" aku letih la nak makan ubat"...itu yang abah katakan pada aku pada semasa dalam perjalan ke hosital. aku lihat yang sejak akhir-akhir ini tidak berapa minat nak makan ubat-ubat yang di sediakan oleh pihak hopital.
"kalau abah mati nanti, kau orang semua jangan kebumikan abah kat tanah perkuburan di pekan merlimau tu"...abah berkata pada tapi aku cuma diam tak kata apa-apa dan terus memandu.
"tanam abah kat tanah wakaf tu, kat pekan merlimau tu tanah kuburnya dah sesak sangat susah nanti orang nak datang menziarah. lagipun dah dekat sanggat dengan pasar tu. nanti air dari orang cuci ikan dan ayam mengalir pulak kat kubur, tak elok"...sambung abah,
"tanah wakaf tu kat hutan tebal abah, nanti tak takut ker sorang-sorang"...aku cuba berborak walau dalam hati ada rasa sebak. kenapa abah cakap pasal mati dan kubur pulak nie
"biar hutan tak apa, dalam kubur nanti aku sorang-sorang juga. bukan jiran-jiran aku boleh bantu aku esok bila aku kena soal dengan malaikat"...abah jawab selamba
"nanti abah nak pie minum kopi jauh tu"...aku saja berseloroh supaya topik itu di matikan
"kau orang buat lakan abah air kopi tiap-tiap kali kau lepas sembahyang..itu pun kalau kau ingat kat abah"..abah jawab selamba..."aduh terkena aku"...aku berkata dalam hati.
"lagi satu aku nak pesan, nanti kat atas kubur tu jangan kau orang letak pagar atau tembok batu. berat aku nak keluar nanti, cukup dengan batu nisan dan kepok kiri dan kanan". kemudian keadaan kembali senyap aku terus memandu.
"mak, mari tengok abah doktor dah keluar tu"...aku menyuruh mak masuk bilik untuk melihat abah.
mak baggun dan menapak ke bilik abah, aku biarkan mak di sisi abah sambil air mata mak mengalir mak membisik sesuatu ketelingga abah, aku dukung anak aku dan suruh di tengok atuk dia.
"adik tengok atuk tu nanti adik rindu kat atuk"...aku berbisik ke telingganya. aku dapat rasakan itulah saatnya.
"along, tengok atuk"..arah aku pada anak buah aku pula.
dalam saat itu aku dapat lihat yang dada abah sudah tidak lagi beralun dan aku sendiri tahu bila semunya jadi sunyi.
"mak, abah dah tak ada"...bisik aku kepada mak.
"abah kau senyum, man"...mak berpaling ke pada aku dan air mata mak terus mengalir.
"mak tak sempat nak minta maaf dengan abah kau lagi...dia dah pergi entah dia maafkan mak ker tak"...mak bersuara sedih.
"abah dah maafkan kita semua mak, aman tahu tu"...aku cuba memujuk mak.
sebentar kemudian doktor perempuan itu masuk, aku senyum dan anguk kepala, aku faham tugas doktor, dia perlu memastikan kematian. sebelum itu aku meminta kebenaran untuk aku dan mak aku serta anak buah aku bertafakur untuk abah. setelah selesai aku menghubungi adik beradik aku yang lain memberitahu agar mereka mengemas rumah dan menyipakan tempat untuk abah nanti. Aku arahkan anak buah aku membawa mak aku keluar dari bilik manakala aku ingin memastikan doktor tidak mengasari tubuh abah sewaktu mereka mengemas dan mencabut semua wire yang melekat di tubuh abah dan yang menghubungkan tubuh abah dengan moitor hijau.
aku arahkan agar nurse membersihkan tubuh abah dengan baik dan jangan dikasari. setelah siap semuanya aku meminta agar doktor hanya mengesahkan kematian dan tidak ada sebarang post mortem dilakukan lagi. kerana itu adalah antara permintaan abah dulu.
