Friday, February 20, 2009

Catatan Sedih Seorang Rakyaat.


Aku hanya serang rakyaat biasa dikalangan jutaan rakyaat yang terdapat dinegara ini.
sebagaimana mereka aku juga mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, mempunyai keluraga dan pekerjaan.
tidak ku sangkal bahawa negara ini aman dan rezekinya murah sehingga ramai pendatang berebut2 masuk ke sini mencari rezeki dan menumpang tuah.

Sesungguhnya ku katakan kemakmuran dan kemewahan ini datangnya dari rakyaat sendiri. Rakyaat yang tidak membezakan kaum, bangsa dan agama. Rakyaat yang sama-sama belajar dari episod sejarah hitam dahulu sedar akan pentingnya menjaga antara satu sama lain dan menghormati antara mereka.

Namun ironiknya ada diantara mereka dengan bangga mengatakan bahawa kemakmuran dan kemewahan ini adalah hasil usaha mereka. Sehingga mereka menjadi rakus dan ingin membolot semuanya malah mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya apa yang mereka miliki tidak terlepas ketanggan yang lain.

Lihat sahaja hari ini di dalam akhbar dan berita mereka sanggup melakukan semua perkara bagi menebus kembali apa sahaja yang terlepas dari tanggan mereka. Sedangkan pada masa ini negara sedang mengalami situasi yang ekonomi yang malap, beribu rakyaat kehilangan kerja.

Aku juga terasa akan kesan kemelesatan ekonomi ini, setiap hari tidur tak lena memikirkan masa depan anak dan isteri. Saban hari risau bilakah giliran aku pula diberhentikan kerja apa pula yang akan kulakukan selepas ini.
Setiap hari berkira berapa harus berbelanja dan berapa harus disimpan sehingga ingin membeli kek untuk hari jadi isteri pun terpaksa berfikir dua kali.

Namun apa yang mereka lakukan hari ini berebut akan kerusi, supaya mereka dapat duduk dengan selesa biar rakyaat bersila di atas tanah tak bertikar.

1 comment:

Anonymous said...

sede nyer....