Sunday, July 17, 2011

aku bukan melayu impian

maaf kerana aku tidak menjadi melayu sebagaimana yang kau mahukan. melayu yang hidupnya dalam tanggungan. melayu yang setiap dengur tidurnya dalam kekenyangan. melayu yang matinya dalam kebisuan.

maaf, aku bukan melayu seperti yang kebanyakan. aku melayu yang ingin mencari kebebasan. melayu yang bukan hidupnya dipenjara kemewahan, aku ingin jadi melayu yang berkata kerana kebenaran.

maafkan aku jika aku bukan melayu idaman. melayu yang hidupnya tunduk pada bangsawan, tapi aku ingin jadi melayu yang cendikiwan. malayu yang tahu menilai siapa kawan yang mana lawan. melayu yang mensyukuri nikmat Tuhan bukan berterima kasih pada kerajaan.


P/S: aku tetap melayu yang sayang bangsanya sendiri cuma aku tak mahu menjadi melayu yang tindas bangsa sendiri......kerana itu yang aku banyak belajar dari sejarah.

18 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

salam bro

suke part yg bersyukur kpd Allah berbanding berterima kasih pd kerajaan tu..

Segalanya milik Allah

unknown said...

(^_^)

beautiful_rose said...

itu betul...jangan sampai ada yang kerana budi tergadai maruah diri.


hanya kerana kita di "sogok" dengan beberapa kebaikkan maka,kita di suruh untuk menuruti arahan?

kita punya hak.di manakah hak kita sebagai manusia?

beautiful_rose said...

itu betul...jangan sampai ada yang kerana budi tergadai maruah diri.


hanya kerana kita di "sogok" dengan beberapa kebaikkan maka,kita di suruh untuk menuruti arahan?

kita punya hak.di manakah hak kita sebagai manusia?

Cik Cookie said...

salam.
saya melayu belum 100%.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

sejarah tak pernah menipu walau ramai yg cuba menipu sejarah!

ILA HonEyBuNNy said...

salam uncle..

inilah di katakan Melayu sejati...;-)

sekamar rindu said...

salam..

bro mamai,

saya mahu menjadi melayu yang kental..dapat berbakti pada negara yg bertuah ini..

zia said...

Jangan jadi melayu yang berpecah belah..huhuhu

atie said...

salam mamai....

salam persahabat kembali setelah sekian lama sepi tampa keber berita di blog nie..... nice puisi.... saya suka.....yang turunkan rezeki Tuhan bukan kerajaan... sebab yang memakmurkan bumi Malaysia ini juga Tuhan dan bukan kerajaan....

Solehah said...

betul tu..sokong untuk jadi melayu yang intelektual

maiyah said...

assalam..

aku lagi le bukan :D

patungcendana said...

:-)

ps...aku potong rambut depan je...

Anem arnamee said...

Semua milik tuhan.
yang penting kena bersyukur dan berusaha mengubah sesuatu menjadi lbih baik, insyaallah ;D

@tune® said...

melayu punya isu adalh sesuatu yg tak kan abis²

ILA HonEyBuNNy said...

salam jumaat uncle...;_)

sekamar rindu said...

salam..

bro..sejarah sering mengajar kita erti dewasa..

anida said...

melayu mudah lupa....melayu pada nama..memang tak kan hilang di dunia tapi hilang nilai kehidupan( betul ke apa aku cakap)