Sunday, June 27, 2010

why blame the whole world

hidup ini memang la tidak selalunya indah sebagaimana yang kita impikan dan sebagaimana yang selalu kita harapkan. namun harus juga kita sedar bahawa sebahagian dari hidup kita yang tidak indah itulah yang membuatkan hidup ini bertambah manisnya.

memang mudah bagi kita menyalahkan dunia dengan setiap kegagalan yang kita tempuhi terutama bila kita sudah berada dipuncak. tapi kita sering terlupa untuk menyalahkan diri, kita juga sering terlupa bahawa setiap kegagalan dalam hidup ini adalah berpunca dari diri kita sendiri.

keangkuhan diri tika berada dikemuncak itu adalah satu kesilapan dari hidup ini, biar tamudun yang terdahulu telah menceritakannya namun untuk kita belajar darinya adalah tidak sama sekali. dan yang terlebih silapnya bila kita tidak belajar dari setiap kegagalan hidup ini. kerana sifat kita lebih suka meletakan kesilapan itu pada dunia dengan harapan kita lepas dari bebanan.......



p/s: mencari siulan kedamaian disebalik tanggisan, terasa diri lebih bertuah bila berada di bawah, bila mana di atas penuh dengan pergolakan, memingirkan minda mengagungkan darjat. di hati penuh dengki disanjung itu emosi, yang dilupa itu takdir ilahi.................

20 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

salam bro
lama tk dgr cite

sehat? famili?

jg diri

Amal said...

bila dah jatuh tersembam, memang tak penah nak salahkan kaki sendiri yang melangkah. cenderung tuding jari dekat batu yang tersepak.

al-lavendari said...

tapi kalau semua nak duduk di bawah, siapa pulak yang nak duduk kat atas ?

selamat kembali bersiaran.

Kay said...

ingatlah kita cuma insan kerdil menumpang teduh di bumi ALLAH sementara utk dipanggil pulang.
(^_^)

noorlara said...

hampir semua kita tak mahu ngaku kesalahan, kesilapan atau kekurangan diri. Anihnya kalu yg melakukan kesilapan itu org yg punya kuasa maka apa yg dilakukannya dgn mudah diterima dan diiyakan. Kalau kita bukan sesiapa perkara betul atau hebat yg kita perbuat atau perkatakan sapepun tak heran. Apa nak jadi....

beautiful_rose said...

salam...
pakcik mamai,lama menghilangkan diri eh?
hope2 perjalanan hidup baik2 saja... =)

Hujan said...

papa...memang susah nak nampak kesalahan diri

Anonymous said...

salam mamai...

lama sungguh tak ke udara..harap sehat hendaknya!

Beruwang said...

insaf

Sharinginfoz said...

memang betul hidup bukan selalu indah.... apa yang penting buatlah yang terbaik

PuanPepel said...

idup bagaikan roda... :)

cintaleaixora said...

manusia hidup untuk diuji... mmg xsmua spt yg dirancang... hdp pasti ade dugaan =)

ILA HonEyBuNNy said...

uncle..rindu..lama uncle xhupdate blog ye...cari ketengn eh....heheh.....

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pusing dan pusing.....kadang kat atas kadang kat bawah...kalau pancit terus tak leh pusing lagi...tu la hakikat roda...

lame pak cik mencari ketenangan.... semoga hari mendatang lebih baik ...

MOMMY CGG said...

pakcik..
kalo pakcik cipta puisi ttg entri ni...
cik gula2 adalah org pertama yg akan bangun dan tepuk tgn nanti:)

Kay said...

http://www.youtube.com/watch?v=2r85IEtSCRE&feature=related

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

puitis dan mendalam,lemas dan hanyut aku di buatnya

Ikan Manis said...

tak salah untuk buat kesilapan. salah bila kesilapan itu diulang.


salam ziarah. salam kenal.

Sulela said...

Aku suka 'p/s' yang kau taip tu... ;)

Mak Su said...

sedih pula tiba-tiba