nafas semakin pendek
udara semakin sesak
degup jantung semakin kencang
penat dan lelah bukan alasan
yang dicari hanya jalan keluar
bukan penyelesaian hakiki
berjalan itu berlari
berlari itu menuju mati
dikejar bayang-bayang sendiri
tiada ruang untuk bersembunyi
yang dikesal takdir Ilahi
bukan silap diri sendiri
dunia ini bulat bukan bersegi
tidak mungkin ada sudutnya
mana mungkin ada hujungnya
atas dan bawah turun dan naik
berputar pada paksi mengikut giliran
pada masanya yang hadir akan pergi
hidup bukan menongkat bumi
yang rebah itu jasad diri
yang tinggal roh Ilahi
pilihan pada syurga dan neraka
akal dan nafsu yang tentukan
yang tersesat masih ada jalan pulang
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
dunia...
entah apa nak jadi
manusia semakin lupa diri.
sedih betul.ramadhan kali betul2 menguji diri.
hidup bukan menongkat bumi...
betul..
mana bumi dipijak disitu langit dijunjung
salam Ramadhan Mamai...
semoga sihat selalu!
kemana kau menghilang ye..lama benau tak keudara
peredaran masa sedang menguji sejauh mana kukuhnya jati diri...
aku mahu pulang...
dunia..
ramai jadi buta kerana dunia
aku mau ke pasar
inilah realiti dunia...moga kita sama2 egt mengingati...jangan tersesat....lma xdtg blog uncle...;-)
dah letih bro mamai ...
Bagus saling ingat mengingati...
Lama tak bercerita pasal kerja baru. Ok ker?
papa~~ letih pa....letih kejar sudut dunia...rupanya takda sudut.....
selamat hari raya...hiihiihi
mamai,
bener tu, selagi belum mati masih ade masa untuk menyediakan bekal!
Tq sebab entry ni mengingatkan.. :)
Sama-sama kita beramal kerana Nya.
letih. lemas dalam lautan dunia.
Post a Comment