pagi 29/3/1992....dia datang ke rumah dengan muka yang suram. ditangannya sebatang cangkul memberitahu yang dia baru pulang dari kebun.
"kenapa nie DD..muka monyok ajer"..aku mulakan bicara bila aku lihat dia hanya senyap sahaja di depan tangga rumah.
"tak ada apa-apa la man"...dia meyandarkan badan ke tiang tangga rumah sambil melabuhkan pubggung di atas simen. dia masih lagi membisu, tidak seperti selalu kalau jumpa aku pasti ada cerita yang nak disampaikan terutama sekali pasal projek kebunya.
"kau tak pergi kebun ker"..aku bertanya
"aku baru balik dari kebun la nie"..dia menjawab pendek
"awal kau balik"..tanya aku lagi pelik dengan sikap dia yang menjawab hanya sepatah sahaja setiap pertnayaan aku.
"awal apanya dah kol 11 pagi la...kau tu yang baru bagun tido"..aduh aku pulak yang kena.
"aku balik kerja lewat la malam tadi buat OT. kol 3 baru tido"..jelas aku pada dia. aku masa tu kerja kilang sementara aku menunggu panggilan masuk U. Nak kumpul duit, lagipun keluarga aku bukan orang senang. abah cuma menoreh getah dan berkebun ajer.
"apa yang tak kena dengan kau nie DD..cuba cerita kat aku"..sambil aku mengosok mata masih terasa mengantuk lagi waktu itu.
"man...aku ingat, aku nak mati ajer la"...dia bersuara lemah
"apahal kau nie DD dan buang tabiat ker..apa dah banyak amal" aku meyampuk "kalau dah banyak amal boleh le bagi kat aku sikit. kau dah sarapan ker lom nie??"...aku cuba lari dari tajuk. malas aku nak layan dia masa-masa begini
"yer la dari hidup menyusahkan orang ajer baik mati. tak adalah orang nak sakit hati tengok aku. tak payah nak jaga aku lagi"..dia masih dengan tajuknya
"kau tak posa ker man tanya aku dah sarapan ker belum"...dia pulak yang tanya aku, macam mana la kau boleh lupa hari tu dan 27 Ramadhan la....
"kau bergaduh dengan ayah kau lagi yer"...aku cuba meneka tapi yang sebenarnya nak lari dari malu lupa bulan posa la...
"biasala man, aku nie anak derhaka tak dengar cakap dia. bukan macam "atie"...yang ikut ajer apa dia cakap"..dan seperti aku duga memang itu puncanya
"DD..jangan cakap macam tu. ayah kau tu sayangkan kau dan sebagai ayah, mesti la dia nak tengok anak-anak dia berjaya. kau kena la dengar cakap dia, dan kalau kau tak setuju cakap la baik-baik. aku tahu minat kau kat mana mungkin kau boleh bincang dengan dia." aku cuba tenangkan dia, aku paham perasaan dia yang tidak sehaluan dengan ayahnya yang pada aku terlalu memaksa.
"aku tak kisah man tapi kalau dia selalu compare aku dengan "atie", pada dia
hanya atie yang baik yang dengar cakap dia yang akan berjaya. aku hanya menyusahkan dia sahaja nanti. aku tahu apa aku buat dan aku tak akan menyusahkan sesiapa. cuma aku nak dia faham aku ada minat lain. bukan aku tak suka belajar cuma aku tak suka bidang yang dia nak aku ambil tu"....dia mula bercerita. aku tahu "atie"..kakak dia memang budak yang cerdik sebab dulu pernah satu kelas dengan aku.
"dah la tu DD...sabar ajerla...si ujie mana"...aku cuba alih topic lagi dengan bertanyakan adik kembarnya actually tak kembar pun cuma lahir tahun yang sama sorang awal tahun sorang akhir tahun.
