Di sini saya senaraikan nama mereka yang mendehaka kepada Sultan dan hukuman yang mereka terima dalam Sejarah dari Zaman Sultan Melayu Melaka hingga kini
1. Hang Jebat
Membela sahabat baik yang dituduh bermukah dengan gundik sultan oleh pembesar yang gila kuasa dan sultan telah minitahkan supaya Hang Tuah dihukum bunuh.
Hukuman : Di Hukum bunuh oleh sahabat yang dibela kerana taat kepada sultan.
2. Laksamana Bentan
Merupakan seorang laksamana yang hebat berkihdmat penuh taat setia kepada sultan. Hanya kerana seulas nangka yang di jamah oleh isterinya yang mengidam maka sultan murka dan membelah perut isteri Laksamana Bentan. Lalu Laksamana Bentan telah membunuh Sultan.
Hukuman : Di Bunuh oleh sultan dan 7 keturunan tidak boleh jejak ke Kota Tinggi.
3. Si Bongkok Tanjung Puteri
Bacalah sejarah si Bongkok aku tak sanggup nak cerita, antara pejuang yang menentang penjajah yang dilupakan sejarah....
Hukuman : Di bunuh adik sendiri kerana perbezaan pendapat ( orang Johor patut baca sejarah nie )Sejarah tak mengiktiraf perjuangan bangsa Melayu tetapi di label sebagai Lanun
Lirik lagu Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
4. Madey
Merupakan seorang pembesar yang terbilang, gemilang berjaya menidakkan kedaulatan sultan malah melucutkan kuasa sultan.
Hukuman : Terlepas hukuman kerana sultan dah tak ada daulat dan power.
5. Ir Nizar
Bekas menteri yang dipaksa letak jawatan oleh sultan kerana kerusinya telah dicuri oleh orang.
malah beliau sendiri memohon derhaka (mancho mamat nie ).
Hukuman: Hilang jawatan dan di label sebagai penderhaka moden
6. Karpal Singh
Tindakan ingkin menyaman sultan... susah kalau sultan jap ada power jap tak ada power
Hukuman : Kena siasat dek Mata-Mata selama 2 jam. entah bila pulak nak kena ISA tu ura-ura nak bawa dah ada cuma
pak lah jer tak restu.
Tapi dalam ramai2 penderhaka seorang jer yang terlepas hukuman.............
ada ramai lagi penderhaka kat dalam Malaysia nie tapi aku listkan yang top pada aku.
realitinya semua yang derhaka mendapat pujian dan sanjungan.....kecuali orang yang terlepas dari hukuman
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
11 hours ago
1 comment:
fuh... hebat2!!
Post a Comment