Perkara yang menarik untuk saya bincangkan megenai kebebasan bersuara di negara kita.
Sebentar tadi saya telah terbaca di dalam Malaysiakini menyatakan KDN hari ini telah merampas 2oooo naskah Suara Keadilan. Semalam Malaysiakini melaporkan akhbar Harakah juga telah di rampas.
Pada pandangan saya tindakan KDN merampas kedua-dua akhbar pembangkang ini ada amat keterlaluan. Di mana rasionalnya akhbar ini di sekat daripada sampai kepada pembaca. Ianya hanya menunjukan bahawa media kita tiada kebebasan dan menyekat maklumat dan berita sahih dari sampai ke pengatahuan rakyaat.
Apakah hanya kerana akhbar ini akhbar pembangkang dan menyiarkan berita yang bertentangan dengan Kerajaan maka ianya harus di sekat. Benarkah berita yang dilaporkan oleh akhbar ini tidak tepat malah berunsur hasutan.
Jika Harakah dan Suara Keadilan tidak melaporkan berita yang tepat maka akhbar mana pula yang dikatakan melaporkan berita yang tepat.
Terus terang saya katakan bahawa kebanyakan akhbar yang terdapat di pasaran yang saya baca sebenarya tidak melaporkan cerita yang sebenar malah ada diantaranya terlalu " Bias".
Ini menyebabkan saya mencari alternatif lain bagi mendapat sumber dan maklumat yang tepat dan sahih.
Untuk tujuan perbincangan sila hantar ulasan anda supaya kita dapat sama-sama berkongsi
saya berharap setiap ulasan dari anda biarlah dengan berhemah bukan dengan emosi.
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
5 hours ago
No comments:
Post a Comment