Saturday, March 14, 2009
Di Pertemuan Singkat ini
Pertemuan ini bukan yang pertama tapi ini yang terindah buat kita biar bukan kita yang merancangnya. Kau amat ceria hari itu sedangkan aku masih malu-malu bukan tak biasa tapi kerana ramai yang memerhati kita. Mung,kin kerana mereka amat cemburu dengan kemesaraan kita berdua.
Kita berjalan berpegang tagan seakan akan tidak mahu ku lepaskan kau biar sesaat kerana ku tahu sukar bagi ku untuk bertemu dengan mu lagi selepas ini. Kau akan pergi jauh meninggalkan ku biar ianya bukan atas kehendakmu. Namun terpaksa demi masa depan dan keluargamu.
Ku harap agar kau akan terus menyimpan kenanggan ini sehingga kita bersua kembali. Akan ku nanti saat itu agar kita bertemu kembali biar sesingkat pertemuan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment