Monday, April 18, 2011

Dedicated to: Hujan Balik Ke Langit




Permulaan perkenalan dengan dia semasa di events MIMPI PASAR MALAM oleh PARADOKS. pertemuan tidak pernah dirancang dan tidak juga aku pernah mengenalinya. Cuma dia hadir kerana untuk bertemu kenalan blogernya PATUNG CENDANA.

Perkenalan yang singkat ini terus membawa dia insan yang istimewa sebagai salah seorang dari ahli keluarga kami. Lalu gelaran Kak Long diberi mungkin kerana aku dan isteri tiada anak perempuan. dan yang lebih penting anak-anak amat menyenangi dan menyanginya.

Hubungan Kak Long dan isteri ku yang lebih senang Kak Long panggil dengan panggilan umie membuatkan mereka amat akrab dan mungkin juga kerana itu "umie" dapat merasakan derita dan kesakitan saat kak long pergi.

..........................apa yang dapat aku katakan dia amat istimewa dalam keluarga ku, Kak Long sifatmu amat meyenangkan kami. Dan kamu sebagai seorang muallaf yang hanya baru beberapa tahun mengenal islam. namun Kak Long jauh lebih baik dari sesetengah mereka yang hanya islam dalam keturunan.

Kak Long, pemergianmu tidak terduga belum puas rasanya untuk umie, papa dan adik-adik berkongsi kasih sayang dengan kak long. Biar kita tidak sedarah namun kak long tetap istimewa dalam keluarga kita.

Sesungguhnya saat melihat Kak Long terbaring kaku di Hospital terasa kaki papa tak mampu lagi untuk berdiri. Bila kala penutup muka Kak Long dibuka papa pejamkan mata berharap itu bukan Kak Long. Papa berharap Kak Long hanya tidur untuk berehat kerana papa tahu kak long sanggat penat.

Namun kami redha dengan pemergian Kak Long dan kami akan sentiasa merindui Kak Long seperti hari-hari yang dulu. Doa kami akan sentiasa mengiringi Kak Long agar akan sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Maafkan papa Kak Long kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk ketemu Kak Long walau kita berdekatan. Kerana papa yakin dengan kekuatan Kak Long, papa yakin dengan semanggat Kak Long, yang mampu menghadapi segala dugaan.

Terima kasih Kak Long kerana hadir dalam hidup kami, kerana memberikan kami kasih sayang Kak Long biar sebentar cuma namun ianya amat berharga buat kami.

Sayang kami pada Kak Long selamanya.....selamat beristirehat Kak Long dan isnyaallah DIA akan memelihara Kak Long sehingga kita semua di kejutkan nanti.....

Dan setiap kali HUJAN TURUN PASTI BERSAMANYA RAHMAT DAN HUJAN TELAH KEMBALI KE LANGGIT....AL FATIHAH


p/s: Nur Qistina Reny bte Jelani insan istimewa ikuti perjalan hidupnya sebagai Muallaf.....

30 comments:

sharamli said...

AL-FATIHAH.. :(

Beruwang said...

Bersama kita sedekahkan al fatiha buat nya semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman..

Nangis juga ni

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

al-fatihah..

dalam kesibukan mungkin tak menyedari kewujudan blog beliau..

beautiful_rose said...

Al-fatihah...

moga rohnya dalam lingkungan rahmat ALLAH hendaknya.

ILA HonEyBuNNy said...

sedihnya...

al-fatihah......

semoga dia tenang di sana...

al-lavendari said...

syukur dia pergi dalam iman. kita tidak tahu penghujung hidup kita nanti.

al-fatihah,

K2r~90 said...

teringat pade nenek y telah kembali ke rahmatullah

al-fatihah

zia said...

huhuhu..so sad..Al-Fatihah..

Daun said...

al fatihah...

sedih....

Daun said...

al fatihah...

sedih....

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

in nalillahi wa inalillahirojiun

oranglidi said...

uih.. sedih ak baca ni.. ak baru tau dia muallaf..

nama blog dia pn unik..

Unknown said...

al fatihah

@tune® said...

innalillah...

Semoga die sentiasa di lindungi oleh PenciptaNya

Frodo Baggins said...

sangat sedih bro mamai ...
takziah .. al-fatihah buat arwah

Big Hugs bro

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

in nalillahi wa inalillahirojiun

Kay said...

kullu nafsin zaaiqatul maut...
semoga rohnya dicucuri rahmat.

Rozita said...

singgah, tinggalkan jejak

beskot said...

smoge roh di cucuri rahmat Allah swt..
al-fatihah..

^ Uncle Syaf ^ said...

al-fatihah...

kesah yg menyentuh perasaan ...hu

smoge ditempatkan di tempat yg diredhaiNYa

zachatta said...

Salam Takziah buat tuan sekeluarga.. Semoga tabah dan bersabar..

Nota Peribadi :

(Sya sudah berhijrah ke Alor Gajah, Melaka. Dulu pernah hampa tak dapat jln2 ke Melaka. Akhirnya sya di sini jua. Klau ke Merlimau, singgah utk bersua. Rindu benar Puncak Alam)

hentian said...

alfatihah buat beliau. alhamdulillah, beliau pergi bersama iman..

noorlara said...

Al Fatihah...tumpang simpati...memang sukar melupakan insan yg berhati mulia

noorlara said...

Al Fatihah... Allah lebih menyayanginye

wanita mutalib said...

al-Fatihah.

Anonymous said...

http://www.perkim.net.my/pop_pic2.cfm?cid=82FAEB1A-997F-F95C-A83F181AC1B7142A

enyheartsdiamond said...

al-fatihah..

dah lama eny tak jenguk blog uncle ekoran kesibukan sebagai final year student..

sekarang ni sedang cuti semester, jadi, boleh lah berbual mesra bersama-sama..

uncle apa khabar? :')

noorlara said...

Assalamualaikum,

masih bercuti panjang ke, harap semuanya berjalan lancar.

Anonymous said...

sedihnya.....

rindu madinah said...

abg man....
sesungguhnya dia adalah insan yg terpilih...
semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman...