seperti pada hari sabtu yang selalu, hari sabtu sebelumnya dan hari sabtu yang telah berlalu dan pada hari sabtu hari itu. sebagaimana biasa memang menjadi tugas aku menghantar abah aku ke hospital besar melaka untuk dia buat hemodialisis seperti biasa.
abah memang dah lama mengidap penyakit buah pinggan, sejaka aku dari tingkatan lima lagi. penyakik buah pinggang abah bermula dari batu karang yang terdapat di buah pinggangnya. itu pun dapat dikesan masa abah patah kaki akibat jatuh dari pokok rmabutan pasal nakcari rezeki untuk anak-anak. lama juga la abah merana sakit kerana batu karang nie kerap juga aku berulang alik dari hospital KL ke Melaka kerana menemankan abah membuat rawatan. hasil dari rawatan batu karang abah daapat dibuang tapi malangnya sudah terlambat kerana batu karang telah merosakkan buah pinggan abah. mula-mula sebelah kemudian menjagkit lagi sebelah.
ingat lagi bagaimana mak terpaksa meneman abah lama di hospital KL kerana masa tu hanya hospital Kl ajer yang ada kemudahan untuk buat hemodialisis. oleh kerana tak tahan berulang alik Kl ke Melaka, abah buat keputusan berhenti buat delisis, sebaliknya guna kaedah lain iaitu mencuci dengan air. dengan kaedah ini rawatan itu boleh di lakukan di rumah dengan syarat mesti ada orang yang menjaga dan monitor manakala kawasan bilik yang digunakan mesti berkeadaan bersih jika tidak akan menyebakan jangkitan kuman. ini kerana untuk melakukan rawatan ini abah terpaksa melakukan pembedahan kecil di perut untuk membolehkan air itu mengantikan fungsi buah pinggang. sorry aku tak berapa pandai nak expalin kaedah ini lebih kurang ajer aku ingat. sebab masa tu aku tenggah sibuk belajar di U dan bercinta.
sebaik sahaja aku habis belajar abah dah decide berhenti buat cucian sendiri kerana tiada siapa nak jaga dan monitor abah. aku syor abah buat hemodialisis semula tapi kali ini abah kena buat di hospital seremban kerana itu yang paling dekat. maka bermula la episod aku dan mak berulang alik ke hospital seremban pula. bukan aku tak pernah offer buah pinggan aku tapi abah yang tak nak. katanya hidup dia dah tak lama lebih baik aku yang guna untuk masa depan. cuma aku tak boleh selalu teman abah waktu itu kerana baru bekerja dan sibuk kumpul duit nak pinang N katanya.
tiga tahun lamanya abah berulang alik dari melaka ke seremban, sehingga aku tak tahan aku cari kerja di seremban dan nasib aku baik aku dapat kerja di senawang. hajat hati senang abah nak berulang alik dia boleh duduk rumah aku di senawang. tak sampai dua bulan aku kerja di seremban abah di tukarkan ke melaka kerana di melaka sudah ada kemudahan hemodialisis. akhirnya aku pula yang berulang alik dari senawang ke melaka tiap minggu. sejak dari situ kelallah abah di hospital melaka sampai aku dah kawin dan dapat anak dua. namun tugas aku hujung minggu seperti biasa sebab hari lain kak long aku dan abang de yang take over.
petang sabtu itu seperti biasa aku akan ambil abah dari hospital melaka, biasa aku awal sampai kerana tak mahu abah tunggu lama-lama. tapi petang tu aku lewat sikit pasal anak sulung aku nak ikut sama. sebaik sampai aku lihat abah tak ada kat tempat biasa. pening juga aku masa tu nak pula anak aku tido dalam kereta nak tinggal takut pulak. akhirnya aku dukung anak aku bawa dia cari kat bilik himodelisis aku tengok abah tak ada juga. nak masuk dalam tak boleh sebab ada anak aku, biasa la kawasan larangan kanak-kanak. aku memerhati lagi nampak nurse muda yang cun bertugas kat situ yang memang selau aku nampak.
"pakcik mana" tanya aku pada nurse cun tu biasa la kebanyakan mereka yang dalam bilik rawatan tu pasti kenal abah aku. sebab abah aku nie peramah dan selalu tersenyum sebab tu dia dapat gelaran "ustaz senyum"...
"pakcik ada kecemasan sikit tadi" jawab nurse tu sambil menarik pipi anak aku. perkara biasa pada aku bila setipa kali lepas bua delisis abah akan mengalami kesukaran bernafas banyak kali juga dia di masukan wad kecemasan tapi kejap sahaja dia dah pulih.
"terima kasih"...kata ku sambil tersenyum kat nurse cun tu aku cari tempat duduk memandangkan aku dah penat dukung anak aku yang masih tidur. aku lepak kat kerusi menunggu. lama juga aku menuggu abah yang selalunya tak begitu.
sementara menunggu aku teringat masa dulu-dulu masa aku tu aku masih remaja waktu tu aku memang cukup malas kalau baba nak kena teman abah aku ke hospital. pada aku ianya hanya menggangu waktu aku sahaja, kerap juga aku ponteng dari teman abah dengan berbagai alasan aku beri. kadang-kadang aku marah juga kat abah kerana dia selalu mintak aku yang temankan dia, dah tu "mengada-ngada sakit sikit dah tak boleh nak buat sendiri runggut aku"...ya Allah jahatnya aku. aku bengang pasal abah tak pulak dia nak ajak abang aku yang dok rumah tu. tapi abah tak pernah ambil hati kalau aku tak teman, dia pergi sendiri naik bas atau teksi.
mak juga selalu bising-bising kat aku tapi aku jawab juga kenapa mesti selalu aku yang kena teman. sudah la selalu kena teman abah pergi menoreh getah, pergi kebun, petik rambutan, panjat manggis tu tak kira kena tidur kat pondok durian lagi. mungkin kerana aku tak pandai macam adik beradik aku yang lain maka aku kena buat semua tu. sebagai tanda protes dari aku. tapi abah tak marah pun dia cuma jawab "tak nak sudah..abah pergi sendiri"...memang banyak kali pun abah pergi sendiri.
weh ngantuk ler aku menunggu, mana pulak abah tak keluar lagi nie...aku tidur dulu nanti sambung la
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
6 hours ago
29 comments:
slmt awal pagi bro
huhu..
entry bro kali ni igtkan nur pd arwah abah
sakitnya pun buah pinggang juga
cuma ada tambahan skit iaitu jantung
bro citer tu nur leh bayang mcm mana keadaan ayah bro mamai..
huhu...pengalaman tak dpt dilupakan.
misi tu single lagi tak?
Salam bro...
Masih ada masa lg untuk minta maaf:)
amboi sempat lgi tgk nurse cun ye, memg kewl btul la bro neyh..
hmm hargai apa yg masih kamu ada bro..:))
wish u happiness!~
ah potong betul.
orang dah syok2 baya.
cepat sambuing okeh.
nur:
ya pengalaman yang tak dapat dilupakan
bias:
misi tu single lagi tu...cuma masa tu anak aku jer yang ada kalau tak aku dah ayat punyer
fia:
harap di ampunkan
wawa:
aku mengantuk ler...
Burung apa tu bah?
Murai ...
Burung apa tu bah?
Murai ...
...
lu jaga abah lu bebaik bro...
wah! N3 kenangan silam nie...
best bestt!
sambung lagi bro!
eh,
abah x apa2 kan?
precious:
burung murai abah....
jaja:
waduh mana satu nak disambung nie
Miss gaza:
abah okay aku harap dia damai
akupentoi:
aku dah cuba sedaya upaya
anak lelaki walaupun dah kawen tanggungjawap masih kpd ibubapa...
wahh... ko kalau tulis citer mesti ade sambungan kan....hehehe
(^_^)
adeh sambung pulaok doh...
ni musim orang sambung cerita ker...
tadi ader blogger sambung citer tahun depan lagi..
orang tua bro ni baikkan..
aku pun nasib baik dapat pak mentua yang baik ngan aku..
kiranya ada 2 citer bro yg ada sambungan..
wah..
mengajar nur utk bersabar menanti kisah seterusnya..
saya tunggu sambungan cerita abah mu, sbb abah saya dah meninggal.
tak salah...aku jawab tajuk kau tu...hehehe...kau memang anak yang baik...:-)
Mamai, memori dan cerita kamu memang banyak. Memang aku senang membaca kerana ianya akan jadi iktibar untuk aku.
Beb, aku balik nanti kita jumpa okies? Boleh?
Haigzzz....sambung pulok. Kau tongkatkan mata kau dengan kayu mancis takleh ke? huhuhuuuu
kay:
ya saya sedar akan itu...ngantuk ler
sayanghasni:
memang dia baik cuma aku yang jahat
nur:
sabar tu separuh dari iman hehehehe
akudo:
abah orang pun dah tak ada...
patungcendana:
baik ker aku nie hehehehe
grunge:
okies kita lepak kat geng or qaseh pun okay tak pun giant hahaha
sulela:
takut mata aku tercucuk dengan mancis lak nanti
aduhai.. aku terharu.
mamai-makin berusia..makin byk memori yg tersimpan..
hebat la uncle..masih igt tiap detik itu!
bila sudah menjadi ayah.. baru kita dapat rasai perasaan seorang ayah
laki cikgu kimia:
saat itu memang aku sedih
eny:
bila dah tua tak larat dah nak ingat so pakcik tulis la takut lupa.
ber_uwang:
jadi jgn la marah anak kalau buat tak betul pasal kita pun mungkin buat benda yang sama dulu. cuma didik dia jadi yang betul
geng?
qaseh?
giant?
kalo dulu still kat memory lane giant leh la jumpa bro n budak cumel kan?
waaaa...nak balik SA!!
aku tunggu kau sambung cerita.. nanti baru komen..
nur:
meh balik SA kita boleh lepak ramai-ramai...boleh citer panjang pasal ofer tu hahahaha
adibah:
macam tak larat nak habis nie...mata mengantuk baru lepas makan ubat
salam..bro..
best baca entri ni..sambung cepat..:)
beshh??
cedey adela..
teringat kat arwah atuk..
ofer??
ofer ape bro..
thanks 4 reminding me 'bout atok...
i almost forget bout him...
OMG...
Post a Comment