cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menghabiskan masa dan kerja di sini, setelah 5 tahun mengabdikan diri pada kerja dan company. banyak kenangan pahit dan manis selama 5 tahun, ramai kawan-kawan yang datang dan pergi.
terasa berat di hati untuk mengucapkan selamat tinggal pada mereka semua, terutama pada para staf yang setia dan sering membantu. mereka semua umpama keluarga bagi aku, berkongsi segala masalah. sering terfikir apa yang akan berlaku kepada mereka andai aku tiada, siapa yang akan menjaga mereka kelak, siapa yang akan menyelesaikan masalah mereka. ada rasa belas di hati apabila memandang wajah mereka yang tidak ceria setiap pagi.
namun aku juga harus memikirkan tentang masa depan, tentang kerjaya dan peluang yang datang bukan selalu. telah lama aku berhajat untuk bertukar bidang kerja, rasanya sudah sampai masa aku meninggalkan industri automotive. pengalaman yang aku perolehi dalam bidang ini amat bermakna, dan aku perlukan cabaran yang baru.
namun untuk mengucapakan selamat tinggal di sini bukan satu perkara yang mudah biar ini bukan pertama kali aku berpindah tempat kerja. namun keputusan telah dibuat dan langkah harus diteruskan.........
aku tidak akan mengucapkan selamat tinggal tapi aku ucapkan sehingga kita ketemu lagi....
Selamat Hari Jadi, Khairani!
6 hours ago
24 comments:
tetiba wa pown rasa sedih gak!
cessss ~~
manusia datang dan pergi pakcik ..
good luck!
Pak Cik nak g mn?
jepun ke?
mcm jauh je.
huhuhu
apa-apa pun good luck kat tempat baru
betul..sehingga bertemu lagi lebih sesuai..kerana walau dimana kita pergi..yang lama tidak dilupa...
betul tuh.sehingga kita ketemu lagi.lepas ni kerja dekat maner?
selamat menempuh cabaran baru
uncle nak pi keje mana lak?
simpan semua kenangan tu baik2 pakcik...
ko dpt offer tmpat lain ke bro? atau nak start biz??
lain tempat lain cabarannya
sampai ketemu lagi..itu lah perkataan yg jauh lebih bermakna.
betullah tu sehingga kita bertwmu lg
semoga lebih berjaya di tempat baru..
sudah mahu tkar krja..
gd luckk yaaa..
smoge rejeki mkin mlimpah ruahhh
tapi memang sedih...kita dah lama keje situ tetiba nak tukar tempat lain....rasa macam2 perasaan tu..tapi mmg betul..kena utamakan masa depan..good luck pok cik...
uncle nak keja industri apa pulak???
btw,tolong vote eny kat sini yaaa..
http://enykikilaladediamond.blogspot.com/2010/03/vote-vote-vote.html
selamat berjaye dalam bidang yang baru,pastikan selalu gempak..
ehem2...
walaupn cuma 2 perkataan:
"selamat tinggal"
tapi susah nk ucapkan kn...
its hurt to say gooodbye pkcik
i mean it~
pcik ade anak pompuan umur 28-29 tak?
jodohkn ngn abg saya buleh
???
muahahhahahha larik stempat
lepas nih nak kemana??
sedih la staff yang pakcik selalu belanja tu..apapun, share lagi ya penglaman2..
mesti uncle nak jadi blogger sepenuh masa kan pasni?
pasni nak tukar ke mana pulak?mn thu kot2 dkt ngn tempat eisen..leh ler selalu roger2 bro kan?
kot2 leh mkn free slalu..haha
jadi model iklan tv lepas ni mesti selalu make up....
Post a Comment