aku sampai ke majlis itu tepat jam 10.30 pagi, kira awal juga aku sampai mana tak malam itu aku tak dapat nak lelapkan mata. walaupun penat drive dari Melaka ke KB sorang-sorang tapi mata tak mahu lelap, sejuk aircond bilik hotel seperti tak terasa. hati ku berdebar-debar otak ku ligat merayu masa-masa yang berlalu.
dari dalam kereta aku lihat ramai sungguh orang kampung di rumah tu sedang bergotong royong meyediakan hidangan dan memasak. "pasti meriah majlis ini" bisik hati ku. masih lagi dalam kereta kaki ku berat nak melangkah takut dan gelisah menyelubungi perasaan aku.
fikiran ku kembali pada masa lalu, masa-masa yang indah berlalu dahulu. tahun yang cermerlang telah belalu, aku berjaya menamatkan pengajian ku di U begitu juga dengan sue dan kawan aku manakala N pula ada satu semesta lagi untuk di habiskan. cuma kali ini N tak perlu ke kuliah kerana terpaksa membuat praktikal untuk melengkapkan course studynya. untung N dapat buat praktikal di tempatnya kalau tak susah juga aku.
aku memang bernasib baik setelah dua minggu tamat belajar aku telah di terima bekerja di sebuah kilang di Melaka kilang yang dulu amat popular dan terbesar di Melaka waktu itu. Aku amat teruja mana tidak sedang kawan-kawan sibuk mencari kerja, aku dah pun bekerja dan jawatan serta gaji yang menarik juga. cuma yang tak seronoknya aku tak dapat nak berehat panjang seperti kawan-kawan yang lain. Berita gembira itu juga aku kongsi bersama-sama dengan N yang masih setia menghubungi aku pada setiap petang.
gaji pertama yang aku perolehi aku beli sebuah motor agar aku senang nak berulang alik ke tempat kerja. sorry la nak beli kereta tak cukup duit lagi masa tu mak dan ayah aku bukan orang kaya pun. manakala duit lebih aku simpanla setelah tolak duit untuk mak dan ayah aku. tak lupa juga aku hulur pada N untuk dia buat belanja masa praktikal tu yang sebenarnya duit tu untuk call aku hehehehe. wehh sayang punya pasal beb jiwa dan raga ku serahkan inikan pula wang ringgit.
bila aku rasa duit yang ku simpan dah cukup aku mula memasang hajat dan hajat ku itu telah aku beritahu N pada suatu petang bila N call aku.
"sayang, man nak beritahu sesuatu pada sayang nie"...hahahaha masa ni dah tak pnggil nama N lagi dah panggil sayang...khak tui! kalau niece aku baca nie memang dia orang kutuk aku hahahaha
"sayang nak beritahu apa tu..cakap ajer la"....tu dia N pun panggil sayang kat aku kau orang jangan jeles la yer..
"sayang ingat nak masuk meminang sayang nanti"....terus terang ajer apa nak selindung-selindung benda baik tak gitu. kalau lambat kang talian putus takut duit syiling N tak cukup. untuk makluman N selalu call aku dari public phone pasal rumah dia tak ada telephone. kalau tak mesti aku dah call N tiap-tiap malam punya.
"betul ker, bila nak datangnya"...ada suara terperanjat dan suka di hujung sana..biasa la perempuan mesti suka supprisekan.
"ingat dalam hujung bulan depan sayang nak datang sana"...aku memang dah pelan awal, benda nie hajat hati aku nnak bertunang sebelum aku convo nanti.
"mak dah tahu ker nie"...tanya N pada aku..memang N panggil ibu aku tu Mak setap kai dia duduk kat rumah aku.
"mak, lom tahu lagi nie..tapi dia tak kisah tu"....jawab aku, sebab aku tahu yang mak aku tak akan kisahnya, sebab mak aku dan keluarga aku yang lain termasuk jiran aku memang suka kat N.
"okay nanti sayang bagi tahu kat Mek sayang yer"...jawab N yang masih lagi ceria di sana.
"sayang nanti hujung mingu nie sayang datang melaka"...N menyambung tapi belum sempat nak aku sahut tutttttttttttttttt talian putus duit dah habis la tu. potong stim betul la. letak telephone tukar baju pie main badminton dan petang tu aku menang semua set hahahaha tapi aku memang terror okay bukan pasal N, itu cuma sikit penyumbang ajer.
malamnya aku pulak menghubungi sue dan kawan aku tu ada khabar gembira dari sue juga.
"Man, sue mungkin akan bersalin dalam masa terdekat nie"...argh sue dah nak dapat anak ker, aku tahu sue pregnent masa di semesta akhir. masa tu aku tahu sue ada sedikit stress bila dapat tahu berita itu. puas juga la aku memujuk dia. dan kawan aku aku yang juga rasa bersalah cehh. apa nak bersalahnya itu anak kau orang la kau oang dah bernikah so apa masalahnya jaga ajer anak tu nanti.
