minggu ini merupakan minggu ketiga aku berkhidmat di company baru ini, dan dalam masa tiga minggu ini ada bermacam-macam cerita dan drama yang aku saksikan.
dalam masa tiga minggu juga terlalu banyak perkara yang harus aku lakukan, terlalu banyak pembetulan yang aku perlu dilaksanakan. Untuk aku bandingkan tempat sekarang dengan tempat dahulu terlalu jauh bezanya. Di sini segalanya aku harus mulakan semula dari kosong, terus terang aku katakan seandainya minda tidak kuat pasti aku kembali ke syarikat lama. memandangkan aku masih lagi dalam tempoh bercuti tiada masalah untuk aku berbuat demikian, lagi pun boss lama alway call aku tanya bila nak balik semula.
tapi aku gembira di sini biar terasa amat penat dan sibuk, namun aku gembira kerana ada sesuatu yang baru dapat aku belajar dan yang paling penting aku ada cabaran baru. di mana aku dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang aku miliki dengan mereka. Walaupun aku bukan seorang yang bijak pandai tapi sedikit ilmu itu jika kita kongsi bersama pasti akan menjadi banyak.
cuma aku rasa janggal di sini bila setiap kali staff aku panggil aku dengan pangillan BOSS. aku jadi kurang selesa dengan status itu, aku lebih gemar mereka panggil dengan panggilan En Rahman or just call my name.
pernah aku beritahu mereka masa aku first day joint, aku kata purpose aku datang ke sini adalah untuk berkhidmat untuk mereka bukan untuk menjadi boss mereka. aku cuma di beri sedikit kelebihan dan kelebihan itu sebenarnya adalah tanggungjawab aku untuk menjaga dan membantu mereka agar mereka rasa mudah untuk bekerja. pernah juga aku beritahu mereka masalah mereka adalah masalah aku oleh itu mereka haruslah beritahu aku apa juga masalah mereka.
kerana pada aku prestasi kerja mereka adalah merupakan prestasi kerja aku dan andainya, mereka tidak mampu bekerja dengan baik kerana masalah yang ada maka itu adalah kesalahan aku......
p/s: to be a good leader you must understand how to develop your subordinate.....
Selamat Hari Jadi, Khairani!
1 day ago
25 comments:
betul kata mamai..tapi..yang pekerja bawahan..panggil boss kerana menghormati
hehehe...selamat bekerja dalam tekanan, uncle..hehe
boss bila nak belanja??
lama tak keudara rindu..
ada kerja kosong ke sana? he he
laa bro...hang dh tukau company ker? adui trtinggai gerabak btui gua nih...
bro boss tu lani dah jd panggilan manje dahh...no hal nyerrr..ahak
sangat suka leader berfikiran camnih..hope to be like this in the future..tahniah bro!like ur style...~
honestly saya tak pernah lagi jumpa bos mcm ni.tak da makna nak keluarkan statement berkhidmat utk semua..
salam BOSS,
keje2 jugak..kesihatan jage k..=)
bro,
setuju dengan suasana baru tu. walau banyak kerja. walau kena mula semula.. pengalaman tu yg paling mahal!
kalau gua panggil lu boss boleh x?
Salam Boss....
Semoga gembira di tempat baru.....
Bro boss... hahaha layan jer PEACE...
aiii boss ...
bz ke? hhahha
>>___<<
sila panggil aku boss hahaa~
salam bro
alhmdulilah..
tahniah!
uncle..eh silap...boss...he3...uncle..nti ila beh stdy lau tanam anggur..ila nak keja dgn uncle la..ngeh3....uncle..ila nak ja add FB uncle...tp xtau cmna nak add..ila cri kt blog uncle xnpk pn FB uncle...ok3...add ila eh...are_ku_ila_87@yahoo.com
if your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader..
(^_^)
nak panggil pakcik b0ss jugak la..hu3
memang betul kan seronok dapat berkongsi maklumat pengalaman ilmu dengan org lain.. kan sharing is power....
Buffered RM13.06
Gaji Berapa Kena Income Tax???
betul uncle..
diorang panggil boss sebab diorang hormat :)
n nak menyenangkan panggilan hee...
encik rahman panjang sangat la uncle hee..
baik boss saya takkan pangil awaK BOSS
hye rahman! haha.
kalo dpt boss camni kan best...
itu yg penting, bila gembira pasti keje pun bereh
panggil encik mamai or bos mamai....okey???
tahniah dh tukar keja br...blh blnja kepsi...
Post a Comment