"apa diharap pada angan-angan andai ia tidak mampu menjadi mimpi jauh sekali menjadi kenyataan" dia merengus sendirian keliru pada sebuah harapan
"tapi kalau kau tak punya angan-angan masakan kau dapat bermimpi dan jika kau tiada mimpi mana mungkin kau mencapai realiti"...dia cuba memulihkan keyakinan, keyakinan pada sebuah mimpi yang kian kelama harapannya.
"apa gila kau"..."kau tahu yang itu tidak mungkin terjadi tidak mungkin akan berlaku biar kau tunggu 1000 tahun lagi"...dan dia masih tiada keyakinan malah dia yakin harapan itu telah lama lenyap.
"lalu kau ingin mengaku bahawa kau telah kalah pada perjuangan yang belum lagi kau masuk ke medannya. apa kau menolak akan kata hikamat kau dulu bahawa tiada bahagia tanpa ada usaha tanpa ada perjuangan"....dia masih cuba mengembalikan semanggat agar pulih sebuah harapan.
"ya aku sedar itu, tapi aku juga sedar bahawa setiap perjuangan pasti menuntut pengorbanan dan kau dan aku sendiri tahu....."
"apa kau takut untuk berkorban lagi, dan ini bukan untuk kali yang pertama kau berkorban dan bukan kali pertama kau kalah bukan kali pertama kau mengalah lalu apa ruginya andai kau berjuang untuk sebuah harapan"...
"tidak aku tidak takut untuk tewas tidak takut untuk terkorban cuma aku takut terlalu ramai yang akan terluka terlalu ramai yang akan kecewa kerana sebuah harapan yang kau dan aku tahu tidak mungkin menjadi kenyataan".....
"ahhhhhh persetankan mereka itu semua kau juga inginkan kebahagian yang sekian lama kau harapkan yang sekian lama kau korbankan. apa kau ingin lepaskan peluang yang ada di hadapan mata ini. apa kau ingin terus memendam sebuah harapan dan menjadikan ia satu lagi koleksi angan-angan yang tidak mungkin menjadi mimpi tak mungkin menjadi realiti"..........
"hahahahaha kawan terima kasih kerana menyedarkan aku, mungkin pengorbanan ini adalah kebahagian buat diri ku seperti waktu-waktu yang lalu. maka ini adalah kemenangan buat diri dari sebuah perjunagan yang tewas biar tak pernah aku masuk ke medanny. dan andai ini kebenarannya aku rela harapan ini menjadi angan-angan menjadi mimpi yang tak sudah dan biarkan aku terus mengenang selagi aku belum mati......."
p/s: eksperimentasi dari satu kekalutan dan kecelaruan fikiran mengenal pasti kebenaran antara logik dan akal yang sejengkal.
Lirik lagu To Know Me - Ning Baizura
5 hours ago
11 comments:
salam..
bro mamai...apa khabar? moga sentiasa berada dalam rahmat allah swt sentiasa...
err...err...arr..arr...arrr..err..arr..takdir mampu ditolak dgn doa..errr..arr..err..arrr...
mimpi tak kan jadi kenyataan kalau tak ada kesungguhan.
karya pakcik terbaiklah x de hal kalau nak join contest saya.lagi pun mmg tak ada had umur =)
berkorban itu bagus atas sebab yang betul .. andaianya terkorban, berbaloi.
jangan berkorban kerana cintkan mat bangla atau mat lombok ?
Bagus juga berangan-angan kerana dari situ le ianya menjadi kenyataan kalau kita susuri dengan usaha
Jangan le mengharap pada sebuah harapan yg kita tahu ia pasti tidak akan menjadi kenyataan..carile harapan lain..hehehe
harapan tinggal harapan..
huhu...
bahasa tinggi nih...:-)
salam uncle..angan2 yg xkn menjadi realiti...;-)
salam mamai..semoga pengorbanan mu tidak sia2..
salam
doa buat bro
Post a Comment