"mak nak balik dulu ker..kalau mak nak balik aman suruh along antar nanti aman tunggu abah kat sini sampai siap, aman ikut van jenazah ajer"..aku bertanya pada mak.
"tak, mak nak tunggu dengan kau kat sini sampai siap"...jawab mak pendek.
dalam masa aku menunggu jenazah abah disipakan, abang aku yang sulung sampai dan kami menunggu bersama. dalam pukul 12.00 semua telah siap dan kami menggiringi van jenazah ke rumah. sampai di rumah semuanya telah siap dan aku dapati semua saudara dekat sudah ada, termasuk nenek aku belah abah. Malam tu kami menemani abah sekeluarga untuk kali terakhir.
awal pagi jiran tetangga sudah sampai termasuk kenalan abah, pagi tu aku lihat orang paling ramai dekat rumah aku sehingga tiada tempat parking. turut datang ziarah hari tu adalah bekas ketua menteri melaka, yang juga sebenarnya kira pangkat atuk saudara aku. cuma keluarga kami tidak berapa peduli hal itu, kalau tak dah tentu aku boleh jadi antara orang kaya merlimau masa tu hahahaha, cakap ajer apa projek nak buat pasti dapat.
semua urusan jenazah dari mandi dan kafankan jenazah aku dan abang-abang serta anak buah lelaki aku yang lakukan dibantu oleh orang kampung. pagi itu juga abang aku dah pesan pada penggali kubur agar kubur digali di tanah wakaf semasa dia datang mengambil ukuran jasad abah. ramai orang kampung tak setuju bila abang buat permintaan tu, semak dan hutan katanya namun abang aku menjelaskan itu adalah permintaan arwah abah aku.
selesai sembahyang kami bawa jenazah abah ke kubur di tanaf wakaf sebaik sampai aku lihat kawasan kubur abah dah di terangkan. sekali lagi aku dan abang-abang aku yang melakukan peyempurnaan itu. memang kami mahu begitu untuk kami menghormati abah sebagaimana yang abah kehendaki. semasa memasukkan jenazah abah dalam liang lahat kami mendapati liangnya terlalu luas sehingga terpaksa kami tutup dengan papan. hati ku senang bila melihat keadaan itu semoga abah mendapat keselesaan.
petang itu orang kampung buat musyuarat tergempar pasal tanah wakaf, mereka kesal kerana tanah wakaf itu tak dijaga dan di bersihkan. ya ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku mungkin abah dah tahu.
segalanya sudah selesai abah sudah selamat di kebumikan, aku duduk termenung di depan rumah merenung apa yang terjadi, aku lega kerasa semuanya lancar, aku terbayang wajah abah yang sentiasa senyum sehingga ke akhir hayatnya bukan aku sahaja yang perasaan begitu tapi semua orang yang datang menziarah berkata begitu.
kala itu hingga kini aku masih lagi teringat akan abah, aku teringat akan isyarat yang aku beri kepada doktor masa malam mereka sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan pada abah. aku meminta doktor agar berhenti dari memberi bantuan itu, setelah aku bertanya berapa kali mereka sudah melakukannya. doktor memberi isyarat 3 kali, lalu aku minta mereka berhenti. aku tak tahu mengapa aku harus suruh doktor berhenti masa itu yang aku tahu pada masa itu aku tak mampu lihat abah di seksa begitu.
abah pernah berpesan pada aku agar dia tidak di perlakukan begitu malah pada doktor juga abah berpesan begitu. tapi aku rasa amat bersalah...mungkin abah masih dapat diselamatkan jika usaha di teruskan....salahkah aku buat begitu.
ini kubur abah seperti mana abah kehendaki, sudah 5 tahun abah pergi dan hanya ada dua kubur di tanah wakaf ini, yang bernesan kayu itu adalah orang luar yang meninggal di kampung aku. aku ingat raya nie aku nak buat nesan utuk kubur tu. dan dalam masa 5 tahun tu memang ada orang yang meninggal di kampung tu tapi semua nak mereka di tanam di tempat yang ramai orang. aku rasa abah tak buat keputusan yang salah kerana aku dan adik beradik dapat datang dengan aman ke kubur abah terutama pada hari raya. aku tak perlu langkah kubur dan jalan berhimpit-himpit.
kesian si comel nie tak dapat jumpa atuk dia tapi dia juga sibuk nak pergi kubur atuk....
semoga roh abah di cucuri rahmat.....
