. kan? (^_^)
Assalam,
mengadu dan bermunajatlah padaNYA. DIA tidak akan mengecewakanmu. Malah hatimu yg hancur akan jadi pulih kembali~insyaallah.
Kalau itu jalan terbaik..apa boleh buat..srmoga bro sentiasa dirahmati dan dilindungiNya.
asslam mamai..semoga segalanya dapat diatasi..
cuba lari dari keramaian...untuk cari sedikit ketenangan.
moga ada yang baik2 buat uncle... =)
tak berapa faham sebab ada maksud tersirat yang memang tak tau nak dirungkaikan. hope cepat jumpa sinar untuk keluar drp kesulitan.amin..
assalam..
moga segalanya dipermudahkan ;)
redha itu harus ada kawan.
meh kita sama sama senyum.setidak tidaknye..kita lupa sebentar kan
lain macam je bunyik ko bro...meh ikut aku jenjalan meh...
uncle...dont worry..Allah tolong hamba2Nya...
kadang2 kita juga perlu bersendirian....;-)
marila dtg sini pakcik..rileks..naik roller coster atau flying coster..sure boleh lepaskan tekanan hehehe..nanti saya kasi diskoun..nak tak nak..klu tak nak sudah..(tetiba lak nyanyi lagu nadia..hehehe
aminnn~
semoga Tuhan mengabulkan doa uncle :)
kuatkan hati dan semangat, pcik:D
Post a Comment