"betul...Man tak marah dengan N ker"..dia mengulangi pertanyaan yang sama lagi..dan dalam hati kalau dia tanya lagi mesti aku marah kali nie
"tiada sebab Man nak marah pada N"...jawapan yang sama aku beri dengan sedikit nada suara yang agak keras...kira marah latukan
"Man, sebenarnya sudah lama N ingin suarakan hasrat hati ini, tapi N malu dengan Man. kerana Man sudah banyak membantu N biar sering hati Man, N sakiti. Tapi N tidak dapat nak tipu diri N ini, biar kita tidak lagi ada sebarang ikatan. namun Man masih sudi menerima N sebagai sahabat. N sebenarnya tidak dapat melupakan Man, seringkali N berharap Man berada di sisi seperti dahulu, memberi semanggat pada N dan menemani N dalam kensunyian....."..N diam seketika
"N sbagai seorang sahabat Man sentiasa ingin membantu dan Man akan cuba membantu setakat mana yang mampu. lagi pun perkara yang dahulu sudah lama berlalu"..aku pun masih keliru sebenarnya waktu itu apa hajatnya.
"Man, seandainya masih ada ruang di hati, sudikah Man menerima N kembali dalam hidup Man, seperti mana Man menerima N waktu mula-mula dahulu. N faham andai permintaan ini agak keterlaluan buat Man, setelah apa yang N lakukan terhadap Man. Tapi hati N masih ada rasa sayang terhadap Man, sukar untuk N lupakan apa yang kita pernah lalui dahulu. N faham seandainya Man tidak dapat memberi jawapannya..."..aku jadi terpaku seketika senyap tak terkata. biar benar hati ini masih ada ruang namun permintaan ini benar-benar buat aku rasa sukar. otak ligat mencari perkataan yang sesuai..
"Man...kenapa senyap, Man marah ker dengan N"...tiba-tiba N bersuara setelah kami diam seketika
"sorry, tak Man tak marah cuma...."..sukar untuk aku berkata-kata
"N memang benar masih ada ruang di hati Man ini, tetapi ada benyak perkara yang harus man fikirkan kali ini. sukar untuk Man memberi jawapan buat kali ini...kalau dulu, bila N kata dia suka kat aku, aku terus rasa macam dunia ini ana yang punya. tapi kali ini dunia bukan milik aku sorang setelah apa yang aku lalui.
"N...satu perkara yang harus kita ingat bahawa hidup ini bukan hanya tentang diri kita. tapi juga tentang mereka yang berada disekeliling kita. setiap keputusan yang kita buat, kita juga harus memikirkan tentang mereka. dan adakalanya kita harus ketepikan apa yang penting dalam hidup kita demi kebahagian hidup orang lain.." aku mula meyusun ayat.
"begitu juga dengan cinta dan kasih sayang, adakalanya kita harus beralah demi kebahagian orang yang kita sayang. Man lepaskan N dahulu bukan kerana tidak sayang akan N tapi, tiada guna Man mempertahankan cinta andai orang yang Man sayang kelak merana"...ceh ayat baik tu.
"kita juga harus fikirkan tentang hari esok dan masa-masa yang akan datang, dengan apa yang pernah kita lalui semalam. Man tidak mahu hanya kerana perasaan sayang kita hari ini, kerana rasa cinta kita hari ini, kita kecundang dikemudian hari. Man tidak mahu kelak apa yang pernah kita alami dahulu menjadi satu penyebab kepada perpisahan yang lebih teruk. perjalan hidup kita masih jauh dan banyak yang perlu kita tempuh"...aku cuba bermain dengan kata-kata dan aku harap dia fahma maksud aku itu
"N..faham semua itu Man. dan N berjanji tidak akan mengulangi seperti yang pernah berlaku dahulu. N rela seandainya apa juga yang berlaku kelak kerana N sedar semua itu silap N"..dia bersuara setelah sekian lama aku yang bercakap.
