Wednesday, February 18, 2009

Cukai Buang Air Besar: Berita Harian

ADELAIDE: Penduduk akan dikenakan bayaran setiap kali menggunakan tandas mengikut cukai baru yang diperkenalkan bagi membantu menangani masalah kemarau.

Skim berkenaan akan menggantikan sistem sedia ada yang mengenakan bayaran kumbahan berdasarkan nilai rumah dan bukan keluaran sisa buangan air berkenaan.

Ahli unit penyelidikan ekonomi dan dasar, Jim McColl dan Profesor Pengurusan Air Universiti Adelaide, Mike Yong merancang memperkenalkan langkah berkenan di sini.


"Ia menggalakkan penduduk mengurangkan buangan kumbahan dan memendekkan masa untuk mandi, menggunakan semula air cucian mesin basuh atau menghubungkan air hujan ke tangki paip dalaman untuk mengurangkan kadar bayaran," kata Young.

"Malah, bagi penduduk yang tidak mengepam tandas mereka seperti biasa kerana kurangnya sisa buangan dihasilkan, kuranglah bayaran yang dibayar," katanya. � Agensi


Indah Water mungkin suka dengan berita ini............bolehlah lepas nie lobi gerombolan.
tapi satu aku hairan Indah Water ni, rumah kosong tak perpenghuni pun kena bayar bil.

No comments: