Wednesday, March 11, 2009
Hang Tuah : Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia
Kata-kata hikmat dari Hang Tuah kepada orang melayu " Takan Melayu Hilang Di Dunia "
menjadi inspirasi dan perjuangan orang melayu dari dulu hingga kini. Namun masih ada lagi diantara kita yang mengambil kesempatan keatas bangsa sendiri hanya kerana ingin memenuhi kehendak mereka.
Akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita tentang penderhakaan orang melayu kepada sultan dan bertapa pentingnya kita terutama orang melayu memelihara instutusi raja. Kononya hanya sultan dan raja yang dapat membela nasib orang melayu.
Kita harus setia pada raja sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan walaupun sanggup meredah hutan belantara untuk meminang Puteri Gunung Ledang, menculik Tun Teja semata-mata untuk dipersembahkan kepada sultan yang gila nafsu berahinya yang tidak pernah cukup dengan seorang gundik. Biar pun di hukum bunuh kerana difitah bersekedudukan dengan gundik raja, Namun kesetiaan Hang Tuah kepada sultan tetap teguh sehingga sahabat karib sendiri( Hang Jebat )tidak sanggup melihat Hang Tuah diperlakukan sebegitu.
Atas dasar kemanusian sang sahabat bangun memberontak mencemar duli menderhaka kepada sultan untuk membela nasib Hang Tuah. Sayangnya sahabat yang setia membela Hang tuah yang disangaka mati dan demi menegakkan kebenaran tidak dihargai oleh Hang Tuah sendiri. Maka dengan segala kuderat yang ada setelah berpurnama disembunyikan oleh Bendahara yang bijak. Maka sekali lagi Hang Tuah menunjukan kesetian pada sultan dengan rela hati menjungjung titah duli bertarung dengan Hang Jebat bagi mencuci arang dimuka sultan.
Melihatkan kesungguhan Hang Tuah ingin mencuci arang dimuka sultan maka sanggup sekali lagi Hang Jebat berkorban demi sahabatnya lalu bertukar keris, diserahkan Taming Sari kepada Hang Tuah agar dengan mudah Hang Tuah dapat mengapuskanya.
Pengorban seorang sahabat yang memperjuangkan kebenaran dianggap sebagai penderhaka dan tiada siapa yang membela.
Ada hikayat mengatakan bahawa Hang Tuah amat menyesal dengan kematian Hang Jebat sahabat baiknya. Hang Tuah dikatakan telah membuang Keris Taming Sarinya ke dalam sungai dan telah menghilangkan diri. Beliau sempat berkata " Tak akan Melayu Hilang Di Dunia ". dan tiada siapa mengerti akan maknanya mungkin ia bermaksud....
Melayu tak akan hilang di dunia selagi mereka bersatu dan setia antara satu sama lain..
Melayu tak akan hilang di dunia jika sultannya sentiasa menjaga kepentingan rakyaatnya dan tidak zalim....Bak kata Hang Jebat " Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja di Sanggah "
Malayu tak akan hilang di dunia sekiranya menteri dan pembesarnya tidak korup dan rasuah tidak mementingkan diri sendiri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment