Friday, March 6, 2009

Go Green part 1


Kali nie aku tak nak cerita pasal politik tapi aku nak cerita pasal go green.
aku nie bukan la seorang ahli pencinta alam sekitar or greenpeace.
tapi aku rasa bertapa pentingnya kita semua untuk menjaga alam skitar.

Aku mulanya tak berapa ambil port pasal go green nie tapi makin lama aku makin terasa akan kesannya.
cuba bayangkan lately kita kerap kali dilanda banjir kilat walaupun hujan sekejap malah kian kerap kita dengar
berlakunya tanah runtuh contoh yang baru seperti di Bukit Antarabangsa.

Apa yang membuatkan aku amat terasa bilamana satu hari semasa balik kampung aku teringin nak pie memancing kat tempat aku selalu memancing masa kecil dulu, aku amat terperanjat bila lihat sungai tempat aku selalu memancing dan berenang dulu yang airnya jernih kini hitam pekat. Tempat yang dulunya aku dan kawan berkhemah di hujung minggu kini jadi tempat pembuangan sisa kilang.

Tapi siapa nak aku salahkan, sekarang aku dah sedar bertapa pentingnya alam sekitar nie untuk dijaga. memandangkan aku bukan seorang pejuang alam sekitar yang sanggup berdemontrasi. namun apa yang aku mampu laku kan ialah dengan berkongsi maklumat dengan kalian semua melalui blog aku nie...

Menyusul nanti bagaimana kita boleh menjaga alam skitar ( kalau nak cepat rejuk ajer kat laman web go green )

1 comment:

Hasbullah Pit said...

Man,

Akan tiba satu masa di mana satu demi satu elemen perjuangan akan diserap ke dalam PAS.

Macam isu PPSMI, budak2 PKPIM tu punya la susah nak pujuk PAS sertai GMP. Akhirnya berjaya.

Perkara yang lebih kurang sama akan dilakukan oleh golongan environmentalis iaitu, ajak PAS turunke jalanan.