Tuesday, January 12, 2010

mari gali kubur besar

mari gali kubur besar agar kita dapat ditanam bersama-sama, kenapa perlunya kita ditanam bersama-sama. kerana pada dosa yang sama kita lakukan pada dunia ini, dosa yang sama kita lakukan pada makhluk tuhan dan dosa yang sama kita lakukan pada tuhan.

oh masih bertanya apa dosa yang sama itu, cuba kamu renungkan pada apa yang berlaku maka kamu tahu apa dosa yang sama itu. renungkan pada kebodohan kita bila kala kita bersuara yang sering mengikut emosi. renungkan tindakan yang kita lakukan sering mengikut nafsu. renungkan perbuatan kita yang pada zahirnya kita berkata demi agama hakikatnya kita menjahanamkan agama. dan renungkan pada diri kita bila setiap kali kita hanya membenarkan kemungkaran, kahajihlan dan kebodohan itu terus berlaku.

mari kita gali kubur besar agar kita dapat mengkebumikan pada kehajilan dan kebodohan yang sama kita pegang selama ini.


p/s: atas sebab dan alasan apa juga perbuatan membakar rumah tuhan itu adalah salah biar siapa juga pengganutnya. bagi yang sibuk memperjuangkan hak kalimah allah itu. aku sedih dengan kamu semua. apa ada pada kalimah jika hukum tuhan yang ada dalam al quran kamu tak mampu jalankan..............kartika masih merayu agar hukuman sebatnya dijalankan di mana kamu semua. hudud itu jelas dan benar tetapi di mana kamu semua.

30 comments:

Naz said...

x ramai yg x tahu apa yg mereka x tahu... jahil sungguh...

iLhAm_bEcKs said...

sadis bukan??
tersentuh bace entry ni..huuu

Azuan said...

kes kartika tak setel3 lagi kan huhu

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inihh.. salamm abang mamai tewww..

Sharinginfoz said...

alamak gali kubur besar2...... hmmmmmmm

Jom Ayam Penyek

Jom Maybank Visa Debit Card

EYANG RESI 313 said...

Salam kenal.......
Mengunjungi di pagi hari untuk para sahabatku
Tetaplah berkaya dengan hati yang jernih dan memancarkan cahaya Tuhan.

sharamli said...

kuman seberang laut nmpk...gajah depan mata xnampak..(cam slh je)

Beruwang said...

itu la orangkita.. sibuk buat demo tapi tak sibuk buat amal...

abgBro said...

depa ni raya ja yg mau kongsi hat len xmau..

Abe Long said...

pemikiran manusia nih singkat

al-lavendari said...

siapa pulak yang nak uruskan pengkebumian kita ?

Cik Cookie said...

hurmmmm....
nak ulas pun cam xtau tapi itulah dunia hari nih

Unknown said...

salah sendiri bebuat tak nampak...biasa la tuu.... :D

Maiyah said...

kesilapan demi kesilapan

Unknown said...

ble amek tindakan ikut emosi bkn akal..erm.....

Anonymous said...

fuh terkesan d ati,,,

mamai said...

naz:
kadang-kadang buat tak tahu

ilham:
ya memang sadis tapi itu hakikatnay

azuan:
mana ada satlenya semua tak berani

en.me:
ya sama-sama kita mneginsafi

sharingfoz:
hahaha takut ker

eyang:
terima aksih kerana mengunjungi akan saya balas kunjunggan ini

sha:
bisanya gajah itu suci sebab tu buat tak nampak

ber_uwang:
demo tak bertempat sebenarnya

abgbro:
setuju dengan kamu bro

abe long:
yang lagi malang tak mau berfikir

al lavendari:
itu usah di risau kalau dah semua mati tak akan yang akan uruskan jenazah kita

cik cookie:
hahahaha hakikat hidup kita ini

cik epal:
salahkan saper nanti

master teddy:
malas nak guna akal buang masa katanya

told la hejauw:
ubat semua tu

enyheartsdiamond said...

huhuhu..kes ni x abes lagi?

Puan Ninie said...

btol tu pak cik..
kecoh pasal kartika pon x abes lg..

but u noe wat..memang x patut pon kes kalimah ni masuk mahkamah actually...

sue-ab said...

aku sependapat dengan soklan2 ko bro...aku pun bertanya soklan yg sama bila aku tgk berita...

EISENHOUR said...

"atas sebab dan alasan apa juga perbuatan membakar rumah tuhan itu adalah salah biar siapa juga pengganutnya."

kalau bkr gereja mungkin salah disisi undang2 manusia je kot..

Acik Erna said...

salam mamai..terima kasih..insaf baca n3 ni..risau juga nasib anak kita dimasa depan..mungkin akak ni ni..dh hampir ke penghujong...anak2..semoga allah melindongi kita semua..

Solehah said...

gali lubang besar timbus mereka semua sekaligus saja..

hisham said...

salam bro...aku insaf ler...

zia said...

Moga kita menyediakan bekalan secukup2nya untuk ke sana nanti..amin..

lel said...

betul la pakcik
sy setuju
:)

anaklaut said...

salam...bro,

mcm mana kalau pihak yg satu lagi tu membakar masjd pula? pasti kita juga akan marah dan pasti negara akan jadin huru hara,

gunakanlah pmikiran rasional dalam hal ini. tak perlulah nak bakar-bakar ni..

saya kesal apa yg berlaku..

mamai said...

eny;
tak abis pasal tak ada orang ambil peduli

miez sha:
pada pakcik isue kalimah allah nie kena di tangani dengan cara ilmiah tak perlu ke mahkamah

suhaila:
terima kasih kerana bersetuju dengan aku

eisenhour:
telah dinyatakan bahawa barang siapa yang berlindung didalm rumah tuhan atau rumah berhala maka mereka tidak harus dibunuh dalam peperangan, dan jangan kamu membakar atau memusnahkan rumah tuhan

erna:
saya juga risau kerana anak baru nak membesar

soleha:
ya mari kita timbus mereka dan kita hahahaha

hisham:
alhamdulillah

laila:
teriam kasih

patungcendana said...

fanatik la kan...

Frodo Baggins said...

mmg melampau
ini bukan caranya
if perang pun dalam islam, rumah ibadat x leh sentuh...

rasa nak tonyoh muka menteri ISA 2!
cakap x sudah, larang x abis ..
sampai skank NOTHING!


>>____<< b.o.r.i.n.g


((oopsss, matilah aku kene ketuk!))