"sue, bila agaknya tu, mana kawan aku"...aku bertanya aku juga gembira pasal aku juga akan dapat anak tu. hehehehe jangan salah faham yer, anak sue dan kawan aku tu bermakna anak aku juga la sebab aku dah rasa mereka sebahagian dari hidup aku.
"kawan kau tu pie masjid lom balik lagi, malam ni ada ceramah kat masjid tu"....kawan aku nie memang baik orangnya selalu ke masjid sejak dari U lagi, bukan macam aku yang selalu tak ke masjid masa kat U dulu.
"sue, aku nak bagi tau kau, aku nak bertunang dengan N hujung bulan depan"...aku beritahu sue..kalau aku tak beritahu sue nanti pasti dia akan merajuk. macam mana aku nak pujuk dia bukan bini kau. lain la dulu masa dia lom kawin dengan kawan aku tu, bila bergaduh dengan kawan aku tu. aku juga yang jadi tukang pujuk.
"eeeeee bestnya man, nanti sue nak ikut yer, suruh la N call sue".....weh sue memang suka dari dulu lagi dia mamang suka aku kawan dengan N dan sue juga provok aku agar kawin ajer masa aku tengah dok belajar dulu.
"macam mana sue nak ikut jauh la, lagi pun suekan dah nak deliver..buat teberanak ngah jalan nantikan susah"....balas aku..bukan apa takut juga kalau something happend kat dia masa pergi tu.
"tu sajer tak nak bagi sue ikut la tu, sampai hati kau, tak nak kawan macam nie"...udah merajuk la pulak budak sue nie.
"okay nanti sue tanya kat kawan aku tu kalau dia okay kita semua pie...nanti aku call lagi"...talian di matikan kala panjang-panjang nanti lain lak citernya.
malam tu aku tidor dengan lena macam baby kat dalam perut sue agaknya, mana tak bila mak dan ayah aku setuju dengan cadangan aku tu. dan esok paginya aku pergi kerja awal sambil menumpangkan kakak ipar aku yang tiap-tiap pagi membonceng motorsikal aku untuk ke tempat kerja dia. kalau la N yang ada kat belakang tu mesti aku main brake depan motor aku tu, dah tu mesti N akan peluk aku kuat-kuat takut jatuh sambil mencubit manja peha aku. kalau hari-hari N membonceng motorsikal aku tu mau boleh lekuk belakang aku tu akibat bertemu dengan dua bukit N tu..hahahahah cukup untuk aku berkhayal sampai situ. ini bukan cerita lucah nak baca citer lucah boleh beli kat kedai mamak or apek.
aku rasakan hari-hari yang belalu amat perlahan bagi ku nak tunggu seminggu macam rasa sebulan. dan seperti yang di janjikan N datang ke melaka pada hujung minggu tu dan seperti biasa aku kena la ambil dia kat bus stand melaka dengan menaiki motor aku, satu peluang yang aku tunggu. walau rasanya pada waktu itu aku rasa mampu nak beli kereta tapi aku tangguh hajat aku dulu sebab kumpul duit untuk benda yang paling penting dalam hidup aku.
"sayang betul ker apa yang sayang nak buat nie"...tanya N pada aku selepas makan malam di rumah ku.
"kenapa sayang tak suka ker"....tanya aku
"bukan, sayang tak suka tapi terlebih suka cuma rasa macam rush ajer"....jawab N..weh suka tapi rasa rush pulak macam mana tu..
"terpaksa la sayang, kalau lambat nanti takut orang lain kebas, mana tau abang senior tu datang pulak"...jawab aku cehh macam mana ada lagi nama abang senior tu.
"ah! sayang nie abang senior tu dah kawin kot sekarang nie"...jawab N sambil mencubit peha aku ciss...dari dulu sampai sekaranh aku kena cubit kat peha ajer tak apa nanti aku cubit dia pulak satu hari nanti.
"mana sayang tau abang senior tu dah kawin, abangs enior tu ada contact sayang lagi ker"...huhuh aku jeles siot
"hiss sayang nie, mana la sayang tahu dia dah kawin ker tak cuma agak ajer dia dah taka da contact sayang lagi, cuma Camie ajer yang rajin contact dia"...jawab N kat aku hehehehe dia tau aku jeles la tu, aku tahu Camie adalah kawan N dulu dan dia juga satu group dengan kami cuma aku tak rapat dengan Camie sebab dia tak suka aku kawan dengan N masa tu. Camie niee dulu juga menjadi orang tenggah antara N dan abang senior tu, sebab tu aku tak berapa nak cerita pasal kawan aku si Camie nie.
malam tu kami berborak sampai pagi melepaskan rasa rindu di hati tapi tak ada la sampai perkara yang tak senonoh terjadi. woit aku nie masih kuat lagi iman di hati walau masa tu dah terasa tanduk nak tumbuh kat kepala dan ekor aku rasa dah macam panjang ajer. untuk mengelakkan perkara tak elok terjadi kami berborak depan mak aku ler heheheh bertiga lebih baik dari berdua cuma kesian kat orang tua tu kena tunggu kami. cuma N tu ajer suka bermanja dengan mak aku tu yang buat adika ku selalu jeles nasib baik dia tak ada kalau tak mesti bergaduhnya.