"N...apa yang Man cakap itu bukan bermakna Man membenci N. tapi kali ini biar kita menjadi seorang yang dewasa dalam membuat keputusan. N kena fikir tentang perasaan "dia" juga. N kena beri "dia" peluang dan Man akan bantu setakat mana yang mampu. lupakan tentang perasaan kita dahulu."..aku cuba menenangkan N yang sudah mula kembali menangis.
"tapi Man, bukan dulu Man juga yang kata kita harus utamakan diri kita dahulu sebelum orang lain. fikirkan tentang hati kita, tentang perasaan kita, itu yang penting"...tu dia aku kantoi la pulak, banyak sanggat bercakap la aku nie kan sendiri yang susah.
"memang benar itu tapi kita harus lihat pada situasi juga, adakalanya kita yang harus beralah, seperti yang Man kata hidup ini bukan tentang kita sahaja"..weh mesti pandai putar tu.
"kenapa N rasa Man kali ini berbeza dengan dahulu, man banyak berubah sekarang, N tahu Man tidak suka dan sayang N lagikan"..N bersuara dengan nada sendu, dah susah nie.
"N, macam Man cakap tiada sebab untuk Man membenci N, dan Man tidak berubah masih seperti dahulu. cuma ingin belajar menjadi tidak terburu-buru, mungkin masanya untuk Man berubah juga."..raja cinta mana boleh mengalah beb.
"okay la N rasanya sudah larut malam nie Man kena balik dulu lagi pun N ada kelas esok, nanti esok malam Man call lagi, Man janji akan tolong N"...aku minta izin mengundur diri. gila aper dah dekat tengah malam aku masih kat office lagi.
"okay, janji esok Man call yer, N tunggu"...dia bersetuju lega hati ku dan nampaknya aku harus segera selesaikan masalah ini dan si "DIA"...aku sudah tekad akan call dia nanti...
Lebihan bahan yang boleh digunakan semula
2 hours ago
18 comments:
complicated story but juz like mine..
cuma saya kalau da kate x suke sampai biler2 pon x suke..
paling benci pada orang yg biler DA LUDAH THEN JILAT BALIK..
xde pendirian..masa buat x pk..bile da jd baru nak nyesal..x shuke...
ade smbungan lg ke???
berdebar ku tunggu...hahahaha
kucing bukan selalu makan ikan kan.. ada kala nya dia cuma tengok tengok aje
compilcated
huhu
tapi, saya...
mahu suka sekali, jatuh cinta sekali dan kahwin pun skali sbb saya tahu kita hidup dan mati pun hny sekali
salam..bro..
perlu ada pengorbanan dalam hidup kita..lebih2 lagi untuk yg tersayang..
tq singgah blog saya
-->miezsha..
xleh jugak nak benci dekat 0rg yang suka jilat ludah dia balik...
mungkin dia rasa dia patut jilt..dan masih sayang ludah tu lagik..
wah penuh dgn ayat3 cinta nie huhuu
nasib baik man tak accept dia mcm tu ajer..ok teruskan bercerita..
conflict kena handle slow slow bro..
cam tarik rambut dlm tepung.. handle with care ahh.. gud luck..
boleh buat novel ni bro..x pun buat cerita pendek..gempakz
Hero Hindustan jual mahal pulak.. PEACE...
memang ada bakat
Income Tax: Lebihan RM584.44
Jom Exam
amik dua2 lah ha ha
oho.. raja cinta ye pokcik ni ghupenya.. ni kene menuntut ni.. heheh.. pokcik, agak2 ade x reunion ntok bloger2 nih, tingin asenye nak kenal2.. heheh
hohhh...
semakin mencapai Klimaks....
x sabar nak terus membaca...harap2 tak terlepas la peluang!!
hehehe!
nak tunggu sambungan..
kalau saya,saya x akan izinkan diri saya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama...
raja cinta mana boleh mengalah beb. <-- aku tau.. haha
Post a Comment