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
Al Fatihah untuk arwah ayahmu kawan.
Moga memori indah bersama ayah kau sentiasa bersama kau.
sedih la bro baca entry ni. cuma tak ngalir airmata mcm semlm.. nur terbayang masa arwah abah takde..huhu!
cian si cumel.. tapi Allah lebih menyayangi atuknya...
Untung kau.. dpt tgk arwah hembus nafas terakhir.. Aku tak dpt .. tapi aku tau.. ada sebabnya Allah tak izinkan.. Aku sedey.. tapi redha..
yup! zaman2 aku sekolah dekat merlimau dulu aku dah sedar, kubur yg tepi jalan selepas roundabout tu mmg dah hampir mencecah ke pagar dan kalau hujan airnya sampai ke jalanraya.
Alhamdulillah. banyak rahmatnya mengikut wasiat arwah.
*psst : ABu zahar kah yg di maksudkan? dia buat apa skarang?
sedih baca citer abg man ni... mak sy selalu la keluar masuk wad.. kdg2 tak smapai hati tengok dr cucuk sana sini nak cari urat darah.. rasa macam kita sakit sama...tapi alhamdulillah sekarang mak dh sihat sikit..
al fatihah
apa pun sebabnya yg pasti masa nya telah tiba, tidak berganjak wlau sesaat...dia mndahului dan kita bakal mnyusul...alfatehah buat ayahanda...
mamai ko sedara ngan rahim tambhi chik ker?/
al fatiha untuk aruah ayah man... semoga roh nya di tempatkan di kalangan orang orang beriman.
membaca entry nie sampai rasa mata panas...
al fatihah kpd arwah abah pak cik..
xdpt byg kl sy dlm situasi camni...
*diam*
akan lebih menghargai selepas ini. terima kasih.
al fatihah....
*dulu eny suka gak sebok2 p kubur;)
Salam bro mamai. Salam takziah.. Rupanya da 5 tahun arwah ayh bro pergi...
T'senth hati ni m'bc crita bro..
Bg fia, bro da wat ape yg patut sbg seorang anak...
Ajal dan maut di tangan tuhan...
Moga t'golong di kal. Org2 b'iman. AMIN.
sebak diri ni baca kisah arwah ayahmu bro..
terimbau juga memori laluku bersama arwah abahku dulu..
moga mereka ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh..
ameen~
al fatihah....
semoga rohnya dicucuri rahmat...
semua org pasti mati...sempurnakan diri kite sebleum sampai waktunye..
sedih baca citer ko pg pg gini....semoga arwah abah ko ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin. Aku pun da tak ade mak dan bapak lg, jadi kepada pembaca yang masih mempunyai mak da bapak lg aku nasihatkan jaga la hati kedua orang tua anda
Al-Fatihah, semoga dia bahagia di sana.
"Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut(mati).”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Al-Fatihah utk arwah abah kamu mamai...
begitu juga Al-Fatihah utk arwah abah & mak aku serta Ustd Asri (rabbani) dan juga para muslimin & muslimat yg tlh meninggal dunia...
moga rohnye dicucuri rahmat hendaknye dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W.....Aminnn!!!
grunge:
terima kasih memori tetap tinggal dalam ingatan
Nur:
nasib baik tak nangis yer...ya allah lebih menyanginya
adibah:
itulah kelebihannya...
sItEDI:
wah kau ingat roudbouttu yer la nie dah tak ada dah....
lebih kurang gitu la tapi dia jrg nampak dah
cahayachenta:
terima kasih baca...alhamdulillah mak kamu dah sihat so jaga la dia baik-baik
monkey d luffy:
terima kasih
abgbro:
yang benar tiada lambat atau awal biar sesaat...
bukan budak tamby tu tapi lepas tamby tu
ber_uwang:
sterima kasih semoga semua roh muslim dan muslimat di tempatkan di tempat orang yang beriman
niena:
hargai lah mereka yang masih ada
bias:
itu sebaik-baiknya
eny:
jagan nakal-nakal pie kubur tau
Fia:
terima kasih just a story to share
mis gaza:
ingat mereka selalu dan doakan mereka
daliaya:
ya betul setiap orang akan mati hanya masa akan menentukan
jebat durhaka:
kau tak derhaka pada mak dan abah kau kan hehehehe
kay:
ya saya akan selalu ingat
jaja:
terima kasih....sedihkan tak ada mak dan abah
al fatihah...semoge arwah di rahmati oleh nye...amin..
RE:"nasal saline" spray can be very helpful when you have a cold, flu or any type of congestion.
it can be used by people of any age.
Easy to use
Inexpensive
Non-medicated
Safe for all ages
Effective
pegi pharmacy ko ckp nak beli spray hidung...depa tau nak bagi yg mana ok.
get well soon!
(^_^)
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return..
alfatihah..
.............
:-)
alfatihah....tingat kat arwah mak ayah aku...huhuhu ko nih wat aku touching aje tghri ni,....
aku ni durhaka jugak dulu...tp yg tak melampau la bro hehehehe. Moga moga mak bapak aku da ampun kan aku.
bro ko g kat link ni http://e-shopjebat.blogspot.com
Al Fatihah!
Memang memori yg akan kekal ngan kita selamanya ..
al-fatihah...
yg hidup pasti akan mati....tp yg idup akan terkesan dgn kehilangan org tersayang...
triple X malaya:
terima kasih bro...
kay:
nak pie farmasi, nak pie farmasa, nak pie farmasi....
en.me:
itulah yang sebenar-benarnya
patungcendana:
:-)
jebat durhaka:
nanti aku melawat...
precious:
akan kekal dalam ingatan
inta:
memang ada kesanya...kehilangan
memang terkesan entry mamai kali ni
tuhan mengetahui segalanya. Bukan semua anak ada di sisi ibubapa semasa mereka meninggal. mari kita renungkan..setiap kejadian tuhan ada hikmahnya
insyaallah, smg rohnya dicucuri rahmat..diberi pelita alam barzah..sesungguhnya, dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali...
oke...air mata aku juga berlinangan..ya..sampai hari ini aku masih takut menghadapi ape yang kau telah hadapi...namun aku tidak boleh menidakkn saat itu...
man..ayah aku masih lagi bertukan dan menyiapkan final touch up untuk rumah cendawan aku..kau tahu..umurnya sudah 67 tahun ini..dan sekarang die masih boleh memndu apabila balik kep Perak dr Klang...
aku xdapat bayangkan hidup aku tanpa die...
thanx man..kau telah lakukan ape yg patot..dan kau tealh ingatkn kami smua betapa berharganya kasih sayang seorang ayah...
Aslmualaikum.
Al Fatihah buat arwah.
terimakasih sebb mengingatkan
Entry kau membuatkan aku terasa ingin berbakti dengan lebih baik kepada kedua orang tua aku tapi...aku terlalu jauh dan mereka tidka selesa di sini. Hanya sekalung doa buat mereka setiap usai solat yang mampu aku hulurkan.
Semoga arwah abah kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Mamai. Sedekahkan al-Fatihah buatnya setiap kali kau ingat akan memori kau bersama dengannya...
i'm crying...
OMG!!
Post a Comment