Setelah dua hari berada di rumah aku dan berbincang perkara yang patut pasal majlis pertunangan itu, N terpaksa balik ke kampung dia, maklumlah dia dah ponteng praktikal tu dua hari. sebelum balik tu N sempat juga buat peta macam mana nak ke rumah dia di Machang tu. dan peta tu walau pun dah hilang tapi aku masih boleh ingat lagi macama mana jalanya. aku juga seperti biasa menghantar N ke bus stand Melaka macam selalu dengan motor aku lagi la huhuhu. peluang lagi walau sepanjang dua hari duduk kat rumah aku N selalu aku bawa ronda kampung dengan motor aku, tapi rasa macam tak puas lagi.
"sayang, nanti sampai kampung kirim salam kat mek dan jangan lupa call bila dah sampai"...pesan aku pada N..pak we mana yang tak risau awek dia balik sorang-ssorang dah tu jauh pulak tu, dan lebih risau dalam bas tu nanti ada pulak mamat yang sibuk nak usha awek aku tu. kalau ikut hati nak ajer kau hantar sampai KB, lag best kalau aku dapat hantar dengan motor aku tu.
"okay nanti sayang call yer..jaga diri sayang baik-baik dan elok-elok bawa motor tu jangan main brake selalu"....pesan N pada aku sambil salam dan cium tangan aku, yess itu lah tokoh isteri solehah...
N naik bas dan mengambil tempat dia, aku masih lagi menunggu sampai bas bergerak dan hilang dari pandangan, belum pun jauh hati sudah merasa rindu lagi tak sabar bilakan bertemu kembali...
okay aku nak bekemas untuk balik ke puncak alam semula segala urusan di merlimau dah selesai adik beradik yang lain dah balik tinggal aku ajer nie yang selalunya lambat bergerak dari rumah nie.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
5 hours ago
25 comments:
rasa2 last skali cam N ni wife pkcik je.....................bkn?
hmmm selangkah lagi ke puncak bahagia....
aku tunggu! :-)
indahnya percintaan;)
fuiyo..
romantiknyer..
huhu....
makin besh la citer bro mamai ni.
buat hati makin tertarik nak tau..
chaiyok2!!
wahhh
sweet gileee =)
semoge bahagie tau =)
agak2 bape episod lagik ni?...jgn kata sampai januari taun depan weh..time tu aku nk beranak dah..
Alaaaa...aku dari dulu dan kini panggil suami aku 'sayang' apa...harharhar
Cepat sambung ye Mamai. Makin best cite kau neh...hehehe
Mamai, ni kisah cinta kau dan isteri kau kan?
suspen plak cerita ni
salam....bro,
terima kasih singgah anaklaut..oo bro orang merlimau ya..
:)
ermm..kisah cinte sape ni?? sendiri punyer ek....?ke org punye bro citer...? :)
shah:
tunggu ajer la hehehehe
ber_uwang:
dah bahagia dan nie
adibah:
dengan sabarnya yer
eny:
cinta tu mmg indah tapi kecewa tu merana hahaha
Nur:
romatik tu lom romantik lagi tu
azzaliena:
terima kasih
intan:
sebelum kau beranak aku habiskan
grunge:
bab tu kau kena tunggu...dah balik dari pantai timur ker
sulela:
..wah bestnya kau aku nak pangil sayang pun takut hahaha
monkey d luffy:
sikit ajer...
anak laut:
ya saya orang merlimau kenapa AL anak melaka juga ker
dem! bersambung lagi!?
pergh...
cinta zaman U aku tamat bila aku menamatkan U..
kau balik kg juga ye???
dah seattle kenduri arwah?
Aku pon kenduri juga...penat seyyyy!!!
tak romantik lagi?
uih.. kira romantik abis la bro ni ek..
ni yg nak cari seseorg utk letak di hati..
hukhuk.. nur dah mula merepek
"dah naik kelangit nih..
bias:
tunggu sikit ajer lagi
@tune:
cinta zaman remaja la nie hahahaha
jaja:
kenduri dah selesai penat ajer tak selesai nie:
Nur:
tu baik cepat...susauh anounce ajer kat blog ahaks...or buat vote.
akudo:
ngah syok di awang-awangan nie
vote??
nur nak gelak ni bro.. aritu agensi pencarian skrg jadi mcm rekrut AF. coz ada vote berbagai nih.
nur:
pasal hari tu tak boleh buat pilihan untuk soalan tukan so kena vote la....tapi semua calon tu okay
ala bro..
aritu clue tak cukup
mcm mana nak pilih..
hukhuk!
alasan je nih.. hehe!
Nur:
semua tu jawapan yang betul hehehe pilih ajer mana berkenan di hati ahaks
oo.. kalo pilih sumer leh?
agak rambang mata utk memilih
hukhuk...
nur dah mula merepek dah nii
Nur:
boleh sajer kalau nak pilih semua tapi takut tak sempat nak layan la pulak
Post a Comment