Thursday, April 1, 2010

welcome to the board

terasa seperti aku terpaksa bermula dari kosong semula, terlalu banyak yang harus dilakukan. first day sudah nampak halangan dan cabaran yang harus aku tempuhi, memang terasa kali ini lebih banyak masa harus aku luangkan untuk kerja.

mungkin kali ini aku tidak akan ada banyak masa untuk berjalan ke laman-laman kalian untuk membuang sampah, malah untuk aku membuang sampah ke laman sendiri juga amat terhad kali ini.

namun pada setiap kesempatan yang datang akan aku ikhtiarkan juga untuk merayau-rayau ke laman kalian demi sedikit ilmu yang ditinggalkan.

benar kata mereka aku tidak bijak bila meninggalkan kelapangan dan kesenangan yang aku miliki dulu. tapi aku terasa akan menjadi lebih bodoh andai aku terus lena dalam kesenangan dan kelapangan itu. sekurang-kurangnya halangan yang bakal aku tempuh memastikan sel-sel otakku berjalan agar tidak beku dalam kelapangan



p/s; seandainya aku tidak mampu menziarah kalian, lalu ingin aku ucapkan selamat berbahagia buat semua. semoga kalian diberkati dan kejayaan sentiasa mengiringi dalam hidup.

36 comments:

Daun Bidara said...

hari ini genap setahun di tempat baru

enyheartsdiamond said...

itsoke uncle..kalau itu yg terbaik :))

Razman said...

tukar kerja baru ke uncle?

JMR said...

kije baru ke?

btol2..jgn terlalu selesa dgn keadaan kita skng..carilah cabaran untuk menajamkan lagi otak melayu kita..

selamat bjuang bro!

maiyah said...

pilih yg terbaik..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ok la tu selamat maju

huj@n said...

yeay!!! tukar kerja...!!

lumut said...

lagi satu..cerpen N tuh sambung la.hehe

lumut said...

adeh man kan arituh uncle ckp dah nak tgglkan tmpat kje die...

xpe..yg penting kesihatan jage taw uncle.=)

tangan said...

entri ni bg sy sedar sikit
fuh~
haha =P

master teddy said...

gonna miss u~

ber_u_wang said...

alah bisa tegal biasa.. lama lama esok mungkin lagi banyak lapang nya masa


selamat maju jaya

baincardin said...

*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...

tetamu said...

pokcik, sushnya nak contact pokcik

~0~ said...

teruskan berjuang

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

ni tukar kerja ke nih

Sulela said...

All the best to you Mamai. Aku juga doakan kejayaan kau walau kat mana jua ko berada...;)

J@J@ / Bini The Rock said...

amacam tpt baru...best ker?

harap2 dpt terus berkarya lps ni wpon bertukar tpt kerja...

atie said...

Salam mamai..

biasalah tempat kerja baru... pelan2..

yusuf mujahidin ™ said...

salam bro

buat yg terbaekkk

azieazah said...

Kak Azie pasti rindukan komen2 MAMAI yang lain dari yang lain..

Apapun semoga terus maju dan sukses selalu...

azzaliena suziantie said...

uncle tukar??
:)
wish u luck uncle :)

sekamrrindu said...

salam...bro,

wlau di mana bro berada, apa yg bro lakukan..saya mendoakan yg terbaik saja buat bro sekelurga....amin.

tq singgah laman saya

Azuan said...

semoga berjaya jua~~

Erna said...

semoga berjaya ditempat baru..dan berjaya menempuh rintangan dan cabaran..

Naz said...

makin sibuk bro? skrg kat tmpat kerja baru kan? aku doakan ko sentiasa suksess dan dipermudahkan segala urusan :)

A.K.U.D.O said...

senyum sekali sekala.
..tugas supir mcm biasa juga...

patungcendana said...

kerja baru ke? cabaran baru...tabah...:-)

re:...bilanya kau nak ada adik perempuan?

touyakaruma said...

tak berapa faham ? dapat kerja baru ke ? naik pangkat ke ?

aloy_paradoks said...

sama la,, gua pun dah sibuk macam hapa ntah ni,, rasa macam nak pajak je blog suruh org jaga,,,

tunbegia said...

semoga berjaya dengan apa yang diusahakan,

salamm,

dkama said...

owh bro sunyi la kalau lu takde.. PEACE...

noorlara said...

Sakam rindu, ke mana dan kenapa?
Apapun semoga kehidupanmu bertambah bahagia dan sentiada dalam rahmatNYA. Jgn lupa jengah blog hakak bila ada kelapangan.

Sharinginfoz said...

it is so fine.. apa yang penting keutamaan dalam hidupasere

bias® said...

sama-sama lah kita.

~~~ kay ~~~ said...

salam,
apakhabar...
semoga tabah menempuh dugaan di tempat baru. kay doakan segalanya berjalan lancar - hidup perlukan pengorbanan.
(^_^)