Tertarik dengan statement yang di keluarkan oleh pemimpin umno pelik dan hairan pun ada, aku sendiri tertanya-tanya siapa yang jadi musuh negara ni sebenarnya. baca ajerlah statement yang aku petik ni...
"Agenda besar itu jelas dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat Melayu, meruntuhkan Umno dan semua itu kini semakin jelas di depan kita hari ini.
"Tidak pernah sebelum ini ada anak Melayu tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya untuk menghalang kenderaan Raja atau membaling batu kepada rajanya sendiri. Tidak mungkin ada anak Kuala Kangsar atau rakyat Perak sanggup berlaku biadap demikian kepada Raja.
"Sebaliknya, jelas yang bertindak biadap dan menderhaka itu warga asing dan pihak yang tidak sedar dirinya diperalat untuk memenuhi muslihat besar musuh negara," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Selama nie siapa yang melemahkan perpaduan dan memperbodohkan orang melayu bukan umno sendiri, masakan rakyaat boleh lupa semua perkara yang di lakukan oleh umno sehingga boleh hilangnya kuasa sultan.
ketahuila bahawa musuh negara yang kamu perkatakan hari ini ialah diri kamu sendiri sehingga kamu semua takut dengan bayang-bayang sendiri.
hari ini kamu semua sibuk membicarakan kedaulatan sultan sedangkan kamu sendiri yang mencemari lupakah kamu akan semua perkara itu....
hantarla seberapa banyak pemuda yang kamu ada nescaya mereka tidak akan dapat menghalang gelombang kebangkitan rakyaat yang sedar akan demokrasi dan Kamu tidak akan dapat mematahkan semangat juang mereka.
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
4 hours ago
No comments:
Post a Comment