"encik doktor, tunggu pakcik ker"...tiba-tiba ada suara lembut menegurku, aku mendongakkan kepala, la rupanya nurse pelatih hari tu.
" ha ah ngah tunggu abah dia belum keluar lagi"..jelas aku pada nurse pelatih tu, cehh ingat dia dah lupa kat aku. nurse pelatih nie aku kenal masa abah kena tahan wad. dia yang tengok terkial-kila mencari urat nadi abah aku untuk ambil sample darah. berkali-kali dia cuba tapi tak juga jumpa dah macam nak menangis pun ada aku tengok dia. lalu aku bantu dan tunjuk macam mana nak cari urat nadi dengan cara mudah. lalu aku tepuk lengan abah aku tiga kali.
"nah kat sini cuba rasa"...aku tunjuk kat nurse pelatih dan berlalu keluar tak mahu ganggu dia buat kerja
"terima kasih encik"...balas nurse pelatih sambil tertunduk malu..bila aku masuk bilik abah. aku tengok nurse pelatih dah tak dan wife aku cakap nurse pelatih tu tanya aku nie doktor ker. dan sejak dari hari tu kalau terserempak dengan doktor pelatih tu pasti dia panggil aku encik doktor. baru tunjuk sikit dah orang cakap aku nie doktor rasa menyesal la pulak tak belajar pandai-pandai kalau tak sure aku boleh jadi doktor betul, boleh la aku selalu jumpa nurse yang cun-cun hahahaha..
sedang aku dok bersembang dengan nurse pelatih tu tiba-tiba ada suara cemas dari bilik hemodialisis.
"bantuan oksigen! bantuan oksigen! pesakit katil no 11 sukar bernafas"...suara nurse kecoh kat dalam.
"katil No 11, itu katil abah aku buat rawatan tadi"...bisik hati aku dengan pantas aku angkat anak aku dan meluru masuk ke dalam bilik rawatan. aku nampak nurse dan pembantu doktor sedang sibuk memberi batuan pernafasan melaui tabung oksigen pada pesakit itu. dari bentuk tubuh badan pesakit aku pasti itu abah aku. aku merapati katil no 11 dengan perasaan yang cemas juga.
"kita kena bawa pakcik ke wad kecemasan sekarang"...aku dengar pembantu doktor berkata pada nurse yang bertugas. dengan segera abah aku di alih ke atas katil roda dan bersama dengan alat bantuan pernafsan dan nurse serta pembantu menolak abah ke wad kecemasan. aku dan anak aku mengiringi abah, aku memerhati abah mata abah tak terbuka cuma nafas abah turun naik dengan cepat tak stabil.dari mulut abah yang berkumat kamit itu aku dapat dengar abah hanya menyebut "allah","allah",'allah". sebaik sampai ke wad kecemasan aku tak dibenarkan masuk maka tersekat aku di depan pintu.
aku tak tahu nak buat apa aku blank sekejap, apakah ini saat yang abah selalu kata pada aku bila kami berborak masa balik dan pergi dari hospital. hati ku rasa tak sedap seperti ada sesuatu akan berlaku pada abah. walau ini bukan kali pertama abah di kejarkan ke wad kecemasan tapi dah beberapa kali. kerap kali juga aku menjengah ke wad kecemasan melalui cermin pintu yang kecil tu aku cuba mnegintai abah di dalam tapi tak berjaya. aku semakin gelisah kalau tak kerana aku bersama dengan anak aku sudah pasti aku redah masuk dalam wad kecemasan tu.
dalam keadaan cemas itu hati ku berkata....yang aku harus menghubungi adik beradik ku yang lain. segera aku hubungi abang aku di puchong, adik aku di shah alam dan kakak aku di JB, selepas tu aku hubungi kakak sulung aku dan abang aku yang no dua sebab mereka tinggal di kampung. orang terakhir yang aku beritahu abah berada dalam wad kecemasan ialah mak aku. kerana aku tak mahu mak panik nanti lagi susah jadinya. kemudian aku dapat sms dari abang, adik dan kakak aku yang mereka dalam perjalanan. aku masih ingat masa tu baru pukul 5.10 petang.
aku mundar mandir di wad kecemsaan sambil mengintai ke dalam, aku tak puas hati bila tak dapat masuk ke dalam. sebentar aku lihat seorang doktor keluar dari bilik kecemasan dan terus bertanya pada doktor tentang abah aku. doktor kata abah dah stabil tapi masih dalam kawalan dan perlu ditahan dalam wad. ada sedikit kelegaan di hati ku bila doktor berkata begitu. jam 6.00 petang abah telah di hantar ke wad pegawasan dari situ aku mula berada di sisi abah. aku lihat pernafasan abah kembali stabil tapi masih tak sedar lagi mungkin disebabkan kesan oksigen dan ubat masa dalam wad kecemasan tadi.
