Friday, March 27, 2009

Pemandangan yang lama tak ku lihat



gambar ini aku ambil last year masa aku pie kenduri kahwin kat rumah relative wife aku kat Bagan Serai nama kampung aku lupa sebab jarang balik sana...bukan apa sebab parents wife aku dah move ke Pahang.

Satu pemandangan yang dah lama kau tak lihat terutama kat kampung aku. Pemandangan sawah padi yang menghijau ini mengimau kenangan aku masa kecil dulu zaman aku sekolah rendah...pemandanagn macam ni pada masa itu amat biasa pada aku kerana kampung ku dekat dengan sawah.

Tak ketinggalan arwah ayah aku juga dulu mempunyai sawah dan aku selalu bermain di bendang,memancing,mandi di tali air dan bergelumang dengan lumpur sesuatu yang amat seronok pada masa itu...tapi itu 20 tahun yang lalu.

Sekarang semua itu dah tiada lagi masa merubah segalanya tiada lagi pemadangan sawah padi,tiada lagi tali air untuk mandi dan memancing....apa yang ada sekarang deretan rumah, pokok kelapa sawit mengambil tempat pokok padi, tali air dah jadi saliran bahan buagan kilang.......semuanya sudah menjadi satu pemandangan yang amat teruk pada ku....



Kasihan akan anak-anak ku tidak dapat merasa keseronokan ini......nanti kita balik kampung ayah bawa mandi sungai...swiming pool dah tak best

1 comment:

Anonymous said...

Nice blog bro...