Tuesday, May 31, 2011

Jalan Mati



pilihan apa yang ada lagi ditangan
diluah mati apa lagi ditelan
kesal itu bukan lagi pengertian
tapi hanya sekadar satu keluhan.

lalu apa yang harus difikirkan.
bila dulu akal kau lemparkan
dan nafsu itu jadi pedoman.
sumpah itu dulu sekadar mainan
kini menanti hanya balasan

dulu kau bangga jadi jagoan
tiap yang lemah jadi cacian
tiap teguran kau angap penghinaan
dan pujian itu satu kegilaan

bila tiba dipenghujung jalan,
kaki tak lagi mahu kedepan
bahu tak lagi bisa menampung beban
mengigil segala angota badan
kini diselubungi ketakutan

kini kau dipenghujung jalan
takut dibayangi kesilapan
lalu apa lagi erti segala pujian
dengan harapan agar dilepaskan
kerna kini kau kenal siapa Tuhan....


P/S: bila hidup ini tiada lagi pilihan baru kita sedar rahmat tuhan.....

13 comments:

ber_u_wang said...

Selagi masih berpeluang pintu taubat masih terbuka..

beautiful_rose said...

bila bertemu dengan jalan mati kita akan rasa yang hidup ini sudah berakhir tak punya pilihan melainkan hanya berserah dan terima segala ketentuan.

nyatanya kita ini benar insan lemah.

Acik Erna said...

assalam mamai..semoga kita mensyukuri rahmat Tuhan.

Wanita Mutalib said...

kadang2, dunia ni, memang tiada pilihan..

kan?

mEiZ SHA said...

bila hidup ini tiada lagi pilihan baru kita sedar rahmat tuhan.....

GREAT..
itu biasa uncle pada yang x kenal erti SYUKUR..

zia said...

Seimbangkan..dunia dan akhirat..

Cik Cookie said...

hurmmm....
pilihan kat tangan sendiri.
hitam putih kehidupan..
kita yang corakkan.
nak amik jalan mati?
jalan singkat?
jalan jauh?
atau jala-jalan?

suhaila-ab said...

setuju

butterflyana said...

bersyukur dengan apa yang kita ada...

noorlara said...

mamai,

kita perlu berhati-hati memilih jalan yg bersimpang siur di depan kehidupan ini, salah pilih risiko tanggung sendiri...hehehehe

Naz said...

nice poem bro!!!

Naz said...

aku ada jer.. tp jrg masuk blog

Siti Mashitah Saidin said...

betul2.... T_T