Friday, March 19, 2010

dunia ini

dunia inikah yang semakin kejam
atau kita yang semakin zalim

dunia inikah yang semakin gila
atau kita yang semakin tidak siuman

dunia inikah yang semakin sempit
atau kita yang semakin haloba

dunia inikah yang semakin ganas
atau kita yang semakin tidak berilmu

dunia inikah yang semakin tua
atau kita yang semakin berusia

dunia inikah yang semakin kehujungnya
atau kita yang baru memulakan perjalanan

dunia ini bukan hanya ada kita
tapi bersama makhluk yang tercipta olehNya
yang berbeza pada akal yang mulia
namun kerap kita nampak lebih hina
menjarah,menjajah,melahap setiap benua
biar ada yang merana

dunia ini bukan milik kita
kita hanya seorang pegembara
yang sesat mencari jalan pulang
pada setiap persimpangan
sering kecundang membuat perhitungan
tengelam dalam jurang pada jalan yang terang

29 comments:

Crazee Lazzy said...

yeahh uncle betol... kite sebagai manusia adalah khalifah di muka bumi.. so kite kene pelihara ape yang telah diciptakan utk kita.. kita harus sedar kita berkongsi dengan makhluk2 lain yg wujud di dalam dunia ni.. so sama2lah kita jaga..

Unknown said...

dunia jadi begini kerana manusia yang berajakan nafsu...

beautiful_rose said...

manusia tanpa iman akan menjadi kejam.
manusia tanpa akal akan menjadi zalim.
manusia kini sudah hilang nilai kasih sayang sudah hilang keperikemanusiaan.
lebih banyak bertuankan nafsu demi kepentingan diri di utamakan.
tamakkan harta sampai sanggup menggadai nyawa saudara.
gila pangkat sampai sanggup tinggalkan keluarga.

sharamli said...

kita yang tentukan

Ibu Ammar said...

dunia ini, tidak kita wariskan kepada generasi muda, tetapi kita hanya meminjam daripada mereka.

yusuf mujahidin ™ said...

dunia tk salah..
manusia yg salah....

CEOMesinTaip said...

"dunia ini bukan hanya ada kita
tapi bersama makhluk yang tercipta olehNya
yang berbeza pada akal yang mulia
namun kerap kita nampak lebih hina
menjarah,menjajah,melahap setiap benua
biar ada yang merana"

setuju dgn qoute yg ni...huhuhu

lel said...

setuju :)
manusia yang kejam
dunia tak salah
manusia yang mencorak dunia

myQza said...

manfaatkan hidup di dunia

zul efron said...

dunia itu kan general..
hak milik bersama..
dan manusia itu plural..
banyak rasa..

ILA HonEyBuNNy said...

setuju jgk uncle....dunia xsalah...tp kita yg salah mencorakkn hidup kita...uwawwawa

Maiyah said...

dunia hnya pinjaman..

Anem Arnamee said...

Salam pcik.:)

semoga kita semua dpat tunaikan tgunggjawab kita sebagai pegambara di dunia fana, insyaallah.


jangan jadi kejam. huhu:P

Maiyah said...

peringatan kita bersama

Hujan said...

hidup ini sentiasa samar...
samar bila kita tiada arah tujuan sendiri....

patungcendana said...

erm...apa nak komen ye....

re:...next time kau dataang, kita gi studio AJ ok.

EISENHOUR said...

kita semakin zalim krn merosakkn keaslian alam
kita semakin tidak siuman krn membudayakan barat
kita semakin haloba krn darjat menjadi ukuran
kita semakin tidak berilmu krn nafsu bermaharajalela
kita semakin berusia krn kedut dah timbul
kita yg baru mulakan perjalanan apabila chy bertapak di ht.


opsss!!masinnya sup nih..
sup ini yg terlalu masin atau lidah eisen terlalu sensitif?

hehe=)

Solehah said...

manusia yang selalu bersalah pak cik..kita suka terlupa dan angkuh..

Azuan said...

dunia nie bukan milik kita...

hisham said...

salam bro...sumenya salah manusia...kalo kiter berada dibulan jgn lupe rumput dibumi...eh!! ape aku ngarut ni...hehe

Acik Erna said...

selagi kita hidup didunia ini..kita kena hadapi semuanya...

abgBro said...

salam bro...moga sehat sejahtera disamping keluarga dn teman2..

~manusia bakal menerima habuan masing2 di akhirat nnti...beruntunglah siapa yg mendapat rahmat Allah...

Anonymous said...

Dunia ini tidak bersalah .. sebaliknya kita punca segala-galanya.

dkama said...

Kita adalah khalifah di dunia ini dan nafsu pulak jadi khalifah kita...
PEACE...

Naz said...

best bro.. memang tepat dgn apa yg terjadi skrg nie...

Anonymous said...

aku lepak sini~
besh gak

@tune® said...

siapalah dunia tanpa kita yg mencorakkannya

enyheartsdiamond said...

manusia yg semakin berubah sebab mutasi :p

pisey said...

=)

lama xsinggah.maap pak.letihnya membizikan diri dengan buku.kononnya.hahaha.