sekali lagi aku menghubungi adik beradik aku dan mak. aku katakan abah sekarang stabil dan berada dalam wad. sepanjang berada di sisi abah aku tak henti-henti membaca ayat suci ada rasa sayu di hati bila aku lihat keadaan abah pada masa itu. alhamdlillah anak aku tak pulak meragam dia hanya memerhati datuknya tanpa banyak bercakap mungkin dia mengerti. pada masa itu aku terkenang saat aku bersama abah dahulu memang aku tak rapat dan jarang bercakap dengan abah tapi aku antara yang selalu kena teman abah bila abah ke kebun dan menoreh getah.
aku rasa kesal pada masa itu kerana aku merasakan abah seperti memilih kasih antara aku dan adik beradik ku yang lain. aku merasa begitu kerana aku jarang dapat apa yang aku minta dari abah pada masa dahulu. tapi abah selalu bawa aku ke majlis ilmu agama waktu malam. cuma aku ada sedikit terkilan bila abah tak benarkan aku belajar ilmu tasawuf dan ilmu tauhid,tapi abah ajar pulak abang aku. pernah aku tanya kenapa abah tak nak ajar aku, abah cuma jawab aku tak sedia lagi dan cukup apa yang aku belajar di sekolah. kerana aku masa dulu sekolah agama. Tapi aku tak baik pun malah nakal macam budak tak sekolah agaknya.
abah juga kata aku mungkin lembut tapi aku juga keras susah nak duga dan lebih tak best aku mewarisi nama atuk aku yang terkenal keras orangnya. aku keras ker rasanya aku tak sekeras berbanding abang aku yang no dua tu dan amat panas baran. abah cakap memang abang aku keras dan panas baran tapi dia cepat sejuk tapi aku macam "api dalam sekam padi" katanya. namun aku curi-curi dengar dan belajar juga bila abah ajar abang aku dan kawan-kawan dia dan abah memang tahu kerap juga dia tegur aku.
dalam dok mengelamun itu sedar-sedar sudah pukul 7.00 malam, mak,kakak,abang dan wife aku sampai. aku tengok mak dah macam orang tak tentu arah walau dia cuba tenang, semua soalan bertubi-tubi ditanya pada aku macam aku nie pesalah yang melakukan jenayah yang besar. tidak lama kemudian abang dan adik serta kakak aku sampai berserta dengan keluarga masing-masing. dan lagi sekali aku kena soal siasat macam pendatang asing.
oleh kerana keadaan abah dah stabil cuma masih belum lagi sedar, mungkin abah penat agaknya berjalan jauh di alamnya. namum dalam keadaan tidak sedar itu abah masih lagi tersenyum mungkin di sebabkan dia selalu senyum dan nampak seperti dia tidak dalam keadaan sakit bila melihat dia senyum. Mak mengarahkan adik beradik balik ke rumah manakala mak dan aku akan tunggu abah. turut serta yang menunggu abah masa malam tu anak aku dan seorang anak buah lelaki aku. arahan mak aku seperti arahan dari seorang kapten tiada siapa yang boleh membantah maka semua bergerak pulang.
mak dan anak aku menunggu abah dalam bilik sambil membaca yasin, aku dan anak buah aku menunggu di luar jauh dari bilik abah. sambil berborak dengan anak buah lelaki aku yang paling sulung nie bercerita tentang pelajaranya dan plan dia punya future. sedang aku berborak dengan anak buah aku tiba-tiba anak aku berlari ke arah aku sambil menjerit.
"ayah!ayah! nenek panggil...atuk"...jerit anak aku dan dengan segera aku capai anak aku dan berlari ke bilik abah dituruti anak buah aku.
sampai kat bilik abah, aku lihat mak dah ada kat luar dengan mata berair..aku terus masuk ke dalam bilik dan lihat ada dua orang doktor dan seorang pembantu serta dua nurse. aku lihat doktor sedang beri bantuan pernafasan pada abah, aku pandang abah nampak abah seperti tercunggap-cunggap sukar bernafas, aku pandang doktor dan doktor pandang aku, aku senyum dan doktor juga senyum...doktor perempuan tu...
aku beri isyarat tangan pada doktor, doktor perempuan membalas dengan isyarat tangan juga. aku senyum lagi dan membalas semula isyarat tangan doktor, aku keluar dan mendapatkan mak aku...