"ada kat rumah jaga wawa.....Man, kau ingat kalau aku mati dia (ayahnya) mesti sukakan. hilang satu beban dalam hidup dia, sebab lepas nie just jaga wawa ajer"...wawa adik bonsu DD seorang kanak-kanak istimewa. kadang-kadang aku juga selalu tolong jaga wawa kalau mak DD ada kelas petang.
"apa la kau nie mencarut DD..dah la tu kau pie balik mandi lepas tu datang ambil aku kita pie JJ jap...aku nak cari baju"...aku cuba hentikan perbualan dengan harapan dia lupa sekejap masalah dia.
"okay lepas pie JJ kita pie pasar ramadhan, aku nak berbuka puasa kat rumah kau"..jawab dia tanda setuju dengan cadangan aku. tanpa membuang masa dia menghidupkan enjin motar Honda Cup lalu memecut pulang.
dan aku masih di tangga memikirkan tentang konflik dia dan ayahnya. tentang minat dia dan kehendak ayahnya. dia lebih cenderung pada bidang pertanian itu memang jelas pada aku. sebab aku dapat lihat dari hasil kebun yang dia usahakan.
manakala ayahnya lebih suka kalau DD melanjutkan pelajaran selepas SPM dalam bindang perguruan agar menjadi seorang pendidik sepertinya. ayah DD seoarang pensyarah yang amat dikenali di IB dan pada aku amat tegas dan tiada tolerate. pernah juga aku argue dengan ayah DD sehingga aku di cop tak hormat orang tua.
aku dan DD memang rapat, malah bukan kami berdua sahaja tapi termasuk juga ujie adik DD, fazallah, dan Mail sepupu DD. kami berempat akrab dan aku sebagai orang paling tua antara kamai. maka kau selalu menjadi tempat mereka mengadu bila ada masalah. lagi pun masa tu aku masih maksum lagi menurut kata fazallah. dan rumah aku biasanya menjadi tempat melepak. kena hari aku tak kerja mau lepak sampai pagi.
cuma aku tak faham macam mana kami boleh tiba-tiba menjadi akrab sedangkan ada perbezaan umur diantara kami. bukan aku dan mereka satu kelas or satu sekolah pun. cuma kami kenal disebabkan DD adalah adik pada atie yang satu kelas dengan aku masa form six dulu, itu pun sekejap ajer.....
Lebihan bahan yang boleh digunakan semula
8 hours ago
23 comments:
erat persahabatan tu..
cepat sambung...
mesti ada sambungan kisah ni.
nak tahu mana satu yg DD ikut.
akrab sbb ada keserasian. umur bukan faktor utama untuk jadi rapat!:)
itu tndanya umr x jd masalah hehe
apa ada pd umur
hidup ni byk dugaannyer~
kekadang biler di beri perhatian ade yg mmberontak~
yg di abaikan pon memberontak~
hakikatnyer mnusia ni tak penah rasa cukup @ puas selama mane pon dalam hidup ni~
umur tu hanya nombor.. heh..
boleh pakai lagi ke komen cengginih?
yup!umor bukan penghalang..asal hati ikhlas k!:)
pakcik sambung cepat...
hope jangan lah ending sedih..
waaaaaaaaa
bila nak smbung citer ni..mcm kisah benar..menarik tu..
umur x jadi msalah pun huhuu..
mengimbas kenangan lalu mmg menyeronokkan.
salam tuan.
tak sabar nak degar apa jadi kat DD
al-fatihah...
atie tu cun tak bro??
hmmmm memang terror bercerita ni.. apa lagi boleh tulis novel ni
Jom Carrefour Express
Nombor Kat McD???
nak tau sambungan....
salam...bro..
kawan sejati mcm tulah....
ade sambungan ke he he
nko suka atie ek.. kompom kan..
org klu banyak bagi idea2 bernas, bahasa pun cantik, banyak bagi semangat kat org lain, sedia mendengar...dia akan sentiasa di sayangi dan di kenang!
Itu la sbbnya kau jadi tpt luahan kawan2!!!
ya..umur hanya angka...huuh
nak teka ! nak teka ! Ko suka kat atie kan ?
Post a Comment