Wednesday, February 25, 2009
Ketua Darjah
Teringat aku masa zaman sekolah dulu, bila setiap penggal buka sekolah awal tahun cikgu kelas akan suruh kami pilih ketua darjah. Tugas ketua darja ni bukanya mudah banyak kerja kena buat tapi memang glamour terutama dengan budak perempuan la. Antara bidang tugas ketua darjah masa dulu macam kat bawah ni.
1. Tugas paling utama seorang ketua darjah ialah, jadi ketua bagi salam bila cikgu masuk kelas korang mesti ingat ayat biasa ni "Bagun selamat pagi Cikgu" atau "Assalamualaikum cikgu”
2. Kena jaga kelas supaya sentiasa senyap terutama bila masa cikgu tak hadir kelas sebab mesyuarat. Kadang-kadang tu memang sajer cikgu tak nak masuk.Perkara pertama ketua darjah akan buat ialah tulis kat papan hitam“Cikgu Mesyuarat siapa bising akan diambil nama.
3. Pastikan kelas kena sentiasa bersih, pagi-pagi ketua darjah akan pastikan setiap murid bersihkan kelas ikut jadul dan tugas. Seperti sapu sampah, padam papan hitam dan lap habuk kat tingkap.
4. Ambil buku tulis dan hantar buku tulis ke bilik guru kira macam orang suruhan cikgu la. Tapi yang bestnya memang seronok kalau dapat pie bilik guru ni rasa macam orang penting la.
5. Nie lagu satu tugas penting yang rasa glamour bila sampai waktu PJ(pendidikan jasmani ) cikgu akan suruh ketua darjah pie ker bilik stor untuk ambil alat-alat sukan. Time nie ketua darjah akan bawa sorang atau dua untuk dijadikan balaci ambil alat sukan.
6. Waktu perhimpunan bias hari isnin pagi, ketua darjah akan dok depan sekali dan ambil nama murid yang datang lewat.
Adalagi tugasan lain yang akan dilakukan oleh ketua darjah ni tapi tak penting sanggat kira tugas tak rasmi
Kriteria Seorang ketua darjah
1. Selalunya dari murid yang paling pandai dalam kelas yang periksa selalu dapat nombor satu.
2. Biasanya dari kalangan murid perempuan sebabnya murid perempuan nie kurang nakal dalam kelas dan selalu ikut cakap cikgu.
3. Anak cikgu adalah diutamakan sebagai calon ketua darjah, sebab kalau anak cikgu tu kira memang dah pandai dan baik punya masa dulu la, sekarang nie anak cikgu pun mamcam setan.
Cara Perlantikan Ketua darjah biasnya melalui dua kaedah:
1. Melalui cara undian terbanyak dalam kelas, melalui kaedah ini ketua darjah mulanya mesti mendapat pencalonan dari kalang murid kelas. Undian akan dibuat dengan mengira siapa yang mendapat sokongan terbanyak ( angkat tangan siapa sokong)
2. Kaedah kedua nie kira keputusan muktamad dari cikgu sendiri, Biasnya guru kelas akan memilih sendiri murid yang disukai seperti criteria yang disebutkan di atas. tiada bantahan diterima oleh itu ketua darjah macam nie tak berapa disenangi oleh pelajar lain.
Apa pun jua pengalaman menjadi ketua darjah mengajar kita bagaimana hendak mejadi seorang pemimpin kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment