Tuesday, December 8, 2009

semunya salah aloy

petangnya semalam aku telah merajinkan diri sambil memontengkan diri sekejap dari duty untuk bertemu dengan cikgu NUR dari alor star. kebetulan dia dah sampai shah alam jadi kalau tak jumpa rugi pulak, so lokasi perjumpaan di giant shah alam. akhirnya aku bertemu juga dengan cikgu kanak-kanak ribena yang ceria ini. oh orangnya kecil molek dan manis sungguh dipandang nasib baik aku dah tak bujang. dua orang rakan cikgu nur juga turut menemani cuma aku dah lupa namanya ( sungguh aku dah tua memori sudah lemah ).

balik office aku sms kawan aku nie yang dari kuantan,dah beberapa hari di KL tapi masih tak berkesempatan untuk bertemu kerana dia terlalu busy. setelah berbalas sms kami set untuk berjumpa malam. jam lapan malam kami berjanji, aku akan ambil dia di hotel memandangkan dia tak biasa dengan bandar KL mahu juga shah alam. takut nanti dia drive nak ke shah alam dari PJ akan memakan masa 5 jam (huh kalau dia balik kuantan dan sampai tu).

malangnya disebabkan hujan malam tadi maka aku terlewat sampai ke hotel untuk mengambil kawan aku tu. Kl la katakan kalau hujan jalan mesti jem, tapi tak hujan pun kl tetap jem, KL la katakan.

boring juga kalau berdua ajer berjumpa jadi kawan aku call budak aloy nie supaya malam tak boring. set katanya jumpa di shah alam SS3, aku ingat nak diner bawa diner sama kat tempat yang istemewa rupanya hanya di McD. sian kawan aku dari kuantan datang hanya makan burger di McD (di sebabkan aloy takut hujan)....aiseh lupa nak bagi tahu yang dark ray juga dengan aloy di McD.

tapi malam tadi merupakan satu perjumpaan yang berkualiti bila ramai lagi bloger lain turut serta kami sehingga lewat pagi. walau dari segi kuantiti tak berapa banyak tak gitu aloy..

tengahari tadi aku sekali memontengkan diri dari duty bila kawan aku call, grunge ajak lunch kat qaseh. this is first time aku jumpa grunge walau dia cukup dekat dengan tempat kerja aku. turut serta lunch tadi seorang lagi bloger namanya masy dia datang dengan grunge, oh lupa bloger akudo juga turut serta lunch tadi.

esok tengahari esok aku plan nak jumpa bloger lumut dan juga bloger seroja jingga dan juga bloger ber_uwang juga mahu turut serta dan juga cikgu NUR katannya jam 2 petang di SOGo, besar kemungkinan aku aku pergi bersama dengan bloger azza ke sana......

p/s: rasanya minggu ini adalah minggu aku berjumpa dengan para bloger rasanya.....tapi kenapa tajuk entry ini macam tak kena ajer

40 comments:

Anonymous said...

huhuh...

beshnyew wat prjumpaan bloggers!

baguih2!!!

sayu=pilu said...

a'ah ler asal tajuk ngan n3 tak matchg hehehehe...

wah2 jeles nya.... nak ikut gak...huhuhuhuhu

Kay said...

tuh ler tajuk macam salahkan orang lain jer....hehehe
meriah sungguh dpt jumpa kekawan kan... macam ler kita nih jauh sgt kan!! (munyi macam kecik ati sikit)
(^_^)

Solehah said...

wah..padatnya dgn aktiviti..kirim salam dekat semua ya..

Yuki Yusuf said...

betul la pakcik
memang salah aloy
tajuk pon lari

Daun said...

ramainya mamai jumpal

beautiful_rose said...

wahhh sonok lah korg dpt jumpe ramai2 kan...sy jugak kne g keje..huhuhuh.tape pon enjoy lah yerk esok.kirim salam jelah pd same2 y knl @ x knl...... =p

myQza said...

a'alah.. aku tercari2 juga mana kenanya tajuk dengan entry,, ekekkeke...

Anonymous said...

ble la pakcik nk jmpe sy plak kn..hurm,,jmpe tyme bday sy jela nt bley?hehe.. =P

abgBro said...

dgn abgbro bile? tu ari mse muktamar awat x call? klu tidak bleh merasa hang blanja...hehehe

enyheartsdiamond said...

ouhh..gringe kawan uncle!!!dia ada number eny ;)

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

penuh jadual waktu uncle mamai...hehehe.. bulan yg kt selayang ni tak nk jumpe ker... hehehehe

imHepPie said...

x aci wuuu jeles2..srius

HH said...

mcm menarik je
bila la blh buat mcm tu?

Maiyah said...

wahh.. ada perjumpaan

Amal said...

hahaha.
kesian aloy.
pakcik. petang nih tau!

Sharinginfoz said...

bagus dapat mengeratkan hubungan kan...

baincardin said...

Selamat berGathering Blogger! ^_^

Sulela said...

Ha'ah...apsal kau salahkan Aloy lak...wakakakaka

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wa....makin erat silaturrahim...bagus....bagus...

patungcendana said...

memang salah aloy!!!!!!!!...hehe...

Rozita said...

oh..perjumpaan antara blogger rupanya. jika suatu hari akk ke Shah Alam agak2nya mamai sudi tak jumpa akak ngeh3x :P

mamai said...

ghostone:
nak jumpa jom datang kl or shah alam

sayu=pilu:
nak ikut juga ker mari la

kay:
oh jgn merajuk kita akan buat yang lain something special hehehehe

soleha:
insyaallah

koyuki:
ya kan salah aloy

daun bidara:
bila nak jumpa che la

beutiful rose:
pakcik pun kerja juga hari ini

sItEDI:
tajuk tu gimik sahaja

master teddy:
bila besday kamu insyaallah pakcik jumpa

abgbro:
masa muktamar tu tak available la bro masa terlalu suntuk next time datang shah alam roger la aku

eny:
bila nak jumpa uncle

bulan:
jom datang ke sogo tghari ini jumpa disana

imheppie:
kalau datang shah alam boleh la jumpa pakcik

harisah:
hari pun boleh datang ke sogo kami ada disana

maiyah:
nak joint tak jom la

mis siv:
ya jumpa kamu nanti

shahringfoz:
ya sekurang-kurangnya kita kenal dengan siapa selalu kita berborak

baincardin:
terima kasih

sulula:
hahahaha memang salah aloy, kau bila nak jumpa aku

mawar berduri:
nak joint jom la

patung cendana:
memang salah aloy punkan

rozita:
pasti saya sudi ketemu anda

Masy said...

jumpe bloggers jelah minggu ni eh hehehehehe

ini rupanya mamai tu ooooooo

mamamin said...

mamaiku macam serba x kena jerk ni..
excited la tu tunggu hari berjumpa sabahat bloggers.. hehehe

Anonymous said...

huhh!
meriah lorrrr!

addyaholix said...

wah happening!

fadzilah said...

bestnya dpt jumpa kwn2 bloggers. Apa kata masa perjumpaan nanti tangkap la gambar..lps tu letak dlm blog..bolehlah kami yg lain ni kenal.

PuanPepel said...

besttttt!!!!!!!!



ape dosa aloy...ekeke

Aloy Paradoks said...

aahhh... lu pun nak wat entry linng linng gak..

adibah said...

aku??


*sedey....

zia said...

bila nk jumpa zia lak ni..amboi2..

Anonymous said...

pakcik d tag!huhu..rajin2knla diri wat eh.ahaxz,,
>>bday sy 7 jan.ahaxz,,promote bday lakz.sy nk kek beso2.lalala~

Cik Cookie said...

serious macam jejak kesian lakkk.
apapun enjoy ur day.
kim salam semua...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hoh..agak lmbat baca nih...

memang tak kena tajuk.
hehe..
kena buh perjumpaan bersiri
hikhik..

Sulela said...

InsyaAllah...lagi sekali aku balik KL, aku roger kau ekkk...hehehe

Anonymous said...

huhuhu.....tp....

im touching....

xsempat kite berbual panjang..dok tergelak je tgk gaya pak cik..haha..senyum je..

Seroja Jingga said...

mamai
nice to meet you too..

aku rasa aku mcm dah tau ape ko nak tanye

kalau aku betul, sila ke sini..

http://serojajingga.blogspot.com/2009/09/special-entrykisah-aku_7316.html

kalau aku salah..anggap saja ini cerita dari aku..

lu memang best!

Anonymous said...

ini gayanya macam kepala segala blogger je ni.

harus di tabik spring!

bias® said...

nurul yang bersalah!