situasi dalam kereta semasa balik dari lunch dari seksyen 7, kami lunch di restoran nasi ayam gemas berdepan dengan bangi kopitiam kepunyaan kid search katanya.
staf 1: Encik Raman, budak-budak warehouse mintak buat kem motivasi.
aku: kenapa nak buat kem motvasi lagi bukan ker dah buat team building
staf 2: ya encik Raman, semalam dah kena lecture ngan encik mereka semua rasa tak bersemanggat.
( ya sehari sebelum semalam aku buat briefing untuk yang pertama kalinya pada tahun ini setelah sekian lama kau tak buat)
aku: apa yang saya cakap semalam tu salah ker, apa yang saya marah tu tak betul ker, bukan semua tu mereka buat for the past one year.
staf 1: betul apa yang encik raman cakap semalam tu dan mereka rasa bersalah, so mereka rasa mereka semua perlu berubah sebab tu mereka nak encik raman adakan kem motivasi.
aku: kak, bukan saya tak nak buat tapi rasanya tiap-tiap tahun company buat team buiding dah tu kita hantar traning lagi, tak cukup saya bagi nasihat lagi every week dalam meeting.
( staf aku no 1 nie merupakan seorang perempuan yang sudah berumur dekat 50 tahun tapi masih kuat dan bersemanggat untuk berkerja)
staf 3: betul tu, masalahnya sekarang bukan motivasi tapi sikap, sudah berapa banyak peluang yang encik raman beri kat mereka tapi mereka buat tak kisah ajer.
aku: pada saya walau siapa pun saya panggil untuk beri motivasi, hatta malaikat sekalipun andai mereka tidak mahu berubah maka tak akan ada perubahan dalam hidup mereka. kalau akak tak percaya tengok la lepas seminggu nanti mereka akan kembali kepada perangai lama mereka.
staf 2: ya la encik raman, dah banyak kali cakap pun macam tu juga pentingkan diri sendiri mereka nie. bila dah kena marah tau pulak nak terasa hati pada hal sendiri yang buat salah.
staf 1: terpulang la pada encik raman, akak cuma sampaikan ajer apa yang mereka cakap pada akak.
aku: nanti saya fikirkan, saya tak mahu buang duit company tapi hasilnya tiada, macam team building yang kita buat tiap tahun. pada saya sekarnag ini untuk buat mereka berubah adalah dengan cara punishment rasanya saya terlalu banyak berlembut dengan mereka pada masa lalu. ini buat mereka ambil kesempatan kerana saya tidak pernah ambil tindakan selain nasihat.
p/s; walau seberapa banyak nasihat dan kata semanggat serta dorongan yang diberi, andai diri kita sendiri tidak mahu berubah maka semuanya tiada makna. segalanya kita yang pilih, kita yang tentukan hala tuju kita. andai segala usaha sudah di curahkan dan doa telah dipanjatkan maka kita harus bertawakal. setiap usaha pasti ada kejayaan dan kegagalan satu ujian dan cabaran. kerana apa yang indah dalam hidup ini bila kita mengencapi kebahagian dari setiap kegagalan.
Lirik lagu Ahmad - Aurora Salwa
3 hours ago
34 comments:
betul. kita saja yang boleh merubah diri sendiri.
motivasi mungkin suntikan semangat. membantu.
betul tuh...
btol tue...membazir gak tetiap tahun kasi motivasi tp xde hasil xde perubahan...
pokok pangkalnya, diri sndr luh kena berubah..kalo diri sndr negatif, bg nasihat 24jam pon x jalan nyer...
salam bro..
memang diri sendiri yang perlu berubah..kena ikhlas dan bukan di paksa2..
memang betul sikap tu sangat le penting kan...
Diet untuk 20-an
KWSP Online
bt0l...semuanya bergantung pada diri kita sendiri...
erm, betoi la, my dad pun cakap camtu, dia tak caya langsung segala kem motivasi walaupun dari pakar motivasi tersohor negara. yang pentingnya kita sendiri.
salam pokcik sihat....
betul tuh suma nya berbalik pada diri kita sendiri
lama tak komen n3 ada yg dah terlepas pandang.... sory kurang sihat sikit...hhhhuuhu
betul tu en raman..
sendiri yang pilih
mau orang lain rasa?
heh~
muhdzahari:
hanya kita yang mampu ubah nasib kita
kay:
terima kasih
O:
kalau pergi untuk bergembira baik tak payah
jmr:
ya kalau kita tak mahu maka tiada apa yang dapat membantu
TuYA:
ya perbuatan kena ikhlas kalau paksa tidak kemana
sharinfoz:
andai kita lebih negetif thinking pun tak baguskan
sha:
ya so perlu apa kita bersedihkan
nursarah:
benar kata ayah kamu tu...diri sendiri yang paling penting
sayu=pilu:
tak mengapa jamji kamu sihat
rozita:
cam perli tu hahahaha
kalau buat motivasi sminggu skali pun..tp masih tetap tk nk berubah...sia2 je...
salam...
encik mamai nak email..
btol..btol...rugi je pak cik..kalau diorang ni balik motivasi buat benda yang same jugak.... tu nak motivasi ke nak ponteng?...ahax
btol3..
koyuki:
itu yang pelikkan
mamarempit:
benar itu baik duit tu simpan lagi bagus
mawar berduri:
nak bersuka ria ajer tu
master teddy:
thank you
tuan mamai check email
ada org kata kalo bab menasihati nih kalo setitik..setitik.. lama2 berlekuk jugak..pokoknya sabar dan konsisten..
btui tu...klu kerap sgt buat motivasi kang jd roti basi la pulak kn bro...hehehe
betul tu..yg penting pucuk pangkal hati sendiri nak berubah atau tak..-->tdo atas meja..zzz..
dorg buat masalah apa en.Rahman?kekadang perlu gak motivasi encik sebab at least bersemangat la jugak dorg..suruh bayar yuran la..bukan apa..kalo suruh bayo yuran yang sanggup bayo tu memang btl2 la tu..hehe
teringat kata arwah cikgu :
pergi motivasi sana sini.. perangai tetap macam setan!
Aduhai!
kenapa sukar lupakan kenangan pahit?
betul tu.. kalo hasilnya memberangsangkan bleh gak wat 2 kali setahun hehe.. parah le the motivator
untuk berubah perlu bijak...
baginda:
done
finaz:
memang benar tapi berapa lama kita harus beri nasihat, kalau kerja mereka tak memberi kesan pada kerja kita takmenggapa tapi kalau ia mmeberi kesan dan menjejaskan kerja kita macam mana
abgbro;
memang dah naik basi dah aku nie
zia:
tido tak apa nie siap buat bantal dan tilam lagi supaya senang nak tido
soleha:
mmg motivasi penting tapi kalau anak murid dah degil tak nak dengar cakap dah tu disiplin tak ada macma mana nak buat lagi mesti bagi hukumankan
siTeDI:
betul la tu kalau pergi motivasi sana sini tapi perangai masih macam yang lama tak nak berubah susah juga. tiada siapa dapat ubah attiude kita melainkan diri kita sendiri
maiyah:
andai mereka berubah bukan setakat setahun sekali tapi dua kali aku buatkan
triple X:
masalahnya mereka tidak mahu jadi bijak
pucuk pangkal nya...pokok nya di tebang!
salam bro...inyaAllah aku akn wat yg terbaik utuk aku...x lame aku nk nikah ni...nnti aku jmput bro...
kalau dah guna carrot tak berjaya cuba2lah guna stick pulak !
ada orang memang jenis susah beri kerjasama. Degil!!
for things to change I must change first...cakap sambil tengok cermin ni...huhuhu
setuju
kita ada pilihan
ya atau tidak jer
"malas" x ada ubatnya
semua balik pada diri sendiri
kata abah wa ...
kekekkee
>>_____<<
sokong dgn p/s :)
btol3..
sokong uncle ;)
Post a Comment