"aku letih la nak makan ubat".....
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
6 hours ago
27 comments:
salam...bro..
terima kasih..:)
jangan lupa ambik award tu.
huhu... nangis nur baca entry bro ni
teringat situasi kat hospital dulu
huhu..
sambung lagi
bro saje je tau..
nak bagi nur nangis lagi la ni
kita takut kehilangan walaupun sebenarnya kehilangan itu satu rahmat bagi yang lain
anaklaut:
nanti saya datang ambil award masa demam nie tak leh bertandang lama-lama kat rumah orang hehehehe
nur:
la jgn la nangis...
ber_uwang:
ya ada hikmah sebalik kehilangan
d0kter pakar isyarat?
macam story ER lah pulak gaya nya?
aku pernah rasa apa yang kau rasa tahun lepas..
Uhh uhhh ... memang sayu. Teringat kat arwah abah masa dia sakit - masa tu haku kat KL dan abah kat KB, jauh ooo! Siksa haku tak tau bagai apa ...
Tapi arwah abah pergi masa haku dah transfer balik KB, depan mata haku ... Al Fatihah!
Citer2 camni memang membuatkan rongga tekak haku rasa beku!
Aduhaiiii....
cepatttt smbg ceritaaaaa...
**waaahhh!!! gelojohnye aku!
alahai mamai.. aku sungguh tak ta macam mana nak hadapi andainya aku berada dalam situasi kau...
kadang2 bila tgk abah aku tak sihat pun aku rasa maca tak sedap hati jek..
abah aku pernah masuk wad di selayang sbb nak buat operation batu karang. pagi sebelum dia operation tu dia boleh call aku kat opis. saja2 je dia kata.
aku apa lagi..
terus cakap dgn bos aku nak balik. nak g hospital selayang. walhal aku kat melaka.
memang rasa sebak sangat!
Alaaaa...sambung lagi ye...huhuhu..
Dada aku berdebar kencang dan tanpa sedar, airmata aku juga berlinang. Sedih sungguh bila orang tersayang jatuh sakit...
sha:
masa doktor ngah buat rawatan kecemasan mana boleh nak bercakap tu yang pakai bahasa isyarat hahahaha
bias:
lebih kurang la tu...nanti aku antar skrip
adibah:
sedihkan
precious:
semoga dia sejahtera
SItEDI:
hadapi dengan tenang
jaja:
sabar yer aku ngah tak sihat nak menaip pun mengantuk nie ahaks
sulela:
jangan la menangis
ni kisah baru ke..flashback ni?
Cik Cookie kj hospital dah setahun pun masih sedih klu ada patient meninggal.hati belum kering lg.
ooh..
aku xsanggup hendak menghadapi hari begitu suatu hari nnt
sungguh xpenah hadapi...
time abah koma dulu..
tgh study..
x ckup duit nak balik...
tp sedih gak..
cz abah lost memory 3 bulan...
tolong xnk terjadi lagi
intan:
kisah benar di flashback
cookie devine:
tapi jala maut di tangan tuhankan...kita cuma membantu
@tune:
kita pasati akan melalui saat itu juga
niena:
sementara ada kita hargai mereka
sayu di hati menyorot setiap butir kata.. uhu
warna warni sungguh prjalanan hidup noo...hrpan kita suatu hari nnti jika umur panjang anak cucu kita plak yg berbakti utk kita yer bro...
sebaknya dada ini...=(
so sekarang abah kau dah sihat ke...?
dalam situasi cemas sempat gak kau nak ayat doktor tu yer..
Tuya baca n3 ni tingat lak kat abah Tuya kat kg tu..
semalam tepon mak..katanya abah x sihat,demam urat..
abahhh!!!!
aku tak ada masa saat2 akhir ayah aku
Salam dR. (hehe... :P)
hmm.. bro mamai da ok ke dari selsema tue??
rajin2 la makan ubat yer..
cerita nie flashback ke brO..
huhu.. sedey2...
andainya fia yang menghadapi saat2 getir ini...huhuuuu..
xtau la macam mana...
terima kasih bro... slalu jenguk blog fia:))
Moga bro ceria selalu..
aku suke baca kisah sedih ko ni pasal aku leh kenangkan kembali arwah mak bapak aku...
u make me cry...
nani ingt lg sume nih...
tmasuk cete yg nurse 2 ingt apak doktor.. tp umi ckp apak keje kilang jer....
Post a Comment